HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Sunday, 13 October 2013

When I Was A Kid

Assalamualaikum

Harini Ieka nak ajak abang abang . akak akak dan adik adik untuk imbas kembali zaman zaman korang dulu dulu kala , dikirakan macam buang balik ... instead of throw back

Tetiba terasa rindu nak jadi zaman budak budak hingusan tapi Ieka bangga sebab dah nak dewasa pasti dunia dewasa lebih mencabar daripada zaman kanak kanak .. Ok berbalik kepada tajuk , Ieka rindu time masa main permainan yang memenatkan berbanding main batu seremban , main pondok pondok atau kahwin kahwin Ieka lebih suka benda yang memenatkan sila fahamkan lagi memenatkan hihihiihi .. Ishh Ieka ni tahulah sekarang dah malas nak update blog tetiba update harini nak buli orang pulak kekekekeke .. 

Anyway benda yang Ieka paling rindu bila balik bandar (( kampung tu macam kampung )) mesti korang takkan penah miss main benda ala ni

Polis Entry One Two Jaga

Masihkah korang ingat lagi akan permainan seperti ini ? cara nak bermain permainan seperti macam ni , first of all korang perlu nyanyi dulu " Polis entry one two jaga polis mati pencuri jaga" sambil nyanyi tuh korang kena kira dekat kaki orang .. Ingat lagi ? lepastu sampai jee dua perkataan terakhir "pencuri jaga" kau kena out dulu tunggu sampai orang terakhir yang tak terpilih jadi pencuri tuh so bagi orang yang tak terpilih jadi pencuri kau kena kejar pencuri curi tu semua kalau 10 orang main kau kena kejarlah sebanyak berapa ada .. Memang rindu gila nak main benda ni zaman sekarang budak budak mesti taktahu nak benda alaa ni dorang akan tau main Subway Surfers .. Oklah tu feel main kejar kejar jugak kan ? hehehe ..


Musang Dan Ayam

Pernah main musang dan ayam ? wah ni time kanak kanak dulu suka gila main benda alaa macamni janji yang memenatkan .. Ieka suka main benda ni bila jadi musang sebab boleh roarrrrr kuat kuat time tu semua ( ibu dan anak anak ayam ) jerit ketakutan ... Macam mana nak main pilih seorang untuk jadi musang yang nakal dan yang korang tak terpilih jadi musang tuh sila beratur siapa orang yang first beratur tuh akan jadi ibu ayam so tujuan si musang ni akan aim kan musuhnya yang belakang maksudnya orang yang beratur belakang sekali .. Sebelum korang terjerit terlolong dulu korang kena nyanyi ...

Musang : Tok tok tok (( sambil gaya buat orang ketuk pintu ))
Ibu Ayam : Siapa ? (( sambil bukak pintu halimunan ))
Musang : Musang 
Ibu Ayam : Nak apa ?
Musang : Nak makan 
Ibu ayam : Makan apa ?
Musang : Makan ayam   

dan habis jee nyanyi musang tu bole jerit roarrrr kuat kuat dan time tu semua ayam ayam akan jerit sama haha dan Ieka rasa annoying gila dengan ibu ayam ni asyik tanya jee haha .. So bila dah aim nak makan yang belakang tu ibu ayam kena memainkan peranan untuk melindungi anak anak dia .. Bestkan ? walaupun Ieka tengah fikir nak buat ayat apa sebab otak dah blank ...

Nenek Si Bongkok Tiga

Nak kata permainan fevret tak sebab Ieka ta berkenan main game ni tapi bila nampak orang main join sekali hehe .. kalau benda ni semua tahu kan macam mana nak main sama jee macam polis entry tu tapi cara dia lain sikit memula pilih sesiapa rela nak jadi volunteer (( nenek )) so bila korang dah jumpa nenek tuh masukkan dia dalam bulatan yang bulatan tu korang ah jadi anak raja , lepastu nenek tuh kena cangkung kepala kena tunduk bawah masa anak raja mulakan permainan , so bila habis jee nyanyi anak anak raja tu semua kena sediakan langkah seribu dan mula nenek nak cari mangsa .. 


Bila Ieka cerita benda ni dekat blog sekurang kurangnya time Ieka ada cucu nanti dia boleh rujuk balik dekat blog masatu cucu akan cakap " wah nenek dulu suka main blog " huahuahuahua fefeling jadi nenek ke mcmana ni ? 


betul tak ? hehe

p/s : untuk entry yang pasal 'Bangla' itu cuma sekadar hiburan semata mata dan get well soon Jinwoon 2 AM












1 comment:

Herma Julianny said...

Dulu dulu memang banyak permainan yg best.. tapi rasanya polis sentri kan? Budak2 yg sebut polis entry.. hehe..