HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Monday, 29 July 2013

Malam Lailatuqadar

Assalamualaikum

Dalam sedar tak sedar dah nak habis ramadan aishh~ rasa mcm cepat jea ramadan tahun ni .. Malam ni dah masuk malam 10 ramadan haa korang tahu betapa untungnya berpuasa dalam bulan ramadan sebab ada satu malam tu dipanggil malam lailatulqadar bukan semua orang dapat malam lailatulqadar tau .. Korang tahu tak bila malam lailatulqadar tu ?

Malam Lailatulqadar bila tibanya hari kesepuluh atau malam kesepuluh akhir ramadan .. 

Kebanyakkan orang mentafsirkan malam lailatulqadar merupakan malam keajaiban ramai yang menyangka air dari perigi yang cetek boleh menjadi banyak melimpah ruah . Pokok kayu-kayan akan jadi tunduk (rebah) menyembah bumi, angin dan burung yang sedang berlalu, akan jadi berhenti dan sebagainya. Sedangkan intisari daripada maksud Lailatul Qadar itu, sebenarnya bermaksud dari sifat seorang yang buta mata hatinya bertukar kepada cerah mata hatinya kerana memandang dan mengenal Allah.

Rasulullah SAW Bersabda :
"Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk melalui malam lailatulqadar pada malam ganjil di sepuluh malam akhir bulan ramadan"

(Hadis Riwayat Aishah r.a.)

Kebesaran malam lailatulqadar berdasarkan dua perkara . Pertama  kerana pada malam tersebut diturunkan al-Quran dan keduanya pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas .


// klik gambar biar bagi jelas \\

Dan dibawah merupakan Doa Malam Lailatulqadar

"Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni" 
Ya allah , Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta keampunan , maka ampunilah aku ..
p/s : selamat mencari malam lailatulqadar .. 

No comments: