HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Tuesday, 31 December 2013

2014 Is Nothing




Assalamualaikum

Selamat tahun baru masihi 2014..

tepat jam 12 am tadi maka bermulalah segala bunyi bunga api yang memekakkan telinga dan Ieka terselamat kerana dekat PSIS takde orang buat haha cuma mendajal pergi ketuk pintu orang adalah hihihi ..

dan yang pasti dimana mana laman sosial seperti Facebook , Twitter , Instagram , Wechat dan juga tidak ketinggalan laman web Blog juga memenuhi ruangan "Azam 2014" .. 

Dahulunya bila datangnya tahun baru Ieka orang paling esaited nak update azam tahun baru btw semalam masa kelas Comunicative English sir ada cakap

2013 hanya tukar no jadi 2014 .. tidak semestinya tahun baru kena ubah something bila bila pun masih boleh berubah .. perlu ke tunggu tahun baru kita nak ubah ? i think tak payah rasanya ...


something like that lah hihihi ..
yess memang Ieka sedar apa yang sir cuba sampaikan tu memang betul 
yezza kita tak perlu tunggu tahun baru untuk berubah .. bila bila masa bila dah bersedia in sha allah kalau nak berubah tuhan akan beri petunjuk ..

tak salah siapa yang ada azam untuk tahun baru ni ...
sekurang-kurang azam tahun baru dapat membantu korang ke arah yang lebih baik ..

 selamat tahun baru kepada readers ...

 

Sunday, 29 December 2013

Cala Qisya Di Johor Bahru

Assalamualaikum

Sementara nak tunggu kelas Agama pkul 2 petang ni tak baik kita membazirkan masa dengan aktiviti tak berfaedah hihiih (( poyo kan? ))


So ada di kalangan pembaca blog Ieka (( macam takde je )) hmm ? asal daripada Johor Barhu ?
Wahh kalau ada Ieka ada berita baik untuk korang ..



siapa dekat sini tatau Cala Qisya ? semua tahu ? bagusss !!!
bagi yang taktahu Cala Qisya merupakan satu butik muslimah yang terkenal
dalam kalangan wanita muslimah ..

Butik Cala Qisya dulunya hanya dibuka area sekitar Shah Alam 
kini butiknya menambah cawangan di Johor Bahru ..

Wahhh cepatt jerittt "arghhhhhhhhhhhhhhhh" ehehe
mesti ada yang tak sabarkan nak tahu butiknya dekat mana ?
Ok penduduk Johor Bahru 
Butik Cala Qisya kini dibuka


18 jalan padi emas 1/5 bandar baru uda , di belakang Jakel Bandar Baru Uda


dan korang kena pastikan butik Cala Qisya yang berada di Johor Bahru macam ni yew

Photo: bagi yg dtg walk in interview esok di joho.boleh cari butik kita di belakang jakel bdr baru uda,berhadapan butik syazara :) 3pm-6pm


colour ke pink pink gituh hihih ..


p/s : lepasni Ieka balik JB terus singgah Butik Cala Qisya lah hihi tayah gi Shah Alam dah ..


Wednesday, 25 December 2013

Eyqa Hasnan


Assalamualaikum


Hye korang semua 
Annyeong haseyo .. ((Ieka ni suka acacaca korean kan?)) hihi
before gue balik ke endonisia PSIS gue mahu updatenya puas puas ((confirm korg feningkan ?)) 
haha btw harini aku telah buat satu program yang bernama JEJAKNYA KASIHNYA haha ..

apanya jejaknya kasihnya ? 
Korang kenal tak blogger yang bernama Eyqa Hasnan ? 
Tak kenal ? cubit nak cubit nak ? hehe 
apa kaitan Eyqa Hasnan dalam blog Ieka Farhana ni ? 
Sabar lah bagi Ieka cerita full edition 


kenal dop ? nilah dia Eyqa Hasnan 
((sorry eyqa gua maling gambarnya lu))

dah kenal ? bagus sekali hehe ((copp kenapa endonnya keluarin?)) haha
Ieka ni kalau bab bab cam muka orang memang expertlah .. 
tapi satu jee Ieka tak boleh cam dia ni dulu sukalah jugak stalk blog dia tapi Ieka punya perangai blogwalking makin pupus so Ieka pun cuma lalu lalu gituhh jee hihi jangan marah dongg ..

Ok dah sebulan dekat PSIS Ieka pun kenal sorg sorg classmate tu dan mula na kamcing macam roti dan kacang .. eh ? nak dijadikan cerita harituh Ieka masuknya bilik Eyqa Hasnan tuh Ieka mula terpandang dekat dinding study dia ada tulis "Eyqa Hasnan" Ieka pun cakap lah dalam hati macamni "Eyqa Hasnan macam pernah nampak nama minah ni alaaa takkan kot" so Ieka pun buat taktahu lah .. korang tahu tak apa yang terjadi lepastu ?

Tadi Ieka cuba stalk twitternya Eyqa Hasnan ni tetiba aku ternampak dekat area header ada link blog 



// klik untuk tumbesaran \\

Ieka pun terpandang dekat link tu dalam hati "wait macam aku kenal link blog ni" Ieka pun tak puas hati dan nak puaskan hati Ieka , Ieka pun search nama Eyqa Hasnan dekat google .. Dan yang Ieka pasti nama blogger Eyqa Hasnan ni sorang jee takdenya kembar siam haha .. terus Ieka dapat agak "dah agak dari first aku terpandang nama dia dekat dinding study memang dia blogger yang aku selalu stalk dulu" haha rasa kelakar pun ada .. Macam jejak kasih




// klik untuk tumbesaran \\

hahah btw ini barunya jejak kasih vs Eyqa Hasnan hahah kbaii



Sunday, 22 December 2013

Tips Shopping Di Beijing

Assalamualaikum


Sebulan yang lepas rasanya banyak entry pasal Kota Beijing harini Ieka nak update tips shopping di Beijing , ok sebelum Ieka bagi tips ni korang mesti bole terbayang ulat sutera , teh ginseng dan foot massage kan ? kan ? tapi tapi Ieka na bagi tips supaya eng korang semua tak mudah ditipu ..


Ok sekarang ni Ieka nak bawak korang berjalan jalan ke tempat ulat sutera ...






sebelum korang beli sutera korang kena dengar apa yang apek hensem tu cakap haha pastu mula lah dia bodek kau suruh beli yang itu lah ini lah .. yang korang pun cair dengan ayat buaga bunga dia ..




nampak tak muka mak eden esaited haha ...



cepat pilih mana korang berkenan hehe see apek tu cuba tackle kami untuk beli sutera tuu hehe ..

lepastu korang akan pergi ke foot massage .. ok ni Ieka na bagitahu kalau korang buat foot massage dekat Beijing janganlah beli barang dia sebab dia suruh korang beli ubat dia padahal massage nya ta seberapa dia cuma picit picit semut .. lepastu mula lah cakap kau sakit tumit kena pakai ni laa apa laa so Ieka sarankan korang jangan mudah melting dengan doktor yang tidak bertauliah tuh .. kalau korang bawah umur 20 tahun dia tak picit .. korang nak tahu sebab apa ? dia kata budak kecik ta elok untuk massage padahal dorang tengok KAMI mcm takde duit haha wehh Ieka pun tanak ahh setakat picit semut Ieka pun boleh buat k .. Free Massage .. rileks tayah takut nak keluarkan duit .. 


and then korang akan dibawa ke kedai teh .. ehem ni lagi satu memula dia suruh korang rasa teh dia dah rasa kena beli selagi korang tak beli selagi tuh dia tak bagi keluar bilik ghasak korang ahh haha .. tapi Ieka bagi suggestion korang patut beli teh "sweet lover" .. kalau korang pergi tempat jade pun sama tak dan korang nak lepaskan diri dekat sana sebab korang akan beli jugak ..


setiap bahagian lain harganya ikut mata wang negara lah .. makin cantik jade makin bernilai mata wangnya hahaha


lagi satu Ieka cuma nak bagi tips macam mana tawar menawar dekat shopping compleks ..

Ok contoh korang nak beli jam bernama atau branded watch , harga nilai jam tu 1000 yuan bersamaan RM 500 .. so macam mana korang nak kurangkan harga lagi murah ? ok senang jee memula korang letak harga 80 yuan bersamaan RM 40 .. ok kalau dia geleng kepala korang up lagi 90 yuan kalau dia kata korang crazy .. korang up lagi 100 yuan kalau dia tak puas hati bagi harga dia sambil kata yes or no ? maknanya korang taleh nak tawar lagi , kalau dorg marah ke hapeh dulikan mereka memang macam tuh .. nant korang blah confirm dorang terkejar kejar kalau tak kejar maknannya dia memang tak bagi ...  ada faham ?


maka tutuplah tirai Kota Beijing kita selamat bercuti .. eh ? dah nak masuk new year hehehe






Saturday, 21 December 2013

Life In Psis

Assalamualaikum


Hye korang *hug untuk perempuan say hey to guys .. dah lama kan Ieka tak update blog ? pehh dah macam sampah dah blog ni huhuhuhu rasanya dah sebulan Ieka ta sentuh , kalau korang ikut apa yang berlaku dalam blog ni korang pasti akan tahu sebab kenapa Ieka stop main blog ?

takpelah tanpa membuang masa korang ,, harini Ieka na update blog pasal kehidupan baru di PSIS ..

Apa itu PSIS ?

Bagi yang tidak pernah cuba nak tahu PSIS itu merupakan sebuah bangunan untuk sambung pelajaran yang lebih tinggi atau lebih dikenali sebagai Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam Kuala Selangor .. Alhamdulillah selama setahun tak perah otak harituh 24/11/2013 Ieka melapor diri sebagai anak pelajar di sana .. happy katekau yela poli Ieka jee mcm resort haha , sebelah asrama perempuan ada pantai depan asrama perepuam ada tasik dalam tasik ada memacam haiwan dah macam zoo .. hehehe 


Yess akhirnya Ieka melapor diri di sana dan mengambil Diploma Teknologi Maklumat ( Rangkaian ) atau dalam erti lain Dip Network System .. Buat sekian kalinya tak pernah berjauhan dengan family alhamdulillah Ieka cool jee dekat sana ,, cuma hati nak balik Skudai berkobar kobar hehe orang cakap apa anak perantauan .. Ieka malas nak membebel panjang jom layan gambar Ieka sepanjang di PSIS tak banyak sangat cuma beberapa sahaja hehe ..





// classmate gua yang havok \\



she is Aina 
she is crazy mate i never have hahaha spaking kau .. 


tu jee kot sebab Ieka ni masih memalu lagi na ambil gamba , haha ada jew gamba tapi dalam phone org lain lah :'( .. 

ohh yew korang nampak kan blog Ieka dah bertukar wajah ?





ok sesiapa yang tengah mencari pengedit blog yang kemas dan juga santek boleh cari adik kita sorang ni NNA .. adik ni memang pengedit utama blog Ieka tau so harga boleh runding ta mahal ta murah sedang sedang sahaja ..

Wednesday, 20 November 2013

Wordless Wednesday #10 : Bangunan Pelik

Assalamualaikum

Harini kita lending lagi dalam Kota Beijing , korang bosan iye ? okok in sha allah ada masa Ieka update selain dari Beijing ok ?

Kalau korang jejak di bumi Beijing mesti korang akan jumpa bangunan bangunan pelik ..

antaranya ..




CCTV Building 



kalau korang pandai cuba teka tu apa ? anyway kalau korang datang sana mesti nak tengok sarang burung .. oppsss bukan sarang burung tu tapi sarang burung yang kat atas tu ehehe ..

 

Hotel Pangu 7 Star  (bentuk naga)

kalau korang pergi sana Shopping Mall dorang lagi bertaraf tinggi like Pavillion macam tuh takde lah petak jee dalam satu masa

 
 bangunan dorang buat semua nampak pelik tapi menarik tau ..


Sunday, 17 November 2013

Trending : Villa Nabila

Assalamualaikum

Harini bukak moment penuh dengan Nabila bukak twitter lagi lah kecoh haha anyway apa yang berlaku sampai trending ..?

Bagi maklumat semua dulu Ieka pernah buat entry pasal Misteri Villa Nabila tu .. 



Fakta " VillaNabila berhantu disebabkan berpunca Nabila tak dapat jadi juara AF2013 malam tadi . Nabila terus menjadi gila lalu menyanyi tak terhenti henti di villa itu sehingga disebabkan itu villa itu berhantu hahaha .. sekian



adakah Misteri Villa Nabila berhantu ?





 semuanya sudah terjawab hahaha

Saturday, 16 November 2013

Trip To Beijing : Great Wall

Assalamualaikum


menunggu putera hati yang tak reti balik Malaysia acececece

Kalau pergi China mesti dalam kepala ingat "Great Wall" atau lebih dikenali sebagai "Tembok Besar China" .. Finally niat di hati tercapai jugak sampai ke sana ..


Adakah di antara orang orang di Malaysia sanggu hiking sampai ke puncak ?
Alhamdulillah dengan izin Allah Ieka mampu mendaki untuk one tower .. 
Tapi harini Ieka nak share tips untuk hiking di Great Wall dan share gambar sekali ...


  1. Korang pernah terbayang tak "Great Wall" ni macam Bukit Broga ? kalau korang bayangkan baguslah sebab korang takde masalah nak hiking ..
  2. Sebelum korang sampai ke First Tower korang memang kena warming up dekat tangga kecil kecil dulu ..
  3. Kemudian baru korang akan naik ke Tower pertama yang mempunyai tangga sebanyak 200 lebih tangga yang tidak rata dalam erti kata lain tangga dia ada tinggi atau pendek so na naik tu agak berat jugak lah ..

jom kita mendaki Great Wall Beijing China ..

apa yang Ieka na cuba bagitahu kalau korang hiking dekat Great Wall ni kena slow slow tak boleh lelaju .. sebab nant penat if korang ta larat boleh rehat sebentar dekat tangga kalau dah ok baru hiking lagi ... korang mesti fikir kan naik susah tapi kalau turun senang kan ? tak sebenarnya terbalik kalau korang turun lutut longgar ** macam Ieka sampai ta larat nak jalan ehehe .. 




are you ready for hiking ? hike hike hike **pehh dah mcm Dora The Explorer plak haha



pemandangan dari atas .. sila gayat korang kalau panjat jangan tengok bawah sebab korang akan nampak tangganya curam ke bawah .. 


kalau korang nak hiking jangan waktu pagi tau confirm korang akan jadi Ice man hahah .. skrg tengah tukar peralihan musim so memang sejuk sangat ..



heshh ada jee paparazi dekat Great Wall ni ** dalam hati ya allah na mati aku hiking hahaha

dan bagi sesiapa yang sampai ke puncsk korang akan dapat sijil ..


Finally saya dapat sijil ehehe ...

Ok untuk next entry Ieka akan cerita pasal ulat sutera wahh nampaknya ada yang tak sabar yew ?

p/s : Good luck hiking Great Wall 

 

Kenderaan Yang Comel Comel

Assalamualaikum

Wah berita terkini 


Photo 

kalau Ieka pun nak mintak macamni .. hehe


 entry kali ni Ieka nak share dengan korang pasal kenderaan di Kota Beijing sana .. 


Untuk pengetahuan semua negara Beijing merupakan negara pertama yang mempunyai jam yang sangat teruk ? kalau korang tanya Ieka "yeke ?" , Ieka akan jawab yeah negara dorang paling teruk sekali bila jam ,sebab dekat sana mereka mempunyai ramai penduduk kalau dalam sehari bila keluar maybe ada dalam 6000 kenderaan ..

Kalau bagi sesiapa yang mahu travel sendiri korang mesti akan pusing kepala sebab jalannya tidak seperti jalan di Malaysia yang teratur .. Mari Ieka cerita sedikit pasal kenderaan di sana .. Kalau korang pergi sana jangan terkejut tau bila tengok dorang guna Audi , BMW atau dalam erti lain kereta mewah .. Bayangkan kereta sana lebih murah dari sini , korang nak tahu berapa ? kalau kereta yang berjenama luar harga dia sama dengan kereta Myvi .. ehehe jangan terkejut kaww ..

Dekat sana korang jangan pening kepala bila tengok flat dorang ada empat warna .. antara warnanya ialah biru , merah , kuning dan putih .. korang jangan fikir boleh guna warna flat sesuka hati sebab dia dah tetapkan warna biru bagi kenderaan seperti kereta atau kenderaan kecil .. Kuning pulak mewakili kenderaan yang besar .. tapi dekat sana Ieka nampak dua warna jee haha yang merah dan putih jarang ahh ada .. ** sebenarnya Ieka lupa guide tu ckp apa hahaha **

Kalau baca ayat Ieka kan mesti korang tertanya tanya mana pergi motosikal ? aha meh Ieka nak bagi tahu , dekat sana dorang tidak ajar menggunakan motosikal .. patut lah jam ? ehehe bukan maksud Ieka dorang guna motosikal bateri tapi dekat sana banyak menggunakan motosikal bateri dengan basikal .. kalau korang pergi sana mesti kagum sangat bila tengok dekat setiap jalan dorang ada tempat park basikal ... Bagi pengguna motosikal bateri dan basikal mereka ada jalan lain maksudnya dorang tak campur dengan main road sebab tu kalau pergi sana bila korang tengok main road dorang takde pengguna basikal ehehe ..


jom kita layan satu persatu gambar yang sudah tersedia ada ..

 
// fokuskan kereta polis di belakang tu ehehe \\

cutekan ? terima kasih cakap Ieka cute ehehe :pp




cepat cepat pilih nak mana satu ? haha 

Ieka tertarik dengan mini car ni actually dia guna batteri .. kalau budak 5A tu nak kereta rasanya boleh bagi kot kereta ni .. logik sikit hahaha 



Thursday, 14 November 2013

Makanan Di Kota Beijing


Assalamualaikum

Bagi Ieka habiskan entry pasal Kota Beijing untuk beberapa harini eh ? Sebab Ieka takde idea na update buat masa ni .. Masa Ieka terlalu suntuk untuk update entry entry yang bukan berkaitan Kota Beijing .. Lagi seminggu jee dapat tengok lappy lepastu takde dah , dah busy study semua .. 

So hari ni Ieka nak cerita pasal makanan di Kota Beijing .. Sebelum korang masuk ke entry kali ini mari kita imbas kembali entry lepas lepas ...

Trip To Beijing : Forbidden City , Tian An Men Square dan Acrobatic Show (( click here ))
Trip To Beijing : Masjid Di Kota Beijing (( click here ))

Bila cerita pasal makanan di China mesti korang terfikir akan benda yang tidak halal kan ? yess Ieka pun terfikir benda yang sama tapi alhamdulillah semua yang Ieka makan tu dari Restoran yang halal .. Macam mana kita nak bezakan Restoran Halal dengan Restoran Non-Halal ?


Restorannya mestilah berwarna hijau .. Kenaa warna hijau ? sebab hijau itu lambang kepada warna islam .. Tapi korang jangan terkejut tau kalau kedai dorang ada jual arak sebab dorang terpaksa jual kalau tak jual siapa nak datang .. 

Ok Ieka na cerita pasal menu utama waktu pagi .. pagi dulu yew abang abang , akak akak dan adik adik sekalian  .. Biasanya masyarakat di China bila breakfast mesti ada tiga menu utama antaranya nasi goreang cina , omelet dan juga kobis masak kicap .. Apa korang rasa kalau hari hari makan macamni ? sama ada korang tak perlu ambil breakfast atau terpaksa makan sampai termuntah muntah pelangi ? haa macam tu lah kehidupan Ieka selama seminggu di sana .. 

Menu di tengahari dan makan malam biasanya korang akan lunch pada pukul 12 pm dan dinner pukul 5 pm , menunya mesti 10 jenis lauk pauk .. korang mesti terbayangkan ada gulai , kari ? NO NO NO dekat sana takde gulai kari tau jangan sampai sana cari benda benda macam tuh pulak .. Korang akan dihidangkan 10 lauk pauk dan masakan berasaskan sayur sayuran .. ikan ? ikan dekat sana lebih mahal daripada sayur kalau ada ikan pun dari akuariam .. Kota Beijing memang terletak di tengah tengah negera China so diorang memang susah nak makan ikan ... Dan setiap korang punya hidangan pagi , siang , malam mesti wajib ada telur dadar .. 


antara menu utama di sana .. korang nampak tak dia bukan bagi pinggan makan tapi piring yang kecil kecil tu bukan mangkuk untuk hirup sup ok .. itu cawan untuk minum .. actually dorang dah suka dah makanan dan minuman kita .. korang nampak tak satay tu ? satay tu pun dah sukat pada kuantiti orang yang makan dikira macam kalau ada 10 orang dalam tu so maknanya satay itu mestu ada 10 cucuk talk boleh lebih ,, kalau breakfast pun sama air white coffee nya dorang dah sukat untuk beberapa orang lepastu tak boleh topup air melainkan air masak ..



nampak tak pinggan dekat situ ? mereka tidak mencampurkan pinggan mereka dengan yang lain lain (( non-muslim/non-halal )) ..

so sesiapa yang berkunjung ke luar negara antara tempat tempat yang tidak menghidangkan makanan pedas atau tak selera nak makan korang boleh pack serunding daging / ayam , belacan adabi , ikan masin , cencaluk tapun budu tapi korang kena pastikan barang barang yang korang tu masuk dalam bagasi .. sebab kalau bawak naik atas (( kapal terbang )) in sha allah dorang ambil ...

p/s : korang takut nak makan ? jangan lupa bawak jajan / snack takpun bawak maggi cup ok ..

Wednesday, 13 November 2013

Trip To Beijing China : Masjid Di Kota Beijing

Assalamualaikum

Semalam Ieka dah pun cerita pasal Forbidden City , Tian An Men Square dan juga Acrobatic Show .. Bagi sesiapa yang terlepas boleh boleh baca di entry ini .. Harini Ieka nak bercerita pasal "Masjid Di Kota Beijing"...

Pendapat Tour Guide dekat sana bukan negara islam so percentage dia agak kurang lah dari segi ni tapi korang jangan terkejut masjid diorang jauh lebih baik berbanding sini ... Ieka ceritakan sikit waktu waktu sembahyang di sana .. Subuh 415AM , Zohor 1215PM , Asar 410PM , Mahgrib 510PM dan Isyak 610PM .. cepatkan ? dan bagi sesiapa yang taktahu pasal masa di sana boleh klik here .. Jom tengok sekitar masjid di sana ..



suasana di luar masjid #1



suasana di dalam masjid #1


di halaman masjid #1


ya ahli kubur ehehe ^^ .. iman dekat masjid #1


suasana di masjid #2 
jangan tengok apek tu haha ..





suasana dalam masjid #2 

korang nampak tak gambar bawah tu ada line putih .. korang taleh pijak dekat situ sebab itu tempat orang sujud ..





suasana di luar masjid #3

 

lorong nak masuk masjid #3


suasana di dalama masjid #3

so apa korang rasa pasal  masjid 1 , 2 dan 3 ?

bagi yang tidak boleh sembahyang macam orang biasa maksud Ieka gunakan kaedah duduk ada juga tempat khas sembahyang buat mereka


see dan setiap masjid yang Ieka pergi ada kerusi dengan meja khas buat orang yang uzur ..


amacam tertarik tak dengan masjid sana ?

p/s : Tahniah buat adik adik yang dapat 5A's