HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Wednesday, 13 November 2013

Trip To Beijing China : Forbidden City , Tian An Men Square and Acrobatic Show

Assalamualaikum

Ni hao ma ? wanshang woa Malaysia ehehe korang jangan tekan button keluar , korang sebenarnya tak salah masuk blog Ieka Farhana .. Betullah ni blog Ieka Farhana so jangan tekan button keluar tau tau tau ? okay sayang korang .. Actually Ieka sampai Malaysia semalam terasa excited nak balik sebab pertama tak sabar nak tengok cerita

 

The Heirs ni sebab ada Kim Woo Bin muka dia ala ala TOP Big bang tu and aku tak sabar nak tengok keromantikan Lee Minho and Park ShinHye tuu .. 


sebab keduanya pulak Ieka ni fanatik dekat running man lagi lagi ramai yang cakap episode 171 ada EXO so Ieka beriya sampai rumah cari lappy duduk tengok running man yang ada Kris Exo yang cecomel tuh dan terakhir Ieka memang tak sabar nak cerita dengan korang yang Ieka baru balik dari Beijing China .. Kalau tengok twitter (siapa follow) tahulah aku punya nak tinggalkan Malaysia bagaikan nak tinggalkan selama lamanya tapi rileks aku pergi seminggu je bukan selama lamanya .. 

aku pergi dengan family so dikirakan aku ni beruntung jugak sebab aku pergi before aku sambung belajar .. ibu aku cakap "brain wash" wash lah sangat kan ? ehehe ..Aku tolak dari KLIA hari rabu lepas 6/11/2013 dan flight aku sepatutnya pukul 130 am khamis tetiba delay satu jam pehh kalau boleh nak sampai cepat cepat balik pun boleh cepat cepat ehehe .. tapi Ieka ta cerita dalam flight ahh sebab semua flight sama jee dan aku naik boieng jee ta mampu naik double decker punya ehehe .. 

sampai di china pukul 10 pagi lah jugak siap check out semua benda , so aku pun terus melangkah dan cari tour guide kitaorang dan mula bergerak ke makan tengahari ...pasal masa ? masa malaysia dengan beijing sama jee cuma yang membezakan dua buah negara ni yelah beijing lagi cepat malam sebab musim sejuk ... kalau breakfast pukul 8 pagi manakala lunch pukul 12 tengahari dan dinner pukul 5 petang dikirakan 5 petang tu dah mahgrib kalau tidur pulak kitaorang tidur pukul 8 malam maknanya siang lebih awal sebab pukul 4 pagi dah subuh .. 

 

// suasana International Airport Beijing \\

(( sumber google ))

keluasan dia 5 kali ganda KLIA bayangkan betapa besarnya airport dorang tapi yang tak bestnya pegawai dorang semua sombong tak senyum langsung puihhhhh hahaha

makan tengahari tu agak sedaplah jugak sebab makanan dia boleh tahan cuma takde kari , gulai haha dan yang paling penting setiap makanan dorang pentingkan sayur sayuran yang berkhasiat .. Dekat sana korang tak jumpa ikan sebab ikan sana lebih mahal berbanding sayur .. next entry Ieka akan cerita pasal makanan dia pulak eh ? 

lepas dah makan tengahari kitaorang bergerak ke Forbidden City and Tian An Men Square .. apakah itu ? Tian An Men Square macam dataran dia macam dataran merdeka tu tapi sana lagi besar dalam tiga kali ganda .. Dekat sana ramai anggota anggota polis , red army jaga kalau jalan sendiri mesti dorang check satu satu kalau jalan dengan tour guide tak kena .. yelah negara komunis kan ? lagi satu tiga minggu lepas ada kes tiga orang mati dekat sana so dorang punya jaga memang ketat ..



see the army siap berkawad lagi tau *fikir polis malaysia .. hahaha jauh beza kot kalau tengok muka dorang ganas woahhh tapi itu dalam hati ada taman ehehe ..

 

ni lah suasana Tian An Square

korang nampak tak pokok dorang kekuning tu maknanya kejap lagi nak gugur dan mula masuk winter * tetiba fefeling winter sonata hahaha ....


abaikan muka kami bertiga haha .. still dekat area Tian An Men Square sebab before nak masuk Forbidden tu kena lintasi daratan Tian An Men Square tu ..

so apa itu Forbidden City ? Forbidden City sebuah bangunan yang dalamnya ada tujuh lapis dan keluasannya sebanyak 300 km .. hoho macam johor ke penang lah .. tapi kita orang takde la jalan sejauh tu , itu cuma andaian orang orang situ eh ? sejujurnya aku taktahu sebab aku tak dengar pun guide tu cakap apa .. guide tu cakap indonesia terabur so aku angguk angguk geleng geleng jee haha ..

ok ni Ieka suruh adik Ieka cerita pasal Forbidden City ..

Forbidden City merupakan kota terlarang keluasannya sebanyak 20,000 meter persegi, 800 bangunan dan lebih dari 8.000 ruangan.. Besar kan ? dan terdapat dua warna kuning dan merah .. kuning itu untuk maharaja dan merah tu ada ong ahh ... (( tu jee adik aku story sebab dia kata dia tak ambil kesah sangat pasal ni )) hahaha adik aku ni sama jee haha ... takpe laa korang layan gambar sudah okay



suasana diluar Forbidden City ..

korang jangan ingat depan tu satu bangunan jee dalam tu ada berlapis lapis lagi tapi yang paling penting istana pertama tu penting bagi maharaja **kalau tak silap


suasana di istana ..


cukuplah setakat ni korang tengok forbidden city sebab Ieka tengah fening haha .. apalagi korang yang dah sampai sini atau belum sampai mesti rasa macam lempang apa aku cuba nak sampaikan hahaha ..

tanpa membuang masa last ni Ieka excited na cerita ..

kalau korang pergi pakej mesti Acrobatic Show tak pernah tinggal mesti korang terfikir alaa acrobatic ni kat Malaysia pun ada .. dan Ieka akan cakap yesss tapi ada satu show tu korang mesti tak pernah nampak di mana mana bumi malaysia kan ?



apa macam dah tengok ? hebat kan ? Made in China only ahaha

nama persembahan ni yelah "Motocylce Stunt" ..

ok itu saja untuk malam ni esok esok Ieka update ok byebye ..

p/s : jumpa pujaan hati dekat sana :p byee



No comments: