HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Monday, 16 January 2017

Welcoming January GiveAway

Assalamualaikum




WELCOMING JANUARY GIVEAWAY

Welcoming January GiveAway 07-17 January 2017



JOIN WELCOMING JANUARY GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk Welcoming January GiveAway
2. Like FB Page : EcaDwinkyAsha Blog
3. Letakkan link entry korang di SINI.


Tuesday, 10 January 2017

Random Wednesday : Ice Cream Yogurt

Assalamualaikum wbt


Kembali kita dalam entry Random Wednesday, apa itu Random Wednesday boleh lah baca disini dulu. Baiklah tanpa membuang masa Ieka nak share resepi dengan korang.



siapa suka ice cream dekat sini? high five sikit.


Ieka suka ice cream tapi Ieka malas nak pergi kedai (nampak kan kemalasannya disitu?) ada yang perangai macamni ke? nak makan tapi malas hehehe. Baiklah bagi yang malas nak keluar rumah untuk membeli ice cream jadi Ieka nak share dengan korang resepi Ice Cream Yogurt....

Are you ready?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ready?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Bahan-bahan yang diperlukan :-





  1. 250 gram Plain Yogurt (Ieka beli yang mcm dalam gambar tu murah pun murah dan sedap pun sedap)
  2. 250 gram Dairy Whipping Cream (yang kotak biru, selalunya Puan Ibu guna jenama Achor bila dia buat kek)
  3. 250 gram Non Dairy Whipping Cream (yang kotak tinggi sikit tu, apa beza Dairy and Non baca sampai habis nanti Ieka share ehehe)
  4. 200 gram susu pekat (masukkan last sekali dalam adunan korang)


NOTA RINGKAS

Apakah perbezaan di antara Dairy Whipping Cream dengan Non Dairy Cream?
Dairy Whipping Cream ~ dikenali Double Cream atau Thick Cream dia tidak sesuai digunakan untuk hiasan kek manakala
Non Dairy Whipping Cream ~ dikenali Fresh Cream atau Whipped Cream, haa yang ini sesuai untuk hiasan kek. Selebihnya boleh baca disini.


Okay boleh kita pergi ke next step pulak? Susah ke? Ishh takdelah senang jee macam kacang goreng hehehe. Sebelum itu pastikan korang sukat ke semua bahan di atas dengan betul tau..




yang bawah tu abaikan hehehe.. so contoh sukatan mcmni

Cara-cara adunan
  1. Pukul Non Dairy Whipping Cream hingga kembang.
  2. Pukul Dairy Whipping cream hingga kembang gebu gebas.
  3. Dah selesai pukul kedua-dua bahan tersebut campurkan dalam satu bekas dengan memasukkan Plain Yogurt dan susu pekat. Kacau hingga sebati yaa anak-anak hehehe.
** Pukul menggunakan mixer takde mixer guna tangan pun boleh sekiranya larat. Masa pukul asingkan bahan (DAIRY WHIPPING CREAM DENGAN NON DAIRY WHIPPING CREAM) dan jangan dicampurkan**


Hiasan

Korang mesti tertanya dalam gambar atas tadi ada hersey coklat tu tapi nak buat apa ya? Haa kita buat hiasan untuk ice cream yogurt kita..

  1. Masukkan adunan korang dalam paiping bag. (sekiranya takde boleh mengunakan senduk sahaja, Ieka guna senduk sup tu)
  2. Paipkan (bagi yang pakai paiping) atau cedok adunan tersebut ke dalam bekas kemudian layer-kan dengan filling hersey coklat tu.
  3. Buat beberapa layer dengan filling yogurt dan hersey coklat korang tu.
  4. Last step atas dia hiaskan dengan buah-buahan segar atau coklat. (Ieka guna strawberry dan coklat rice)..
**Oh yaaaa korang jugak boleh menggantikan filling coklat dengan filling mangga atau buah-buahan lain cara dia sama jee**

Dah settle semua jangan lupa masuk ke dalam freezer if takde freezer guna peti ais biasa pun boleh ☺. Mudah bukan?



Inilah hasilnya tak sabar nak tunggu beku lepas tu boleh ngappp ..