Resepi : Spagehetti Goreng Ala Ala Blogger

Assalamualaikum

Hye korang semua harini Ieka nak kongsi resepi "Spagehetti Goreng Ala Ala Blogger" fuyooo gempakkan nama dia hehehe , kau orang jangan pandang Ieka sebelah mata tau nanti Ieka cucuk kau orang guna spanar .. hehehehe tau takut alaaaa Ieka ni memasak takde lah pandai sangat setakat campak campak gituh jee tapi make sure korang jangan dengki orang cakap belum cuba belum tahu sekali cuba pasti nak lagi .. resepi ni mudah sahaja kau orang ta payah pakai banyak banyak bahan

ok bahan bahannya adalah




- 1 bungkus Spagehetti yang telah direbus
- 2 ulas bawang putih (( dikisar ))
- 1 biji bawang merah kecil (( dikisar ))
* actually tak kesahlah kau orang nak kisar ke tak sebab Ieka lebih suka dikisar bersama lada kering
- lada kering (( dikisar ))
- 2 sudu Cili Sos (( ikut kau orang nak letak berapa kalau suka pedas letak bebanyak ))
- 1 setengah Tomato Sos  (( ikut kau orang letak berapa kalau suka masa letak bebanyak ))
- Garam secukup rasa 
- Minyak sedikit


Bahan Lain

- Udang / Ayam (( yang telah dicincang )) / Sosej dll . Nak letak Oblong pun boleh janji ikut kau orang punya taste lah


Cara-caranya adalah

  1. Memula panaskan kuali dengan minyak masak apabila sudah panas baru masukkan bahan yang dikisar bagi sesiapa yang tak kisar bawang putih atau bawang merah masukkan dulu kemudian baru masukkan lada kering yang dikisar . Tumiskan sehingga nak bau jangan sampai hangus ok .
  2. Setelah naik bau letakkan garam secukup rasa kemudian letak Cili Sos dan juga Tomato Sos .
  3. Letak Bahan Lain *rujuk di atas masak sehingga dia betul betul masak ok , kalau korang letak udang jangan terlalu over cooked sangat nanti tak sedap .
  4. Dan akhir sekali letak Spagehetti tadi ke dalam kuali dan gaul sehingga rata lepas kau orang boleh hidang . 

tarrar dah siap oppsss utk tambahan lain kalau korang ni gilakan pedas boleh lah letak black paper kalau nak lagi ummphhh letak lah oregano kalau nak lagi meleleh letak lah cheese Parmesan . Kalau taknak letak pun tak pe terpulang pada cara memasing dan kalau korang suka makan spagehetti dengan cheese leleh boleh lah masuk ke dalam ketuhar selama 10 minit atau 15 minit ..




daaa selamat mencuba (( sambung makan ))

0 orang komen :