HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Monday, 4 November 2013

Review Novel 13 Jam A380


Assalamualaikum


Adakah ini balasan yang Ieka dapat yang selama sebulan tak update blog ?


// klik untuk tumbesaran \\

atau Ieka kena tipu dengan blogger.com ni ? haha Ieka ta pasti tapi nanti lah Ieka check stats dalam blog ni okay ..


sekarang sila bagi perhatian ..


korang dah beli novel "The Wedding Breaker" ? atau korang tunggu dia keluar drama ? bagi sesiapa peminat novel "The Wedding Breaker" Cik Evelyn Rose kita sudah mengeluarkan satu lagi novel daripadanya .. iaitu ...............

 

// 13 Jam A380 \\

A380 tu apakah ? sejenis binatang atau makanan atau benda ada kena mengena dengan makanan ? eh ? hahaha bagi sesiapa yang tidak tahu A380 merupakan kapal terbang double-decker .. ewah korang ingat bus jee ke ada double-decker kapal terbang pun ada tau .. berapa harga A380 ni ? dalam empatribu gituh rasanya .. tak yah kata kenapa mahal sangat dan korang boleh tahukan kenapa mahal ? btw harini Ieka bukan nak cerita pasal kapal terbang eh .. Ieka cuma na review novel ..


Sinopsis "13 JAM A380"

13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380 takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haydar jejaka idamannya . Mencipta kenangan terindah di langit biru . Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam , menari tango bersama , menjelajah seluruh pesawat bersama , merasai enaknya Caramel Latte bersama .. Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi , segalanya pergi bagai wap di udara . "Hana thank you for last night .. But i can't have cocaine all the time" - Syed Haydar .. Melihatkan sendiri kemesraan  Syed Haydar dan kekasih realitinya , si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah . Di Kota London , A380 menerbangkan Hana Sofea kepada Fawwas Hussaini , jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab . Tanpa sebarang sebab , Emmel anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea ialah ibunya . "My Daughterblikes you . If you're willing to let her call you mommy . I will pay fifty buck per hour .." - Fawwas Hussaini .. "Dapat hadiah tak?" - Hana Sofea .. "A Pink Audi TT is that okay ?" - Fawwas Hussaini .. "Saya nak Audi TT yang latest version aje . Yang lain saya tak nak" - Hana Sofea .. Hadirnya Hana Sofea menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar , munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamnya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagaikan menyedarkan Hana Sofea tentang kasih sayang tuhan . Dan saat semuanya bagaikan baru bermula , Syed Haydar datang menuntut sebuah cinta .. "Saya rindu awak , Hana ... Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ini anak tiri awak Hana" - Syed Haydar .. Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu telah berlalu dan hari berganti ?


 kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Hana Sofea , Syed Haydar dan juga Fawwas Hussaini boleh dapatkan segera novel 13 jam A380 dipasaran dan bagi sesiapa suka baca online anda semua boleh melawati blog beliau iaitu Fairy Tale Of Evelyn Rose ..

Wah Ieka rasa macam Hana Sofea tu Ieka lah hahaha XD ececece perasan bebenor kan ... 

p/s : korang  pernah dengar "Novelistina Nervosa" ?
 

1 comment:

Syaza Raihanah said...

Dua-dua novel by Everlyn Rose are the best ! Ada mesej di sebalik cerita :)