HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Saturday, 31 August 2013

Macam Mana Nak Score Dalam Ekonomi Asas

Assalamualaikum

Wah rasanya ramai sibuk trial SPM ni kan ? Ada tak di antara readers Ieka ni ambil subjek tambahan iaitu Ekonomi Asas ? kalau ada sila kenyit sikit hehehehe .. Ok bagi yang tak amik subjek Ekonomi pun boleh kenyit mata jugak .. Malam ni Ieka na share tips macam mana nak score dalam mata pelajaran Ekonomi senang jee ikut cara Ieka

bagi sesiapa yang selalu gagal dalam subjek Ekonomi korang mesti kena bagi lulus untuk trial ni


bagi adik adik yang nak lulus dalam Ekonomi meh sini akak nak bagi tips ..

korang cuma perlu score dalam paper essay .. kenapa ? sebab markah lebih banyak dekat situ ...

kalau zaman akak akak atau abang abang kau dua tahun sebelum ni dorang memang agak terrer lah jawab esei sebab 60% subjek form 4 (( yg senang macam kacang kuda tuh )) dan 40% subjek form 5 peh memang terrer lah kata kau jawab soalan esei 1 , 2 dan 3 form 4 sebab form subjek paling senang nak hafal betul tak ? tapi start tahun lepas *batch Ieka letew hihihi .. terbalik pulak 60% subjek form 5 manakala 40% lagi subjek form 4 fuhh korang buat esei soalan 3 pun dah menangis nangis sebab start 3(b) dah masuk form 5 .. so macam mana nak score ? ok baca dan faham kan ..


korang hafal satu modul form 4 dan korang hafal form 5 bab 1 sahaja .. sebab kalau korang terperasan lah start soalan no 3 dia keluar subjek form 5 so Ieka nasihatkan adik adik yang ambil Ekonomi sila baca atau hafal subjek form 5 bab 1 .. in sha allah korang takkan menangis nangis masa menjawab tu dan soalan 6 wajib jawabkan ? Ieka pasti ramai di antara adik adik Ieka mesti tinggalkan soalan no 6 ni kan ? korang nak tips tak macam mana nak score soalan tuh ? ok biasanya soalan no 6 tuh ada kaitan dengan bank kan ? kalau dia minta pendapat kita korang jawablah dengan sebaik mungkin sebab dari situ kita dah bole dapat satu atau dua markah rugi rasanya tak jawab .. 

so bagi adik adik yang akan menjawab soalan ekonomi asas ni Ieka nak ucapkan "Good Luck" baca tips Ieka yang ta seberapa tu tapi in sha allah ada hasil .. 

bagi sesiapa yang mahu edit blog full template dengan lagi murah bawah rm 40 korang bolehlah klik sini

SELAMAT MAJU JAYA

Friday, 30 August 2013

Happy 3 Years Anniversarry ((Oficial Blog Ieka Farhana Dirasmikan))

Assalamualaikum

Annyeong-haseyo (( rasanya dari haritu fefeling korea kan ? ))
muahahahaha

tujuan Ieka update entry baru selepas under construction finally harini sempena 30 Ogos 2013*dah three years one weeks .. bahawasanya saya tuan tanah blog kepada Dunia Lola Ieka Farhana nak mengaku saya dah three years berada dalam
industri music blogging ni daripada meng-update segala entry yang tidak pernah ada kaitan sampai lah menjadi matang dalam bab penulisan *peh ayat memang tak boleh nak touche gituh

daripada A sampailah ke Z Ieka belajar sesuatu daripada dasar pengalaman blogger otai kita tanpa membuang masa saya Farhanah Haziqah atau yang lebih dikenali sangat Ieka Farhana nak merasmikan blog kematangan saya ni .. Anyway Ieka start bebloging pada tarikh harini tapi tahun lain dan start active pada bulan april 2012 ..

okay sekarang Ieka memang taknak cakap banyak sebelum-sebelum ni memang Ieka edit blog sendiri tapi semenjak data peribadi Ieka hilang lesap tatau kemana dia pergi Ieka mula menjinakkan diri mencari blogger yang pandai edit blog Ieka antara blogger yang Ieka maksudkan ialah miss z , cik rose , nnaisyah dan last sekali sheda ucu *siapa ta kenal antara empat blogger yang Ieka katakan ..

so korang nampak tak wajah ceria baru blog Ieka ? okay kalini Ieka memilih konsep "kematangan" dalam blog sebab Ieka dah taknak doodles doodles dalam blog ni .. Biar lah hanya dihiasi sebutir diamond yang berada di sidebar tu hehe .. Buat julung kali Ieka memilih colour soft yellow and pink .. Pink macam biasa sebab tu main colour Ieka kan .. So korang pergilah usha usha dulu blog Ieka ni yee , bagi sesiapa hendak membuat tempahan full template boleh lah cari sis Sheda Ucu di sini anda bole nyatakan macamana anda mahu in sha allah sis sheda akan melaksanakannya dengan sebaik mungkin hehehe dan harga juga berpatutan ..

Annyeong (( terkena sampuk hantu korea misal nya ))


Thursday, 15 August 2013

Trip To Medan Indonesia

Assalamualaikum

Adakah kamu semua masih ingat lagi pada tanggal 8 November 2011 hingga 11 November 2011 Ieka menjejak kaki di negara seberang di Medan Indonesia ? Masihkah anda semua ingat lagi ? kalau kamu semua masih hilang ingatan apa kata korang baca entry (( ini )) .. Sudah baca ? Alhamdulillah adakah ingatan anda semua sudah pulih ? sudah ? alhamdulillah . Okay taknak buang masa , Ieka na ajak korang jejalan ke Medan Indonesia menaiki mata untuk membaca hehehe ..

apa yang Ieka na share tentang "Danau Toba" 
korang semua pernah tengok cerita dongeng indon tak ? cerita dongeng "Danau Toba" haa kalau ingatan korang masih belum pulih mari mari Ieka ingatkan dekat (( entry ini )) lebih kurang lah cerita dia mcmni ..


Danau Toba ni mempunyai keluasan 107.8 km² *panjang kan ? .. kalau nak dibandingkan Singapore dengan Danau Toba ni rasanya Danau ni lebih luas dari Singapore .. Danau Toba ni diduduki oleh kaum suku Batak bukan batak followers tuh ahaha XD orang Batak ni lain sikit dia makan daging orang tapi zaman sekarang dah moden kan ? so takde manusia yang makan daging manusia .. Danau ni memiliki beberapa perkampungan kecil tapi ada satu tempat ni *ta ingat apa nama dia .. tapi mcm muzium orang batak mcmana cara orang batak tinggal zaman dolu dolu kala lepastu tempat potong daging manusia dekat mana so bila tour guide tu tunjuk cara cara dia memang ngeri habis .. Satu jee Ieka benci pergi Indon ni orang yang jual tu akan aim kita bila kita jadik beli so before korang na belek belek barang tuh kena berhati hati tau setakat tengok pakai boleh lah .. 

Lagi satu tempat yang menarik adalah air terjun yang berdekatan dengan Danau Toba ni


kalau korang pergi mesti akan terpegun melihat pemandangan di sini di sebelahnya pula bole kelihatan keluasan danaunya ..


okey untuk ini sahaja setakat ini nanti selanjutnya Ieka akan update entry *nak tengok cerita hantu nii hehehe 

November ni nak pergi HK and Beijing .. Siapa nak ikut angkat mata ..

Wednesday, 14 August 2013

Saya nak duit raya Cik Misya!!!

Assalamualaikum

Annyonghaseyo *ceh fefeling korea kejap ..



nampak banner dekat atas tuh ? sebenarnya tuan blog dah memanggil untuk join segmen beliau dekat sini ingatkan nant-nant lah nak join pagi ni bukak shoutbox budak kecik ni tag kita dekat sini hehehe anyway terima kasihlah sebab tag kita huhuhuhu ..

tanpa membuang masa Ieka nak story pendek jee nih hope sis misya sudi hulur hulurkan duit raya tuh heh ..


Zaman dulu nilai duit raya punyalah kecik dalam sampul raya ada RM 1 // RM 2 so bila hujung bulan kira takdelah sampai seribu dua haha adalah dalam seratus dua tapi hari berganti hari nilai duit raya makin bertambah untung jadi budak zaman sekarang celik mata jee dalam tangan pegang RM 5 hujung bulan kira dah cecah seribu dua *okay nampak sangat tipu .. Nak dijadikan cerita tahun 2011 Ieka rasa mcm boleh kalahkan billionaire kita tuh tapi disebabkan Ieka ni cuai harta yang sukar dicari tuh telah disedekah kepada manusia yang memerlukan sobsobsob ..
The End

Sis suruh kita tag tiga orang kan ? okay jom kita tengok siapa yang kena 

Eyqa , Iqa dan Ika
hahahaha tiga Ika kita tag ni :) korang tiga Ika ni jangan lupa join segmen sis misya ni okay 
 Annyeong *ceh fefeling korea lagi tuh hee

ouh kepada yang Ieka tak tag tu korang boleh klik banner tuh tau :)

due date ( 20 Ogos 2013 ) 

Wordless Wednesday #9

Assalamualaikumm

Wah pejam celik pejam celik dah masuk raya ke 7 siapa yang puasa enam tuh esok dah boleh raya laa hee ..



Nama saya Pilah Shell , kenapa nama saya Pilah Shell ? sebab aunty jumpa kucing ni dekat Shell Kuala Pilah 
mata tuh tak edit tau no fake okay haha anyway mcm takde function wordless wednesday ni XD hahaha

Tuesday, 13 August 2013

SEGMEN KUNJUNG-MENGUNJUNG BERSAMA AYUINSYIRAH


Assalamualaikum





nak join ? klik banner ..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin 

Monday, 12 August 2013

Meteor Shower (Bumi Twitter)

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog rasa macam kosong je bila orang nak menjamah ke sini harap maklum busy setiap hari sampai ta sempat nak update segala galanya .. Okay nampak tak tajuk dekat atas ? hee rasanya semalam ramai kot semua orang telah di inform kan bahawa meteor akan jatuh ! Wa tabik siapa tunggu meteor jatuh sampai ke subuh hehe , tapi yang pastinya "penduduk planet twitter" ni meriah betul bila dapat tahu meteor nak jatuh siap kaitkan rambut rosmah bagai hahaha XD merepekss kan mereka .. Tak percaya cuba tengok gambar gelagat budak twitter di bawah




// on trending semalam \\


// hehe tengok tu semangat sungguh \\


// Ieka ganas woo kat twitter ahaha \\


// janji melayu xD \\


// haa ni lagi lah terkena kapal terbang meteor \\


// bila pendakwah kecilan sibuk menyampaikan apa yang berlaku \\

hahaha see memacamkan gelagat twitter .. anyway follow lah tweet kita 



follow tau klik gambar comey tu , kalau nak followback bgtau jee kay :)

Friday, 2 August 2013

Hilang Anak

Assalamualaikum

Hoi hoi korang dah habis shopping raya ke belum ? banyak tak beli ? tahun ni pakai baju warna apa ? *itu soalan wajib before korang balik raya di kampung hihihi .. Tahun ni Ieka raya bersederhana sahaja lah , kalau nak ikutkan dolu dolu kala semua kena complete kalau tak complete jangan balik rumah okay hehe ..

Semalam Ieka teman ibu cari barang kek ada orang order ingatkan malam sabtu takdelah sesak mana kan ? jeng jeng jeng korang jangan pandang sebelah mata pasar borong pun penuh , fuh nak jalan pun sesak terpaksa laga-laga buntut tak selesa okay .. Ramailah orang tengah buat persiapan sebelum raya , tapi jangan cakap Ieka pergi sana shopping raya okay terasa nak muntah bila tengok tudung berwarna warni , kasut kasut yang disusun rapi .. 

(amekk napas jap penat nak bercerita ni) 

okay im back !! kalau shopping kan selalu jee kita akan dengar "kepada ibu bapa yang mempunyai anak bernama Ashraff Bin bla bla bla boleh datang ke kaunter segere" haa lain tak bukan sah mak bapak dia leka shopping tak hengat doonia ahaha .. tapi kalau dengar announcement mcm tu Ieka mesti akan tersenyum ...

** imbas 10 tahun lepas

Ieka ni masa kecik kecik cili padi dulu takdelah nakal mana cuma hyper terlebih nak dijadikan cerita masatu Ieka teman ayah , ibu , nenek pergi pasar Batu Pahat *sorry Nurin (adik) youuu belum ada lagii hahahaha .. Ieka ni kecik kecik rapat dengan ayah boleh lah jugak tapi dah besar ni rasa malu hahahaha XD , so masa ayah kata nak pegi barang Ieka sibuk sibuk nak ikut .. Ibu dah pesan dekat ayah yang aku ikut ntah macam mana tah aku boleh melencong tempat lain lepas tu bila ta jumpa aku rasa mcm nangis ah sebab ramai tengok aku .. Lepas tu aku menangis then datang seorang nenek 'and the geng' tanya aku memacam , tanya rumah dekat mana aku jawablah duduk "silat gayung" dah orang batu pahat pening , ada ke jalan silat gayung hahahaha , lama jugak aku menangis dekat situ lepas tu bila ayah sampai jee aku terus peluk ayah lagi satu pasar dulu takde kaunter announcement so mak bapak kena cari sendiri .. 

so bila jumpa ibu 

ibu cakap "nakal sangat kan dah suruh ikut ayah"

wuu~ so bila dengar announcement so Ieka rasa mcm Ieka sorang yang bernostalgia ...
sebelum akak-akak , abang-abang , adik-adik yang bawak anak jaga anak bebaik jangan sampai hilang ..

dan saya nak ucapkan Salam Aidilfitri


packing baju nak balik kampung yeahhhhhhhhh