Bila Blogger Jadi Maid ?

Assalamualaikum

Hai korang dah lama rasanya Ieka ta lepaskan rindu Ieka dekat sini , na buat mcamana kan busy memanjang .. Mesti korang tertanya tanya "bila Ieka na BW sambil follow?" ahaksss cehhhh rindu Ieka apa ? sabarlah bagi Ieka update dulu , occay Ieka malas na cerita mana Ieka menghilang selama harini , Ieka rasa tak penting yang penting tajuk Ieka harini ..

"whats Ieka jadi maid ke?"

apa apa korang ingat kerja maid tuh haromm kee ? sekurang kurangnya halal dikkk ... HAHAHA tapi bukan Ieka yew semalam Ieka terjumpa satu buku ni



see apa korang rasa ? nampak jeee perkataan "blogger" otak aku geliga nak tahu apa makna disebalik tajuk ini ahakssssss ini sinopsisnya 

Boleh ke si blogger jadi maid ? Bagi Risya , sikit pun tak menjadi masalah buatnya . Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash. Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka.

“Jadi, nak saya buat apa?”

“Awak kahwinlah dengan saya.”

Jodoh sudah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam hidup Risya. Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya, Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh. Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak. Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu rasa hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash. Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan? Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash? Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai? Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati? Atau, antara mereka akan ada yang berpaling tadah? Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri?


haaa itu sinopsis haihhhh bila baca cerita macam ni teringat blogger kita yang baru digelar jadi isteri dan suami .. sebenarnya yang menulis novel ini blogger jugak .. Best suka sangat cerita dia , ahaksss kak zati nak jadi mcm akak bole ? *memacam laa* kalau korang nak baca buku "Bila Blogger Jadi Maid?" bole terus ke blog Zati Mohd 


p/s : Kak Zati , Ieka daa termimpi Ash hahahahah apa apa pon novel akak superb Follow :)

1 orang komen :

roslita thalib said...

macam best je. nak baca lah nanti