HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Wednesday, 27 March 2013

Segmen: 300 bloggers

Assalamualaikum

Segmen Paly ni pandai menarik perhatian Ieka tau .. jom support blog Paly jangan lupa join segmen menarik ni sebelum 3 April 2013 , 1159pm ok ?



nak join tekan >>> sini <<<

Wednesday, 20 March 2013

Cuma Tuhan Saje Tahu

Assalamualaikum

Gelisah , gementar , takut , resah , risau bermacam macam perisa aku lalui semenjak dua menjak ni . Ya allah hampir setiap malam aku tidak pernah berhenti berfikir apa yang akan berlaku sekiranya keputusan aku tidak dapat membanggakan kedua ibu bapaku , mana aku nak pergi kalau keputusan aku teruk sangat ? mana aku lari kalau mereka semua menanyakan soalan yang sama ? haa tak baik lari pada masalah .. Aku cuma mampu berdoa agar aku lebih kuat dan tabah menghadapi hari akan datang .. 

Harini dah masuk 20 Mac 2013 .. 

Esok pasti rumah ku menjadi salah satu tempat persinggahan utk mereka menanyakan , berapa aku perolehi selama 13 tahun aku sekolah ? Ya allah aku tidak berharap sangat mereka menanyakan itu kepada ibuku pasti ibuku akan sedih sekiranya keputusan tidak sepertimana dia mengharapkan .. Aku pasrah dan redha dengan keputusan aku .. Aku tak janji apa apa dekat ibu bapa cuma aku harap mereka faham dengan keadaan aku ketika itu ... 

Kalau boleh semua orang nak tengok anak dia berjaya .. tapi in sha allah ibu ayah suatu hari nant pasti ibu ayah akan dapat melihat anakmu ni berjaya itu janji akak kepada ibu ayah .. Dan aku tahu tanggungjawab anak sulung terlalu besar , beban aku terlalu berat untuk memikul tetapi aku takkan mengalah selagi aku berpijak pada bumi yang nyata ..



Menyesal sekarang tidak ada gunanya lagi cuma kita perlu tawakal ...
terima kasih kepada yang tidak pernah putus memberikan aku semangat .. terima kasih kerana banyak bantu aku bangkit semula menjalani kehidupan seperti biasa .. Kalau ada salah silap harap diampunkan doakan terbaik buat kami ..


p/s : Best Of Luck SPM Result 2012 to all batch 95

Sunday, 17 March 2013

Senarai Hadiah Segmen Jom Pilih Hadiah!

Assalamualaikum

Jom join segmen jom pilih hadiah


syarat penyertaan amatlah senang dan mudah so apa tunggu lagi jom join

dua hadiah ika idamkan tuhh

-dress and novel cinta


p/s : da alang-2 tuh jemput join segmen kita boleh rujuk sini

Friday, 15 March 2013

Segmen: Add Friend by Hanis!

Assalamualaikum

Jom Join Segmen Hanis bukan Hanis Zalikha eh haha !!


untuk join


kita tag : awak dan awak


Tuesday, 12 March 2013

Nak Ke Tak Nak ?

Assalamualaikum 

Fuhh busy Ieka mengalahkan pelajar kolej sampai ta menyempat na bagi ruang dekat sini ...
Sorry lah baru harini Ieka ada mood na update sebenarnya memang nak delete blog ni .. sebab apa ? tade idea laa awak na update .. seriously kalau korang lalu kat blog ni pun ta mcm dulu kan ? yang selalu dalam mood happy hihihi tapi sekarang ta macam dulu daa na buat mcmana korang pun daa ta sudi na lending sini lagi ...hukhukhuk sedih saya (T_______T)

so malam ni Ieka na tanya korang na taa Ieka buat segmen mcm dulu-dulu ? bosan pulak bila 3 bulan duduk rumah tade buat pape kan ? kalau korang na habaq maiii sini .....

review balik segmen lama

-segmen ni merupakan first segmen dalam sejarah blog Ieka Farhana cuma 28orang sahaja yang join terima kasih lah siapa yang sudi tuh .

-ini merupakan segmen kedua Ieka Farhana ... sorry lah Ieka punya segmen biasa jea banner buruk na mampuih hahaha ..

-Segmen ketiga setelah IekaFarhana buat segmen up followers and bloglist ... 

-dan ini merupakan segmen terakhir Ieka .. so maknanya dah lima bulan Ieka ta buat segmen panjangg ..

so korang na ta Ieka buat segmen mcm dulu dulu lagi ? terasa rindu na blogwalking seriously (-____-)

p/s :  :)

Wednesday, 6 March 2013

Ok Tak Sinopsis Ni ?

Assalamualaikum

Harini Ieka nak tanya pendapat korang , Ieka sebenarnya tengah rangka sinopsis tapi Ieka malas na crita pepanjang just nak tanya pendapat occay tak sinopsis yang Ieka rangka ni ?

Syaz merupakan pelajar degree dalam jurusan kejuruteraan awam . Sikap Syaz yang gemar melayan karenah perempuan dan dia digelar sebagai “kasanova sejati” , disebabkan dia diberi gelaran seperti itu dia telah bertemu dengan seorang gadis yang bernama Balqis Amalina . Maka bermula kisah pavlova di antara mereka berdua . Macam orang cakap makan tak kenyang , mandi tak basah , tidur tak lena sudah berjangkit dengan Syaz kerana selalu memikirkan gadis yang wujud dalam hidupnya , disebabkan dengan kejadian itu Syaz memberanikan diri untuk mendekatkan dirinya dengan Balqis . 

“Syaz saya taknak kawan dengan awak , sebab saya takut nanti makwe awak semua marah saya” 

“Alaa awak kena kawan dengan saya jugak , kalau awak taknak kawan dengan saya takpe tapi awak kena kahwin dengan saya” 

Semenjak harituh mereka berdua rapat sehingga menimbulkan satu konflik di antara Balqis dan Wina , Wina merupakan bekas makwe kepada Syaz tetapi Wina menindaskan bahawa mereka masih ada perhubungan . Bukan Wina sahaja yang tidak gemar perhubungan Syaz dan Balqis tetapi semua perempuan yang rapat dengan Syaz tidak suka . Adakah Syaz berjaya memikat hati Balqis semula ? Adakah Syaz menggunakan ayat pavlova dia untuk memujuk Balqis ? Ataupun Balqis akan beralih arah ? Semua akan terjawab bila Syaz mengatakan “Aku Bukan Kasanova Tapi Pavlova” 

hihihi occay tak ? kalau occay da na start menulis ..

p/s : cuba sekadar nasib

Tuesday, 5 March 2013

Wordless Wednesday #5

Assalamualaikum 


Tak payah nak wordless sangat Ieka hihihihi
Genap setahun Ieka single , alhamdullilah akhirnya berjaya Ieka pegang title SINGLE selama satu tahun ...

SEGMEN : JOM RAMAIKAN KENALAN SAMBIL MENANG TOPUP

Assalamualaikum

Jom Join Segmen ini


6 March 2013 - 17 March 2013

p/s : dah follow tuan rumah 

Terima Kasih Rakyat Malaysia

Assalamualaikum

Terima Kasih seramai 600++ yang bagi perhatian terhadap entry Pray For Lahad Datu , nampaknya penduduk Malaysia amat lah prihatin terhadap Malaysia .. Sekarang ini kita perlu berdoa agar Lahad Datu dan Tawau kembali seperti sedia kala .. Kita lupakan seketika pasal politik , tidak perlulah kita tunding jari salah siapa sekarang *ayat esei SPM* ..


// klik gambar untuk lebih jelas \\

ini sebagai terima kasih Ieka terhadap rakyat malaysia ...

p/s : PrayForLahadDatu jugak jangan lupa batch 95,20 March ni kita ambil result SPM goodluck ^^

#PrayForResultsSPM2012

Friday, 1 March 2013

Al-Fatihah Kepada Wira Negara

Assalamualaikum

Menitis airmata bila tengok berita tentang Lahad Datu . Kesian anak dari salah seorang pejuang negara menangis , takpe dik ayah adik mati syahid dia kata "ayah mati kene bom" ..



berita terkini : kpl 135383 Azman B Ampong telah meninggal dunia ..

Al-Fatihah kepada 


  1. Azman Bin Ampong Kpl 135383
  2. Insp Zulkifli Mamat G/17984 skuad 2/2006
  3. Sjn Sabarudin dari unit 69 Komando
P/s : apapon #PrayForLahadDatu 

Pray For Lahad Datu

Assalamualaikum

Kita telah digemparkan satu berita yang amat merisaukan penduduk bumi Malaysia harini 1 march 2013 Lahad Datu ditempur dengan askar Kesultanan Sulu Filipina . Actually terkejut bila kwan Ieka kat whatsapp beritahu bahawa Lahad Datu tengah darurat , apakah sejarah silam akan berlaku ? Ya allah mintak dijauhkan .


Embedded image permalink

#PrayForLahadDatu ...

My March Wishes #PrayForLahadDatu dan Al-Fatihah kepada dua komandar yang terkorban akibat terkena serangan Mortar

p/s: Ika ta berani na bersuara tentang politik elakkan blog Ieka Farhana kene boikot dengan memana pihak ..