HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Sunday, 21 July 2013

Hidup Ibarat Sebuah Buku

Assalamualaikum

Hidup ibarat sebuah buku , bahagian depan sebagai permulaan cerita dan bahagian terakhir merupakan pengakhiran cerita .. Setiap kandungan ditulis tidak boleh dipadam semula sama dengan kehidupan harian setiap apa yang berlaku tidak boleh diulang semula . Hidup kita ibarat sebuah buku dan kita sebagai watak utamanya manakala orang disekeliling kita adalah watak sampingan . Di dalam buku terdapat pelbagai perasaan yang kita alami kekadang gembira kekadang sedih kekadang marah seolah olah perasaan kita seperti cuaca yang tidak menentu . Setiap detik cerita sentiasa berubah setiap saat cerita sentiasa tidak sama sehinggalah sampai tiada cerita dan cerita menjadi mati apabila mati itu penamatan cerita . Setiap orang yang lahir di muka bumi ini memiliki buku sendiri sehingga mereka mahu memulakan kehidupan baru barulah buku itu dikongsi . Setiap buku terdapat pelbagai pengajaran atau teladan supaya kita tidak ulangi perkara yang sama .



jadi kita harus jaga nilai sebuah buku walaupun benda tu tiada guna , kita buang buku yang kita ada ibarat kita buang kehidupan kita ... Sebuah buku kita miliki terlalu mahal jika dibandingkan dengan buku yang tersedia ada di perpustakaan dan kedai buku kerana buku yang kita miliki tidak jual di mana mana .. 

2 comments:

Syuhada Nasya said...

betul tu, sangat2 setuju :)

Diya Ariana said...

Salsa dear,saya mng yg heart contest awak tu,tapi knpa sponsor x reply mcej ya?