Puisi Sedih Isteri Pertama Ashraf Muslim


Assalamualaikum

Apa yang semua kita ketahui sekarang seorang pelakon lelaki iaitu Ashraf Muslim sedang bermadu kasih dengan isteri barunya tetapi adakah isteri pertama Ashraf Muslim dapat lalui semua itu ? mari kita hayati puisi yang ditulis oleh Dayana , ternyata Dayana seorang perempuan dan isteri yang tabah beliau cuba meluahkan dalam kata kata reda yang Allah dan dirinya sahaja tahu perasaannya pada ketika ini ..



Hayati Puisiya ..

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

p/s : sebelum membuat sesuatu keputusan haruslah difikir dengan sebaik mungkin dan pada pengetahuan yang Ieka baca (sirah nabi muhammad dan siti khadijah) beliau tidak pernah madukan isteri pertamanya sehingga isterinya meninggal barulah beliau mencari pengganti 

credit to "diarihati"


3 orang komen :

huny madu said...

akak pun ada baca pasal puisi tu, sedih kan? kesian dia :(

ma ❥ said...

Kesian kan hmmm

AyueJean AJ said...

Sama pulak kan time publish tu...