HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Saturday, 6 July 2013

Bila Aku Baca Novel


Assalamualaikum



Orang mesti akan cakap ieka ni 'awek buku' yew memang Ieka kuat baca novel kalau korang nak tahu tabiat buruk Ieka bila berada di library or kedai buku Ieka akan duduk depan pintu kedai tu dan terus menghirup udara setiap buku yang ada tidak tertinggal ruang sedikit pun .. Nah im just kidding tapi memang betul Ieka buat macam tuh , dah lepas menghirup semua udara dalam tu Ieka terus pergi rak buku korang tahu apa yang Ieka akan buat Ieka akan bukak setiap helaian muka surat dan bau buku baruu fuhhh sedap ketagih sampai sekarang hahaha *adik adik dekat rumah ini bukan contoh yang baik ok .. tapi Ieka tana cerita lelebih ahh malu titew hahaha XD

Orang mesti akan tanya Ieka "macam mana nak habis buku setebal gajah?" "best ke baca novel melayu?" "Ieka selalu baca novel ni biasanya berapa hari habes?"

Okay Ieka jawab soalan last sekali tuh .. Kalau korang nak tahu Ieka biasa habes buku setebal gajah tu dalam satu hari , mesti ada yang tak percaya yeah korang kena percaya .. Kalau Ieka baru beli buku kan mesti Ieka akan duduk dalam bilik selagi jangan harap Ieka nak keluar melainkan jalan cerita tu bosan .. Bila Ieka baca Novel Ieka akan

Letakkan Diri Sebagai Watak Utama

= Biasanya sebelum Ieka memulakan pembacaan Ieka kena mind set yang watak utama tu Ieka so bila kita baca kita dapat merasakan kelainan daripada orang yang membaca tetapi bila tanya apa pendapat confirm dia akan cakap "besttttttt~" nahhh bila tanya balik apa yang best dia tak boleh jawab atau dia bagi jawapan "kau baca sendiri baru kau tahu best" .. Tapi cuba korang letakkan diri korang sebagai watak utama confirmlah korang kalau bole na baca lagi dan lagi ..

Menghayati

= Setiap pembacaan perlulah ada penghayataan kalau korang baca tapi takde perasaan better korang buang buku tu dan serupa korang ta payah beli membazirkan ? sama jugak baca surat khabar kalau kita baca jee tanpa penghayatan kita takkan dapat point dia kan ? ada betul ke Ieka taip ? So kalau korang hayati setiap sesuatu penulisan tu korang akan rasa watak utama yang korang letakkan diri korang baru betul menjadi 

Penilaian

= Kalau korang nak bila Ieka baca Ieka akan buat penilaian jalan cerita itu , korang tahu tak Ieka akan buat penilaian setiap isi kandungnya . Lepas tu kita dapat membezakan orang yang mempunyai tatabahasa tinggi dan jugak pengetahuan tinggi even seseorang penulis tu memiliki tatabahasa yang tinggi tapi pengetahuan yang cetek ta bole menjadi jugak ceritanya bila ta menjadi jalan cerita tak best laa kan ? kan ? tapi semua novelis seimbang dua dua tinggi yang tu baru best nak baca yew dok ?

Mengkaji

= Mengkaji bukan mengaji yew hihihi .. Bila dah baca setiap bab Ieka akan mengkaji kenapa ia boleh berlaku apa akan berlaku baru kita ada feel nak baca kan ? tapi kalau tak mengkaji pun takpe yang penting tiga yang atas mesti ada ..

So ini sahaja ilmu yang Ieka bole kongsikan dekat korang kalau ada apa apa lagi in sha allah Ieka update tapi sebelum tu Ieka sekarang tengah usha novel



buku ni gila hebat biasanya novel melayu 100% menggunakan tatabahasa melayu tetapi novel 30% menggunakan tatabahasa Inggeris korang patut beli k dan Ieka kagum dengan Evelyn ni .. 

3 comments:

Tcca Anuar said...

wah penggemar buku novel. :) kita pun baru nak jinak baca novel. hehe dah 19 tahun baru nak start hehe

Akira Ryuhanna said...

hehe awak sama mcm saya! memang ketagih sampai tak lena malam lah kalau tak habiskan sebab tertanya-tanya apa yang jadi..hehehehe.. :P yup! saya pun amik masa sehari untuk habiskan. the worst part is bila dah masuk dunia novel dunia luar ni memang tak ingat apa dah. orang cakap pun mesti saya lambat respond. best enty awak! ;) keep it up.!

Princess Syazliyana said...

yey kita sama! novel the wedding breaker tu mmg best :DD dgr akan diadaptasi jadi drama