Path App

Assalamualaikum

Harini Ieka nak memperkenalkan satu aplikasi baru kepada penggemar yang suka berborak sepanjang masa , memandangkan petang ni Ieka free so Ieka buat entry tentang Path App .. Wait sebelum tu apa itu Path App ? 

Path App merupakan sebuah aplikasi yang boleh menghantar gambar dan jugak pesanan ringkas .. Penggunaan Path ditargetkan untuk menjadikan tempat meluangkan masa bersama keluarga terdekat mahupun rakan  anda ..


macam mana nak guna Path App ?

okay firstly korang pergi Apple Store (pengguna iphone/ipad) dan Play Store (pengguna android) Ieka ta pasti World App Blackberry ada ke tak nak tahu check sendiri .. Korang jumpa tak ? kalau jumpa korang install app tersebut dah habis install untuk register mcm biasa ..

okay apa yang menarik tentang Path app ni ? 
ahaaa kalau korang nak tahu apa yang menarik segeralah install sebab Path App ni sama jee mcm wechat memacam ada dan sticker dia yang comel ramai org akan jatuh cinta Ieka yakin ..


okay selamat mencuba 

Giveaway Rekaan Sendiri By Eymasu



klik banner kalau nak join

Syarat-syarat :

  • Menetap di Malaysia
  • Buat entry tajuk di atas 'Giveaway Rekaan Sendiri By Eymasu'
  • Copy banner simple kat atas dan backlinkkan ke entry ini.
  • Letakkan Link Entry di Kotak Comment tempat lain saya tak nak
  • Klik Iklan gambar di bawah wajib..clear cache and cookies dulu tak reti lihat di  SINI (saya pinjam dari Aireen..hehe..^_^) *jujur dan tunggu loading sampai habis ok
Due Date " 31 Ogos 2013"

Hadiah

Top referrel

1 set bantal couple rekaan sendiri
10 biji brooch rekaan sendiri


Random
keychain nama 2 pemenang -AlyaaShiseido Black Mask 2 pemenang-Cik Hawareview blog untuk 3 pemenang-Arrien3 brooch 3 pemenang-NajihahBrooch 2 pemenang -Nur IzzatieEdit blog  2 pemenang-Nur Izzatiekad raya seorang-Nur Izzatie3 header 3 pemenang-Nasya2 edit blog 2 pemenang-Nasya2 brooch 2 pemenang-Syeeda15 bloglist 15 pemenang-Areena3 org pemenang buku nota kecik -areena
special hadiah *50 orang peserta awal dapat free brooch rekaan sendiri 1 biji

apa tunggu lagi jom join

Malam Lailatuqadar

Assalamualaikum

Dalam sedar tak sedar dah nak habis ramadan aishh~ rasa mcm cepat jea ramadan tahun ni .. Malam ni dah masuk malam 10 ramadan haa korang tahu betapa untungnya berpuasa dalam bulan ramadan sebab ada satu malam tu dipanggil malam lailatulqadar bukan semua orang dapat malam lailatulqadar tau .. Korang tahu tak bila malam lailatulqadar tu ?

Malam Lailatulqadar bila tibanya hari kesepuluh atau malam kesepuluh akhir ramadan .. 

Kebanyakkan orang mentafsirkan malam lailatulqadar merupakan malam keajaiban ramai yang menyangka air dari perigi yang cetek boleh menjadi banyak melimpah ruah . Pokok kayu-kayan akan jadi tunduk (rebah) menyembah bumi, angin dan burung yang sedang berlalu, akan jadi berhenti dan sebagainya. Sedangkan intisari daripada maksud Lailatul Qadar itu, sebenarnya bermaksud dari sifat seorang yang buta mata hatinya bertukar kepada cerah mata hatinya kerana memandang dan mengenal Allah.

Rasulullah SAW Bersabda :
"Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk melalui malam lailatulqadar pada malam ganjil di sepuluh malam akhir bulan ramadan"

(Hadis Riwayat Aishah r.a.)

Kebesaran malam lailatulqadar berdasarkan dua perkara . Pertama  kerana pada malam tersebut diturunkan al-Quran dan keduanya pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas .


// klik gambar biar bagi jelas \\

Dan dibawah merupakan Doa Malam Lailatulqadar

"Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni" 
Ya allah , Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta keampunan , maka ampunilah aku ..
p/s : selamat mencari malam lailatulqadar .. 

Rules How To Be Real Man ?

Assalamualaikum

" A real man isn’t just a smooth talker or a guy who tries to fit in. "

Harini Ieka nak share tips how to be a real man ? Woahhh mesti lelaki yang akan baca post Ieka ni akan terasa tercabar rilekss brader , brader rilekss wa bukan nak bagi ego korang tercabar tapi wa na kongsi tips jee kot kot membantu lu ke .. *okay tukar version tana panggil (wa lu) ta sopan nahu ? 

A real man bukan memandang dari paras rupa atau berbadan sasa ataupun dompet berkepuk-kepuk , tetapi real man haruslah memiliki pendirian yang tegap macam badan sasa tu kalau korang tidak mempunyai badan seperti itu yang penting korang ada dompet berkepuk-kepuk kalau takde haa korang buat lah apa yang patut hihihihi .. Now baca apa yang Ieka nak bagitahu korang *kalau perempuan nak baca jugak pun boleh takde dihalau sama sekali ..




#1 Have Your Principles


- This is about who you're . Adakah korang mempunyai nilai prinsip hidup ? Adakah korang reka satu peraturan dalam hidup korang ? Prinsip seorang lelaki adalah jelas mentakrifkan kepercayaannya betul ke salah atau dalam erti kata lain seorang lelaki haruslah mempunyai tingkah laku yang baik . Ia tidak ditetapkan sebagai batu dalam hidup yang sentiasa berubah tetapi dia tidak mempunyai hubungan rapat dengan hati nuraninya untuk membezakan benar atau salah .

ada faham ? tidak faham lagi ? okay tengok point kedua pulak !

#2 His Word Is His Word

- Apabila seorang lelaki membuat janji dia akan buat tanpa sebarang alasan . Most people may not understand this logic but unless there’s no way he can keep his word he does everything he can to hold on to the promise he’s made . Dikira macam apabila dijanji harus berpegang pada janji haaa like that ahh . 

fakta no 2 ni mcm troublemaker betul haa .. takpe kita pergi ke fakta seterusnya ..

#3 Chivalrous

- Seorang lelaki yang sejati tahu bagaimana cara melayan seorang wanita , melayan dengan penuh adab dan memenuhi kehendak atau keperluannya . Korang perlu tunjukkan kasih sayang yang korang miliki tetapi ingat sebarang keperluan yang tidak penting korang boleh tolak dengan cara yang baik .

dah nampak tak game dia ? okay ada lagi .. oh yeay bg yg taktahu maksud chivalrous tu maksudnya adab atau sopan ..


#4 Respect And Humility

- Seorang lelaki sejati haruslah mempunyai sikap merendah diri dan menghormati orang lain . Tetapi dia akan membawa aura kuasanya itu dalam bentuk dengan penuh keyakinan atau ketegasan . Mereka sentiasa menghormati antara satu sama lain melainkan tingkah laku orang yang kurang sopan dan seorang lelaki sebenar akan sentiasa menghormati wanita dari segi umur tetapi mereka tidak akan menyakiti hati seorang wanita itu .

betul tu ? nak lagi ? okay kita sambung seterusnya .. 

#5 A Real Man Accepts His Fault

- Terima kesalahan yang telah anda lakukan dan tidak akan mengulangi perkara yang sama . Seorang lelaki sebenar tidak akan meletakkan kesalahannya di atas orang lain dan mereka akan mengakui kesalahan yang telah dibuat . Mereka juga memahami bahawa menerima kesalahan atau kekalahan tidak akan membuatnya lebih . 

itu baru namanya lelaki kan ? hihihi okay sebenarnya ada limabelas rules tapi Ieka tahu ramai dekat sana tak suka membaca so Ieka ringkaskan bagi lima ..

btw kalau Ieka ada salah taip tolong maafkan diri ini yew , diri ini datang nak share tips jee takde niat nak sakitkan hati sesape .. have enjoying our reading okay ..







Hidup Ibarat Sebuah Buku

Assalamualaikum

Hidup ibarat sebuah buku , bahagian depan sebagai permulaan cerita dan bahagian terakhir merupakan pengakhiran cerita .. Setiap kandungan ditulis tidak boleh dipadam semula sama dengan kehidupan harian setiap apa yang berlaku tidak boleh diulang semula . Hidup kita ibarat sebuah buku dan kita sebagai watak utamanya manakala orang disekeliling kita adalah watak sampingan . Di dalam buku terdapat pelbagai perasaan yang kita alami kekadang gembira kekadang sedih kekadang marah seolah olah perasaan kita seperti cuaca yang tidak menentu . Setiap detik cerita sentiasa berubah setiap saat cerita sentiasa tidak sama sehinggalah sampai tiada cerita dan cerita menjadi mati apabila mati itu penamatan cerita . Setiap orang yang lahir di muka bumi ini memiliki buku sendiri sehingga mereka mahu memulakan kehidupan baru barulah buku itu dikongsi . Setiap buku terdapat pelbagai pengajaran atau teladan supaya kita tidak ulangi perkara yang sama .



jadi kita harus jaga nilai sebuah buku walaupun benda tu tiada guna , kita buang buku yang kita ada ibarat kita buang kehidupan kita ... Sebuah buku kita miliki terlalu mahal jika dibandingkan dengan buku yang tersedia ada di perpustakaan dan kedai buku kerana buku yang kita miliki tidak jual di mana mana .. 

Ana Hawana Penulis Nukilan Sebenar

Assalamualaikum

Semalam apa yang kita tahu ramai yang dok copy paste nukilan dayana sedangkan kita tidak fikir adakah betul dayana tulis ? sehinggalah pagi tadi Ieka jejalan kat fb then terjumpa satu link blogger ni agak menarik jugak ah



Ieka tengok jee terus baca dalam isi kandungannya , ta sangka orang yang menulis nukilan tersebut sebenarnya Ana Hawana .. dan ada bukti beliau yang menulis nukilan tersebut dan korang boleh baca di
sini dan sini



p/s : saya na mintak maaf kerana copy paste nukilan Ana Hawana tanpa usul periksa siapa perilakunya ..

Puisi Sedih Isteri Pertama Ashraf Muslim


Assalamualaikum

Apa yang semua kita ketahui sekarang seorang pelakon lelaki iaitu Ashraf Muslim sedang bermadu kasih dengan isteri barunya tetapi adakah isteri pertama Ashraf Muslim dapat lalui semua itu ? mari kita hayati puisi yang ditulis oleh Dayana , ternyata Dayana seorang perempuan dan isteri yang tabah beliau cuba meluahkan dalam kata kata reda yang Allah dan dirinya sahaja tahu perasaannya pada ketika ini ..



Hayati Puisiya ..

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

p/s : sebelum membuat sesuatu keputusan haruslah difikir dengan sebaik mungkin dan pada pengetahuan yang Ieka baca (sirah nabi muhammad dan siti khadijah) beliau tidak pernah madukan isteri pertamanya sehingga isterinya meninggal barulah beliau mencari pengganti 

credit to "diarihati"


Syawal Giveaway by Syazlia & FD


Assalamualaikum.


klik banner untuk join

Senarai hadiah:
Peplum tribal x 3
 skirt lycra x 1
 pashmina x 1
 shawl x 1
 brooch x 3
 topup RM10 x 2
 topup RM5 x 3
 duit Raya RM20 x 2


Kenapa Taknak Buat Giveaway

Assalamualaikum

Ieka ni bukannya terror kalau bab GA ada je orang suruh Ieka buat GA tapi Ieka ni bangsa 'malas' bukan malas aje Ieka ni kalau ada mood blogwalking memang semangat tapi sampai satu blog yang web page loading lembab rasa mcm na maki jee "sebelum buat blog pergi lah buat research dekat blog otai kenapa web page loading laju mcm kilat ni tak segala benda yang tak penting kau na masuk" haha dalam hati je dekat luar ta sampai hati pulak nak cakap yelah orang cakap budak baru belajar takpe kita pun faham lah :) .. so malam ni Ieka na bagi sebab kenapa Ieka ta suka buat Giveaway atau dalam bahasa pendeknya GA ..



1. Takut Dengan Sponsor

- Tak ke pelik Ieka takut dengan sponsor yelah orang kata "rambut sama hitam tapi hati mana kita tahu" Ieka ada baca satu blog ni *ta ingatlah blog sape .. Dia cakap kena tipu dengan sponsor sampai pihak perserta maki maki penganjur(tuan blog) tu sebab hadiah tak sampai . So disebabkan macam tu so Ieka malas na amik risiko tinggi Ieka dah fikir awal awal Ieka takkan buat Giveaway sampai Ieka rasa ada duit sendiri ta payah mintak sponsor korang dan seratus peratus Ieka sponsor sendiri hehehe ... 

2. Risiko Tinggi

- Macam Ieka cakap tadi bila nak buat GA ni fikir risiko ada setengah pihak tak pandang pada risiko kot tapi bagi Ieka risiko tu penting walaupun Ieka ni simple orangnnya .. Risiko yang Ieka takut tulah sponsor terutamanya sekali zaman dah canggih memacam boleh jadi .

3. Takde Masa

- Hmm masa ? jangan cakaplah Ieka punya masa punya lah padat mengalah cik retis ehhehe .. ta memang masa tu tade orang yang buat GA ni sebab ada masa lapang , hmm Ieka ? jangan cakap ah dia tamak *ieka jujur hahaha .. na buat blog lah na buat manuskrip lastly semua terabai ok itu mcm angan-angan pak jenin kan ? tu ta kira kalau dah sambung belaja elakkan blog ni Ieka delete .. Orang yang buat GA ni bukan update entry je kan kena promote sekali bab promote Ieka lemah semacam .. 

Ieka rasa ni jee Ieka boleh kongsi okay apa dari aku merepek tak tentu hala baik aku jujur dengan korang kan ? Ieka rasa korang menyampah dah baca entry aku ni ...

Segmen Kad Raya By Emas Putih & Pn Qaleshya



klik banner


GA Ramadhan Raya by Emas Putih


Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)


Bling Ur Casing

Assalamualaikum

Salam Ramadan semua ada yang tak puasa harini ? kalau yang ada tu diam diam kay XD .. 
Sempena menyambut ramadan al mubarak ni korang ta teringin ke nak tukar casing phone ber-bling bling
Haa so harini Ieka na suruh membeli belah dekat Bling Ur Casing *apa Ieka membebel ni



Korang nampak tak gambar di atas tu ? mesti ada di kalangan korang suka tengok casing macam ni , macam nak order korang bukak facebook lepas tu search Bling Ur Casing kalau malas na search korang tekan link ini macam macam casing ada tablet pon ada kalau nak tahu harga boleh pm dekat facebook atau whatsapp di no ni 016-2337714  .. 

Ini contoh setiap casing 


Samsung Galaxy Note 2


Samsung Galaxy Tab 2 7 . 0


Samsung Galaxy s3


Blackberry



Htc



Nokia



Iphone

dan pelbagai casing phone korang boleh dapati kalau nak tahu lebih lanjut boleh pm tuan tanah ok :)

Wordless Wednesday #8

Assalamualaikum

Ini merupakan wordless wednesday pertama di bulan ramadan lepas sahur :) 
jom niat puasa



dah niat ? jom sambung tido eh eh tapi lebih afdal kita berzikir dulu sementara menunggu azan subuh :)

selamat bersahur semua

Fadhilat Berpuasa Di Bulan Ramadan

Assalamualaikum


Salam Ramadan kepada semua umat islam yang akan menyambut bulan ramadan pada esok hari tapi sebelum Ieka teruskan entry pada malam ni , Ieka baru tadi tengok video "couple seminggu" tu actually simpati ok dekat adik Puteri Awani ni .. Kalau Ieka dekat tempat dia pun rasa malu dah lah orang yang komen kat video rasa mcm gila annoying haihh ni laa manusia asyik nampak kesalahan orang lain kesalahan sendiri tak nampak .. 


Ieka rasa macam annoying bila tengok parody "couple seminggu" tu so kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal video tu boleh datang terjah blog adik ni http://puteriawaniahmad.blogspot.com/ so kepada korang yang copy video adik puteri please delete dan kepada yang ta henti na memberi komen tolong berhenti esok kita dah nak sambut ramadan ..

Ok berbalik kepada tajuk entry sebenar kita , korang tahu tak kelebihan berpuasa di bulan ramadan .. Haa banyak tau kelebihan yang kita dapat .. Korang bila kita berpuasa kita mestilah tahan diri daripada makan dan minum bukan setakat tahan diri daripada makan minum jee tapi mata mulut telinga tangan mahupun kaki ... 

Apabila masuk bulan Ramdan maka dibuka pintu-pintu syurga dan pintu-pintu neraka akan tertutup serta diikat semua iblis dan juga syaitan ..

Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.

Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa.

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:

Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:

Telah datang kepada kamu bulan Ramadan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

1. Bahawasanya bulan Ramadan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.

Bulan Ramadan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.

ada faham ta ? actullay sepanjang bulan ramadan ni in sha allah Ieka akan kongsi kelebihan berpuasa di hari pertama dan akhir bulan ramadan dan Ieka akan jugak selitkan sikit kelebihan solat terawih...

Ramadan Tiba


Assalamualaikum

Bila pandang tajuk entry Ieka harini rasa macam tak sabar nak sambut ramadan kan ? Semakin hari semakin melangkah dewasa bila tiba jee bulan Ramadan (bulan penuh kemuliaan dan keampunan) teringat masa zaman kanak kanak dulu ehehe , so tujuan Ieka update entry harini Ieka saja nak kongsi zaman kanak kanak Ieka dulu *macam dah tua jew aku ni .. Ieka pasti korang semua ada kenangan ketika puasa dibulan ramadan kan ? baik mengaku ? hahaha takpe jangan malu jangan segan semua orang pasti ada kenangan itu ..


Before puasa mesti ada pengumuman bila puasa , bila raya tu kan ? korang tahu tak masa zaman Ieka bila part tu mesti duduk depan tv sambil niat dalam hati jangan lahh puasa esok haa sekali bila orang tu umum kan puasa esok terasa mcm nak menangis katakaww bukan sebab malas nak puasa tapi ta ready na puasa masa tu pulak umur baru setahun jagung dua ayah dah suruh Ieka belajar puasa ..


haa atok ni selalu buat budak budak risau bila nak puasa hahaha XD , tapi setiap kali puasa mesti kita akan cari alasan nak mandi sebab apa ? boleh minum air paip lega katanyaa , bila keluar dari tandas nampak macam segar gituhhh padahall dah buka dulu .. Dulu Ieka masa first belajar puasa , puasa puasa jugak ahh tapi siap minum air lepastu cakap dengan ibu "akak nak sambung puasa" hahaha mana bole sambung kan dah batal niat tuh .. Paling Ieka ta boleh lupa masa puasa , kalau Ieka ta puasa ta dapat duduk semeja dengan orang yang berpuasa ketika berbuka terpaksa makan kat bawah menangis nangis .. Haaa siapa suruh nakal sangat nak berbuka awal kan ? senang jew kalau nak puasa penuh ayah akan cakap "siapa puasa penuh ayah bagi RM 30" sebab puasakan 30 hari kalau kurang daripada tu maknanya kita ta dapat haa duit raya RM 30 bila ayah bagitahu macam tuh fuhh menggelabah na puasa masa raya nant hahaha XD .. *zaman kanak kanak apa boleh berlaku .Haa part ni paling Ieka suka bila ternampak ibu tak puasa atas dasar tertentu mesti Ieka join the club sekali walaupun ibu ta kasik buka tapi lepas ibu belah dari dapur terus kidnaped gula gula dalam peti ais ..

Haa gila nakal kan Ieka masa kecik kecik dulu tapi mesti ada di antara korang dari nakal daripada Ieka , kalau ada share laa nak tahu jugak siapa paling nakal .. ehehehe 

Ramadhan Giveaway by Lee's Family

Assalamualaikum


 kalau korang nak join bole tekan link ini

lupaa seketika .....

tag blogger hahahaha

awak dan awak

Bila Aku Baca Novel


Assalamualaikum



Orang mesti akan cakap ieka ni 'awek buku' yew memang Ieka kuat baca novel kalau korang nak tahu tabiat buruk Ieka bila berada di library or kedai buku Ieka akan duduk depan pintu kedai tu dan terus menghirup udara setiap buku yang ada tidak tertinggal ruang sedikit pun .. Nah im just kidding tapi memang betul Ieka buat macam tuh , dah lepas menghirup semua udara dalam tu Ieka terus pergi rak buku korang tahu apa yang Ieka akan buat Ieka akan bukak setiap helaian muka surat dan bau buku baruu fuhhh sedap ketagih sampai sekarang hahaha *adik adik dekat rumah ini bukan contoh yang baik ok .. tapi Ieka tana cerita lelebih ahh malu titew hahaha XD

Orang mesti akan tanya Ieka "macam mana nak habis buku setebal gajah?" "best ke baca novel melayu?" "Ieka selalu baca novel ni biasanya berapa hari habes?"

Okay Ieka jawab soalan last sekali tuh .. Kalau korang nak tahu Ieka biasa habes buku setebal gajah tu dalam satu hari , mesti ada yang tak percaya yeah korang kena percaya .. Kalau Ieka baru beli buku kan mesti Ieka akan duduk dalam bilik selagi jangan harap Ieka nak keluar melainkan jalan cerita tu bosan .. Bila Ieka baca Novel Ieka akan

Letakkan Diri Sebagai Watak Utama

= Biasanya sebelum Ieka memulakan pembacaan Ieka kena mind set yang watak utama tu Ieka so bila kita baca kita dapat merasakan kelainan daripada orang yang membaca tetapi bila tanya apa pendapat confirm dia akan cakap "besttttttt~" nahhh bila tanya balik apa yang best dia tak boleh jawab atau dia bagi jawapan "kau baca sendiri baru kau tahu best" .. Tapi cuba korang letakkan diri korang sebagai watak utama confirmlah korang kalau bole na baca lagi dan lagi ..

Menghayati

= Setiap pembacaan perlulah ada penghayataan kalau korang baca tapi takde perasaan better korang buang buku tu dan serupa korang ta payah beli membazirkan ? sama jugak baca surat khabar kalau kita baca jee tanpa penghayatan kita takkan dapat point dia kan ? ada betul ke Ieka taip ? So kalau korang hayati setiap sesuatu penulisan tu korang akan rasa watak utama yang korang letakkan diri korang baru betul menjadi 

Penilaian

= Kalau korang nak bila Ieka baca Ieka akan buat penilaian jalan cerita itu , korang tahu tak Ieka akan buat penilaian setiap isi kandungnya . Lepas tu kita dapat membezakan orang yang mempunyai tatabahasa tinggi dan jugak pengetahuan tinggi even seseorang penulis tu memiliki tatabahasa yang tinggi tapi pengetahuan yang cetek ta bole menjadi jugak ceritanya bila ta menjadi jalan cerita tak best laa kan ? kan ? tapi semua novelis seimbang dua dua tinggi yang tu baru best nak baca yew dok ?

Mengkaji

= Mengkaji bukan mengaji yew hihihi .. Bila dah baca setiap bab Ieka akan mengkaji kenapa ia boleh berlaku apa akan berlaku baru kita ada feel nak baca kan ? tapi kalau tak mengkaji pun takpe yang penting tiga yang atas mesti ada ..

So ini sahaja ilmu yang Ieka bole kongsikan dekat korang kalau ada apa apa lagi in sha allah Ieka update tapi sebelum tu Ieka sekarang tengah usha novel



buku ni gila hebat biasanya novel melayu 100% menggunakan tatabahasa melayu tetapi novel 30% menggunakan tatabahasa Inggeris korang patut beli k dan Ieka kagum dengan Evelyn ni .. 

Igloo App

Assalamualaikum

Korang nak tambahkan pendapatan selain menggunakan Nuffnang atau Says ataupun Churp churp kali ini Ieka na kenalkan korang dengan Igloo Application .. Apakah itu Igloo Application ? Igloo Application merupakan platform pengiklanan menggunakan smartphone atau gadget yang membenarkan iklan ditarget pengiklanan mereka berdasarkan target pengiklanan di atas umur , jantina , lokasi . Iklan tersebut akan terus dihantar melalui pengguna yang 'download app' tersebut .



// ini buktinya Ieka dah download Igloo App \\

Macamana nak buat duit dengan Igloo Application seperti ini ? mudah sahaja anda perlu baca atau klik iklan yang diberi melalui Igloo App . Minimum payment untuk cash out RM 30 , di bayar melalui cash tetapi dibayar secara bil telefon (bagi pengguna bil) manakala kepada pengguna prepaid topap akan dibayar secara prepaid .


// ini adalah contoh iklan yang terdapat dalam Igloo App \\


// ni earningnnya kalau cukup rm30 anda bole buat cash out disebabkan Ieka baru guna memang lah sikit nant malam baru Ieka nak godeh godeh \\

bagi pengguna Android atau Apple Store anda patut download app ini , selamat mencuba ...



Favourite Things

Assalamualaikum

Korang na kekal segar dan cantik setiap masa walaupun di mana korang berada tidak kira di rumah atau di luar rumah mari Ieka na share dengan korang benda apa yang sering menjadi kegemaran untuk memakai ketika berada di dalam rumah mahupun di luar rumah ..

Dikirakan ni entry mcm favourite things yang menjadi kebiasaan digunakan oleh Ieka mana tahu korang boleh cari idea dengan Ieka sharing dekat sini *ada faham tak?

1. DAVIDDOFF PERFUME FOR WOMEN 


abaikan yang belakang tu korang semua kena fokus dekat botol kaca berwarna biru itu .. korang tahu tak perfume tu hadiah pertama masa birthday Ieka form 1 aunty Ieka belikan sumpah bau dia lembut sangat tapi harga pun berbaloi even perfume tu dah habes tapi bau dia still melekat kat penutup botol tu kalau korang nak pilih perfume beter korang try guna perfume confirm bau dia tak hilang dalam masa dua tiga hari actually banyak lagi perfume Ieka bole Ieka suggestkan tapi sebab perfume ni jadi kegemaran Ieka so Ieka pun sharing lah dekat sini hehehe ..

2. BODY BUTTER (BODY SHOP)


korang tahu tak body butter ni boleh ganti lotion tau dengan bauan rosnya menusuk hingga ke hidung katekaww .. Ieka pakai body butter ni time tidur je so bila tidur rasa tenang dengan bauan rose memalam boleh mimpi Edward Cullen hahaha kalau korang pakai mcm lembut jee so rasa mcm freshy gitu so kepada korang nak rasa tidur dalam keadaan aman dan tenang Ieka suggestkan korang belilah body butter ni tapi Ieka beli one package sekali ada shower , perfume , light lotion gituh ah so korang patut beli ok .

3. BIOGLO CLEARPORE DEEP CLEANSING MASK


Macam mana nak dapat black mask ni ? korang boleh pergi cari cosway dengan harga RM 40 kalau ada member card dapat murah sikit beli satu percuma satu . Ieka dah pakai mask ni selama dua minggu , best pakai benda alaa ni suka main tarik tarik bila nak tarik omak aiii menangis terjoget joget nak tarik hahaha .. tapi sangat berkesan lah tapi dia ada dua kaler satu black satu lagi grey , aku dengar orang cakap yang grey punya lagi bagus tapi nak tarik kau pergi masuk ICU dulu hahaha XD .. black mask ni tarik korang punya bintik putih dan juga bintik hitam lepas pakai black mask ni korang patut pakai toner .

4. LIPICE



Rasa macam nak gigit jee benda ala ni sedap mcm chewing gum , Ieka kalau keluar rumah just calit benda ni sebab Ieka seorang yang simple without makeup haha xD bila pakai lipice ni rasa mcm segar jee bibir . lipice ni ada tiga flavour tapi Ieka pilih wildberry ni rasa dia sedap ok *Ieka makan sekali lipice ni hahahaha .. warna dia pun mengancam warna kemerahan gitu btw korang patut cuba kalau na bibir korang tu kekal segar dan cantik bagi yang bibir kering pun bole pakai ,, 

rasanya ini sahaja kot Ieka na share , nant kalau ada pape lagi Ieka buat lah entry buat korang memandang bulan Jun Ieka punya entry seciput jee dan kebiasaanya setiap bulan melebihi 10 entry tapi bulan lepas rasa mcm tak esaited na update hahaha XD

Hanya Sehelai Kertas Mampu Mengubah Kehidupan Anda

Assalamualaikum

Hye blogger's kalau keekerzzz kena hayati sebutan keekerzz tu betul betul hahaha .. sebelum Ieka bawak cerita sedih Ieka na bagitahu 

HEART CONTEST BY KI DITUTUP
PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA MALAM ESOK

kalau uolls na ketahui lebih lanjut boleh lah terjah blogger patner ieka dekat sini ..thanks sesiapa yang bagi support tu thanks sesangat jasa korang amat Ieka hargai .. 
now today nampak tajuk utama di atas itu ?
ok korang tahu kan apa itu kertas ? ok bagi yang tahu give me 10 but yang taktahu google please .. 


sebab sayang kat korang Ieka terpaksa copy gamba kertas tu dekat google .. see itu tanda Ieka sayang dekat korang hahaha ..

Sijil Kelahiran dimulakan dengan sehelai Kertas
Sijil Pemghargaan dengan sehelai Kertas
Sijil Kelulusan dengan sehelai Kertas
Sijil Perkahwinan dengan sehelai Kertas 
Penulisannya dengan sehelai Kertas
Passport dengan sehelai Kertas 
Sijil Perubatan dengan sehelai Kertas 
Jemputan Ke Program dengan sehelai Kertas
Duit dengan sehelai Kertas
Kehidupan ini adalah seperti kertas , dilipat , disimpan , dikoyak dan dibuang .
Dunia semuanya seperti kertas .
Berapa ramai yang bersedih kerana kertasnya , bangga , malu dan gembira kerana KERTASNYA.
Hanya satu kertas yang DIMILIKI seseorang tetapi TIDAK DAPAT DILIHATNYA SENDIRI , sijil kematiannya . Kerana itu BERAMAL sebelum sijil itu dikeluarkan dan pastinya semua kandungan kertas-kertas yang tersebut di atas membawa erti dan makna bahagia hakiki selepas dunia ini .