HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Tuesday, 9 July 2013

Fadhilat Berpuasa Di Bulan Ramadan

Assalamualaikum


Salam Ramadan kepada semua umat islam yang akan menyambut bulan ramadan pada esok hari tapi sebelum Ieka teruskan entry pada malam ni , Ieka baru tadi tengok video "couple seminggu" tu actually simpati ok dekat adik Puteri Awani ni .. Kalau Ieka dekat tempat dia pun rasa malu dah lah orang yang komen kat video rasa mcm gila annoying haihh ni laa manusia asyik nampak kesalahan orang lain kesalahan sendiri tak nampak .. 


Ieka rasa macam annoying bila tengok parody "couple seminggu" tu so kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal video tu boleh datang terjah blog adik ni http://puteriawaniahmad.blogspot.com/ so kepada korang yang copy video adik puteri please delete dan kepada yang ta henti na memberi komen tolong berhenti esok kita dah nak sambut ramadan ..

Ok berbalik kepada tajuk entry sebenar kita , korang tahu tak kelebihan berpuasa di bulan ramadan .. Haa banyak tau kelebihan yang kita dapat .. Korang bila kita berpuasa kita mestilah tahan diri daripada makan dan minum bukan setakat tahan diri daripada makan minum jee tapi mata mulut telinga tangan mahupun kaki ... 

Apabila masuk bulan Ramdan maka dibuka pintu-pintu syurga dan pintu-pintu neraka akan tertutup serta diikat semua iblis dan juga syaitan ..

Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.

Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa.

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:

Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:

Telah datang kepada kamu bulan Ramadan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

1. Bahawasanya bulan Ramadan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.

Bulan Ramadan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.

ada faham ta ? actullay sepanjang bulan ramadan ni in sha allah Ieka akan kongsi kelebihan berpuasa di hari pertama dan akhir bulan ramadan dan Ieka akan jugak selitkan sikit kelebihan solat terawih...

2 comments:

Syuhada Nasya said...

selamat berpuasa :)

Nur Fahz said...

Salam ramadhan n selamat berpuasa :))