Intro : Aku Bukan Kasanova Tapi Pavlova

Assalamualaikum

hye korang harini rasa mcm nak share intro novel yang Ieka penah buat sinopsis dulu-dulu ingat tak ? alaaa yang ok tak sinopsis ni ? haa sape ta baca sinopsis ni lagi korang boleh baca ok .. so harini Ieka cuma na kenalkan korang dengan intro yang Ieka buat ni ..




“Aku nikahkan dikau dengan puteriku, Nur Balqis Amalina Binti Rizman dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai” Baba mula berjabat tangan dan mengoncang tangan Syaz. “Aku terima nikahnya Nur Balqis Amalina Binti Rizman dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai” Syaz menyambut dengan sekali lafaz.

“Sah?” tanya babaku kepada beberapa orang saksi , semua saksi menggangguk setuju . Ketika semua setuju , airmata aku waktu itu tertumpah dan mulalah kisah aku sebagai isteri sah Syaz.

Setelah selesai acara akad nikah , Syaz yang disuruh baba untuk solat sunat nikah sebelum acara pembatalan air sembahyang dimulakan. Beberapa minit kemudian Syaz menghampiri aku , Syaz mula menyarungkan cincin Bvlgari di jari manisku tatkala itu aku terkaku kerana dapat cincin semahal itu untuk disarung . “Balqis ciumlah tangan suami kamu , orang kata ambil berkat” Umi mula menyedarkan diriku daripada terus terkaku . Sebelum Syaz mencium dahiku , dia sudah berbisik ke telinga aku dahulu “Izinkan abang jadi payung untuk melindungi sayang tatkala hujan mahupun ribut” itu dia ayat gula-gula kapas sudah keluar dan Syaz terus mencium dahiku lama.

“Amboi Syaz lamanya , jangan gelojoh malam masih ada” usikkan nakal dari sahabat karibku Shahrizat dan jugak Airin . Mereka berdua kawan baikku dari zaman persekolahan lagi .
Baru Syaz melepaskan ciuman di dahiku . Syaz tersengih sambil mengenyit nakal ke arahku , tangan aku lantas menampar lembut ke lengannya.

Sebagai tuan rumah baba menjemput tetamu yang hadir ke jamuan makan , aku mula menyusul ke belakang suami aku dan ketika sampai ke buffet makanan Syaz meminta aku untuk duduk biarkan dia ambilkan “cehh nak tunjuk caring lah tu” hati aku berbisik . Syaz meletakkan makanan aku , kemudian Syaz terus meluruh ke ruangan sudut dj dan dia mula mengetuk mikrofon.

“Assalamualaikum , alhamdulillah atas berkat doa semua saya Muhd Syazwan Bin Tan Sri Sarizan dengan Nur Balqis Amalina Bin Rizman telah selamat menjadi sepasang suami isteri yang sah . Terima kasih kepada tetamu yang sudi datang untuk meraikan acara akad nikah kami pada petang jumaat ini tidak lupa jugak buat ibu ayah dan umi baba telah banyak memberi kerjasama dalam menyempurnakan majlis akad nikah ini . Buat isteri saya Balqis abang janji abang akan jadi imam dalam setiap solat jemaah , jadi qari dalam setiap bacaan Al-Quran dan akan mendidik sayang abang ke jalan Allah yang penting abang takkan jadi kasanova lagi” setelah habis  kata Syaz tetamu yang hadir memberi tepukan gemuruh dan pada saat itu muka terus berubah menjadi merah langsat .

“Tak sangka babe dulu kau dengan Syaz kuat bergaduh satu kampus tahu korang macam anjing dan kucing pantang bertemu sekarang ni bukan main lagi yew kau Senah” sampuk Airin yang kepoh tidak terhenti tu . Aku menampar terus ke lengan Airin “tengok kaki lah” . “Asal dengan kaki kau dah cacat? Hehe” eh ada je yang menyampuk apa-apa pun aku bersyukur dapat bersuamikan si Syaz  tu ..
Kemudian Syaz melangkah ke arahku dengan satu seribu senyuman dan dia mengambil tempat di sebalahku “sayang sudah bersediakah untuk menjadi isteri kepada Muhd Syazwan Bin Tan Sri Sarizan?” dan aku menjawab sambil tersipu malu “yeah saya sudah bersedia menjadi hak pelihara Muhd Syazwan Bin Tan Sri Sarizan” tatkala itu Syaz mula mencium dahiku . Ahh bahagia aku ketika itu ..

*********************************************************************************

Malam itu aku dengan Syaz menolong apa yang patut sehingga umi dan ibu sudah menghalau kami untuk tidur lebih awal dan kami berdua terpaksa akur dengan kehendak umi dan juga ibu .

Ketika berada di dalam bilik Syaz memegang tanganku dan mula mencium tangan ku “Boleh tak Balqis panggil Syaz abang dan abang panggil Balqis sayang?” tanyanya dengan penuh kelembutan . “Boleh abang” jawabku dengan nada yang lembut .

“Terima kasih sayang kerana sudi menerima abang dalam hidup sayang” .

Syaz terus berlalu dan mengambil sesuatu kertas dan teruskan menghulurkan kepadaku "sayang ni url blog abang , blog ni khas buat sayang sorang takde sape boleh membaca selain daripada sayang" terus mencium tanganku .

Terus mataku terpandang url blog itu "akubukankasanova.blogspot.com" hahaha lihat je nama blog tersebut otakku terus melayang isi kandungannya . "kenapa sayang ketawa ni?" eh dia nampak aku ketawa ke ? "takde pape lah bang hm abang tidur ok sayang nak godeh-godeh blog abang ni" terus aku mmenjawab dan bangun dari tempat tidurku mencari komputer riba .

"Aik tak nak teman abang tidur ke ? Hmm tak apa lah goodnight princess lover abang sayang awak sorang ok" Syaz berkata sambil merapatkan mata dan aku menjawab "ok goodnight abang , sayang pun sayang abang sorang" haa bahagia hidup pada malam itu . 

Malam itu aku melayan setiap isi kandungan yang dalam blog Syaz dari pertama kami bertemu dan sampailah naik ke jinjang pelamin . Aku hampir ingat semua kenangan kita bersama bina dan terlalu banyak pahit manis dalam setiap kenangan itu .


bersambung ..

ok tak ? kalau ok nanti Ieka sambung untuk episod 1 hehehe .. 


Nisfu Sya'ban

Assalamualaikum

hye korang dah lama ta jumpa kikikiki jumpa apanya ?! so weekend korang mcmana best ? kalau best ok laa kalau ta hmm no komen hehe .. sebelum kita masuk tajuk utama Ieka na mintak tolong sikit pasal contest KI tu support sikit laa kalau ada sambutan ramai kalini in sha allah nant Ieka na buat contest lagi gempak dari ni nak ? ok kalau nak jom klik banner di bawah



 


tu haa bannernya klik tau jangan ta klik .. :)

ok kita masuk tajuk utama ok ..

korang tahu ta malam ni malam apa ? kalau tahu bagus lah bagi yang taktahu malam ni malam nisfu sya'ban , bila nifsu sya'ban tu ada ? hmm *thinking* nisfu syaban tu ada bila peristiwa hari ke-15 sya'ban ..

Malam nisfu sya'ban merupakan malam yang penuh berkat dan juga kerahmatan selapas malam lailatul qadar , dikirakan sesiapa yang melakukan malam nisfu sya'ban ni doa dia lebih mujarab 

Rasulullah s.a.w bersabda :

Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu .”


Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.

  • Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya
  • Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
  • Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Tapi jangan lupa kita membaca dengan penuh tenang dan jangan terkejar-kejar ..






Wordless Wednesday #7

Assalamualaikum
Ieka tak payah wordless sangat k hahaha .. ok ok cuma na tanya korang mana na dapat dua benda alaa ni ?


shiseido black mask


daiso black mask 

dua dua dipetik dari pakcik google ..
korang rasa mana paling bagus ? dan mcmana na dapatkannya ?

Mencari 45 Pemenang

Assalamualaikum

How are you guys ? sorry sebab tinggalkan korang lama sangat bukan sengaja tapi tapi hmm hmm hmm lupakan .. hahaha korang mesti na tamparkan muka Ieka jangan ah sakit tau .. 
so harini Ieka na sambung kerja lah dah dah korang jangan na banyak tanya sangat .. 
so dah terlanjur korang baca entry terbaru Ieka ni .. meh sini meh Ieka tengah cari 45 pemenang .. 

korang semua dialu-alukan untuk menyertai contest sulung kami



korang nampak tak banner dekat atas tuh ? cantikkan ? takkan tengok jee cuba tekan banner kalau korang tekan Ieka jamin ah korang tertarik bhahaha mcm jual minyak je aku ni :p ..
rasa rugi kot kalau korang ta join .. terdapat banyak hadiah menarik jadi saya sebagai patner kepada kawan saya ingin menjemput semua orang yang baca entry untuk menjoinkan diri dalam contest sulung kami , kalau contest kali ni dapat sambutan ramai in sha allah lepas ni rasa na buat contest lagi ..:) so korang jangan lupa untuk join ok :)
kitaorang pilih pemenang berdasarkan cerita yang menarik

Review Hot Bajet Korang - Xperia Miro

Assalamualaikum 

hye bloggers , how u guys doing ? haa haa haa good :p hahaha fifi azmi version :) sorry makin lama makin diamkan diri dalam dunia blogger ni tapi jangan lah marah saya lenyapkan diri ada sebab laa ..

ok sebelum Ieka mintak korang baca kisah selanjutnya , Ieka na korang join Heart Contest by KI actually ni contest sulung kami .. rugi kot kalau korang ta join sebab kitaorang tengah mencari 45 pemenang ..




kalau nak join ? boleh tekan banner di atas :) ..

harini Ieka na buat review pasal hot bajet , Ieka tahu ramai dekat luar sana sedang mencari sebuah smartphone yang senang dibawa kemana mana . Sekarang ni terdapat banyak brand smartphone yang sedang melonjak naik ke persada dunia eh ? haha .. bagi yang bajet korang dalam rm600 ke bawah Ieka suggest korang patut bila xperia miro 



kenapa Ieka suggest xperia miro ni dekat korang ? sebab smartphone Xperia ni sama fungsi mcm Galaxy , Htc .. Xperia ini terdapat empat colour ( sliver , pink , black and gold ) ..


Ieka dah guna Xperia Miro ni dalam sebulan dua , so far so good .. 

function of Xperia Miro :-


kalau korang nak tahu wayar usb dengan wayar charger sama .. 



bila korang na guna usb korang bukak laa wayar tu haaa .. 
Xperia Miro ni front camera ...
and then kalau nak bandingkan dengan galaxy y pro Ieka rasa korang patut beli Miro sebab dia lebih sempoi  :)

itu sahaja untuk reveiw hot bajet korang .. dan jangan lupa tekan banner kat atas tuh :)