HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Wednesday, 20 November 2013

Wordless Wednesday #10 : Bangunan Pelik

Assalamualaikum

Harini kita lending lagi dalam Kota Beijing , korang bosan iye ? okok in sha allah ada masa Ieka update selain dari Beijing ok ?

Kalau korang jejak di bumi Beijing mesti korang akan jumpa bangunan bangunan pelik ..

antaranya ..




CCTV Building 



kalau korang pandai cuba teka tu apa ? anyway kalau korang datang sana mesti nak tengok sarang burung .. oppsss bukan sarang burung tu tapi sarang burung yang kat atas tu ehehe ..

 

Hotel Pangu 7 Star  (bentuk naga)

kalau korang pergi sana Shopping Mall dorang lagi bertaraf tinggi like Pavillion macam tuh takde lah petak jee dalam satu masa

 
 bangunan dorang buat semua nampak pelik tapi menarik tau ..


Sunday, 17 November 2013

Trending : Villa Nabila

Assalamualaikum

Harini bukak moment penuh dengan Nabila bukak twitter lagi lah kecoh haha anyway apa yang berlaku sampai trending ..?

Bagi maklumat semua dulu Ieka pernah buat entry pasal Misteri Villa Nabila tu .. 



Fakta " VillaNabila berhantu disebabkan berpunca Nabila tak dapat jadi juara AF2013 malam tadi . Nabila terus menjadi gila lalu menyanyi tak terhenti henti di villa itu sehingga disebabkan itu villa itu berhantu hahaha .. sekian



adakah Misteri Villa Nabila berhantu ?





 semuanya sudah terjawab hahaha

Saturday, 16 November 2013

Trip To Beijing : Great Wall

Assalamualaikum


menunggu putera hati yang tak reti balik Malaysia acececece

Kalau pergi China mesti dalam kepala ingat "Great Wall" atau lebih dikenali sebagai "Tembok Besar China" .. Finally niat di hati tercapai jugak sampai ke sana ..


Adakah di antara orang orang di Malaysia sanggu hiking sampai ke puncak ?
Alhamdulillah dengan izin Allah Ieka mampu mendaki untuk one tower .. 
Tapi harini Ieka nak share tips untuk hiking di Great Wall dan share gambar sekali ...


  1. Korang pernah terbayang tak "Great Wall" ni macam Bukit Broga ? kalau korang bayangkan baguslah sebab korang takde masalah nak hiking ..
  2. Sebelum korang sampai ke First Tower korang memang kena warming up dekat tangga kecil kecil dulu ..
  3. Kemudian baru korang akan naik ke Tower pertama yang mempunyai tangga sebanyak 200 lebih tangga yang tidak rata dalam erti kata lain tangga dia ada tinggi atau pendek so na naik tu agak berat jugak lah ..

jom kita mendaki Great Wall Beijing China ..

apa yang Ieka na cuba bagitahu kalau korang hiking dekat Great Wall ni kena slow slow tak boleh lelaju .. sebab nant penat if korang ta larat boleh rehat sebentar dekat tangga kalau dah ok baru hiking lagi ... korang mesti fikir kan naik susah tapi kalau turun senang kan ? tak sebenarnya terbalik kalau korang turun lutut longgar ** macam Ieka sampai ta larat nak jalan ehehe .. 




are you ready for hiking ? hike hike hike **pehh dah mcm Dora The Explorer plak haha



pemandangan dari atas .. sila gayat korang kalau panjat jangan tengok bawah sebab korang akan nampak tangganya curam ke bawah .. 


kalau korang nak hiking jangan waktu pagi tau confirm korang akan jadi Ice man hahah .. skrg tengah tukar peralihan musim so memang sejuk sangat ..



heshh ada jee paparazi dekat Great Wall ni ** dalam hati ya allah na mati aku hiking hahaha

dan bagi sesiapa yang sampai ke puncsk korang akan dapat sijil ..


Finally saya dapat sijil ehehe ...

Ok untuk next entry Ieka akan cerita pasal ulat sutera wahh nampaknya ada yang tak sabar yew ?

p/s : Good luck hiking Great Wall 

 

Kenderaan Yang Comel Comel

Assalamualaikum

Wah berita terkini 


Photo 

kalau Ieka pun nak mintak macamni .. hehe


 entry kali ni Ieka nak share dengan korang pasal kenderaan di Kota Beijing sana .. 


Untuk pengetahuan semua negara Beijing merupakan negara pertama yang mempunyai jam yang sangat teruk ? kalau korang tanya Ieka "yeke ?" , Ieka akan jawab yeah negara dorang paling teruk sekali bila jam ,sebab dekat sana mereka mempunyai ramai penduduk kalau dalam sehari bila keluar maybe ada dalam 6000 kenderaan ..

Kalau bagi sesiapa yang mahu travel sendiri korang mesti akan pusing kepala sebab jalannya tidak seperti jalan di Malaysia yang teratur .. Mari Ieka cerita sedikit pasal kenderaan di sana .. Kalau korang pergi sana jangan terkejut tau bila tengok dorang guna Audi , BMW atau dalam erti lain kereta mewah .. Bayangkan kereta sana lebih murah dari sini , korang nak tahu berapa ? kalau kereta yang berjenama luar harga dia sama dengan kereta Myvi .. ehehe jangan terkejut kaww ..

Dekat sana korang jangan pening kepala bila tengok flat dorang ada empat warna .. antara warnanya ialah biru , merah , kuning dan putih .. korang jangan fikir boleh guna warna flat sesuka hati sebab dia dah tetapkan warna biru bagi kenderaan seperti kereta atau kenderaan kecil .. Kuning pulak mewakili kenderaan yang besar .. tapi dekat sana Ieka nampak dua warna jee haha yang merah dan putih jarang ahh ada .. ** sebenarnya Ieka lupa guide tu ckp apa hahaha **

Kalau baca ayat Ieka kan mesti korang tertanya tanya mana pergi motosikal ? aha meh Ieka nak bagi tahu , dekat sana dorang tidak ajar menggunakan motosikal .. patut lah jam ? ehehe bukan maksud Ieka dorang guna motosikal bateri tapi dekat sana banyak menggunakan motosikal bateri dengan basikal .. kalau korang pergi sana mesti kagum sangat bila tengok dekat setiap jalan dorang ada tempat park basikal ... Bagi pengguna motosikal bateri dan basikal mereka ada jalan lain maksudnya dorang tak campur dengan main road sebab tu kalau pergi sana bila korang tengok main road dorang takde pengguna basikal ehehe ..


jom kita layan satu persatu gambar yang sudah tersedia ada ..

 
// fokuskan kereta polis di belakang tu ehehe \\

cutekan ? terima kasih cakap Ieka cute ehehe :pp




cepat cepat pilih nak mana satu ? haha 

Ieka tertarik dengan mini car ni actually dia guna batteri .. kalau budak 5A tu nak kereta rasanya boleh bagi kot kereta ni .. logik sikit hahaha 



Thursday, 14 November 2013

Makanan Di Kota Beijing


Assalamualaikum

Bagi Ieka habiskan entry pasal Kota Beijing untuk beberapa harini eh ? Sebab Ieka takde idea na update buat masa ni .. Masa Ieka terlalu suntuk untuk update entry entry yang bukan berkaitan Kota Beijing .. Lagi seminggu jee dapat tengok lappy lepastu takde dah , dah busy study semua .. 

So hari ni Ieka nak cerita pasal makanan di Kota Beijing .. Sebelum korang masuk ke entry kali ini mari kita imbas kembali entry lepas lepas ...

Trip To Beijing : Forbidden City , Tian An Men Square dan Acrobatic Show (( click here ))
Trip To Beijing : Masjid Di Kota Beijing (( click here ))

Bila cerita pasal makanan di China mesti korang terfikir akan benda yang tidak halal kan ? yess Ieka pun terfikir benda yang sama tapi alhamdulillah semua yang Ieka makan tu dari Restoran yang halal .. Macam mana kita nak bezakan Restoran Halal dengan Restoran Non-Halal ?


Restorannya mestilah berwarna hijau .. Kenaa warna hijau ? sebab hijau itu lambang kepada warna islam .. Tapi korang jangan terkejut tau kalau kedai dorang ada jual arak sebab dorang terpaksa jual kalau tak jual siapa nak datang .. 

Ok Ieka na cerita pasal menu utama waktu pagi .. pagi dulu yew abang abang , akak akak dan adik adik sekalian  .. Biasanya masyarakat di China bila breakfast mesti ada tiga menu utama antaranya nasi goreang cina , omelet dan juga kobis masak kicap .. Apa korang rasa kalau hari hari makan macamni ? sama ada korang tak perlu ambil breakfast atau terpaksa makan sampai termuntah muntah pelangi ? haa macam tu lah kehidupan Ieka selama seminggu di sana .. 

Menu di tengahari dan makan malam biasanya korang akan lunch pada pukul 12 pm dan dinner pukul 5 pm , menunya mesti 10 jenis lauk pauk .. korang mesti terbayangkan ada gulai , kari ? NO NO NO dekat sana takde gulai kari tau jangan sampai sana cari benda benda macam tuh pulak .. Korang akan dihidangkan 10 lauk pauk dan masakan berasaskan sayur sayuran .. ikan ? ikan dekat sana lebih mahal daripada sayur kalau ada ikan pun dari akuariam .. Kota Beijing memang terletak di tengah tengah negera China so diorang memang susah nak makan ikan ... Dan setiap korang punya hidangan pagi , siang , malam mesti wajib ada telur dadar .. 


antara menu utama di sana .. korang nampak tak dia bukan bagi pinggan makan tapi piring yang kecil kecil tu bukan mangkuk untuk hirup sup ok .. itu cawan untuk minum .. actually dorang dah suka dah makanan dan minuman kita .. korang nampak tak satay tu ? satay tu pun dah sukat pada kuantiti orang yang makan dikira macam kalau ada 10 orang dalam tu so maknanya satay itu mestu ada 10 cucuk talk boleh lebih ,, kalau breakfast pun sama air white coffee nya dorang dah sukat untuk beberapa orang lepastu tak boleh topup air melainkan air masak ..



nampak tak pinggan dekat situ ? mereka tidak mencampurkan pinggan mereka dengan yang lain lain (( non-muslim/non-halal )) ..

so sesiapa yang berkunjung ke luar negara antara tempat tempat yang tidak menghidangkan makanan pedas atau tak selera nak makan korang boleh pack serunding daging / ayam , belacan adabi , ikan masin , cencaluk tapun budu tapi korang kena pastikan barang barang yang korang tu masuk dalam bagasi .. sebab kalau bawak naik atas (( kapal terbang )) in sha allah dorang ambil ...

p/s : korang takut nak makan ? jangan lupa bawak jajan / snack takpun bawak maggi cup ok ..

Wednesday, 13 November 2013

Trip To Beijing China : Masjid Di Kota Beijing

Assalamualaikum

Semalam Ieka dah pun cerita pasal Forbidden City , Tian An Men Square dan juga Acrobatic Show .. Bagi sesiapa yang terlepas boleh boleh baca di entry ini .. Harini Ieka nak bercerita pasal "Masjid Di Kota Beijing"...

Pendapat Tour Guide dekat sana bukan negara islam so percentage dia agak kurang lah dari segi ni tapi korang jangan terkejut masjid diorang jauh lebih baik berbanding sini ... Ieka ceritakan sikit waktu waktu sembahyang di sana .. Subuh 415AM , Zohor 1215PM , Asar 410PM , Mahgrib 510PM dan Isyak 610PM .. cepatkan ? dan bagi sesiapa yang taktahu pasal masa di sana boleh klik here .. Jom tengok sekitar masjid di sana ..



suasana di luar masjid #1



suasana di dalam masjid #1


di halaman masjid #1


ya ahli kubur ehehe ^^ .. iman dekat masjid #1


suasana di masjid #2 
jangan tengok apek tu haha ..





suasana dalam masjid #2 

korang nampak tak gambar bawah tu ada line putih .. korang taleh pijak dekat situ sebab itu tempat orang sujud ..





suasana di luar masjid #3

 

lorong nak masuk masjid #3


suasana di dalama masjid #3

so apa korang rasa pasal  masjid 1 , 2 dan 3 ?

bagi yang tidak boleh sembahyang macam orang biasa maksud Ieka gunakan kaedah duduk ada juga tempat khas sembahyang buat mereka


see dan setiap masjid yang Ieka pergi ada kerusi dengan meja khas buat orang yang uzur ..


amacam tertarik tak dengan masjid sana ?

p/s : Tahniah buat adik adik yang dapat 5A's 



Trip To Beijing China : Forbidden City , Tian An Men Square and Acrobatic Show

Assalamualaikum

Ni hao ma ? wanshang woa Malaysia ehehe korang jangan tekan button keluar , korang sebenarnya tak salah masuk blog Ieka Farhana .. Betullah ni blog Ieka Farhana so jangan tekan button keluar tau tau tau ? okay sayang korang .. Actually Ieka sampai Malaysia semalam terasa excited nak balik sebab pertama tak sabar nak tengok cerita

 

The Heirs ni sebab ada Kim Woo Bin muka dia ala ala TOP Big bang tu and aku tak sabar nak tengok keromantikan Lee Minho and Park ShinHye tuu .. 


sebab keduanya pulak Ieka ni fanatik dekat running man lagi lagi ramai yang cakap episode 171 ada EXO so Ieka beriya sampai rumah cari lappy duduk tengok running man yang ada Kris Exo yang cecomel tuh dan terakhir Ieka memang tak sabar nak cerita dengan korang yang Ieka baru balik dari Beijing China .. Kalau tengok twitter (siapa follow) tahulah aku punya nak tinggalkan Malaysia bagaikan nak tinggalkan selama lamanya tapi rileks aku pergi seminggu je bukan selama lamanya .. 

aku pergi dengan family so dikirakan aku ni beruntung jugak sebab aku pergi before aku sambung belajar .. ibu aku cakap "brain wash" wash lah sangat kan ? ehehe ..Aku tolak dari KLIA hari rabu lepas 6/11/2013 dan flight aku sepatutnya pukul 130 am khamis tetiba delay satu jam pehh kalau boleh nak sampai cepat cepat balik pun boleh cepat cepat ehehe .. tapi Ieka ta cerita dalam flight ahh sebab semua flight sama jee dan aku naik boieng jee ta mampu naik double decker punya ehehe .. 

sampai di china pukul 10 pagi lah jugak siap check out semua benda , so aku pun terus melangkah dan cari tour guide kitaorang dan mula bergerak ke makan tengahari ...pasal masa ? masa malaysia dengan beijing sama jee cuma yang membezakan dua buah negara ni yelah beijing lagi cepat malam sebab musim sejuk ... kalau breakfast pukul 8 pagi manakala lunch pukul 12 tengahari dan dinner pukul 5 petang dikirakan 5 petang tu dah mahgrib kalau tidur pulak kitaorang tidur pukul 8 malam maknanya siang lebih awal sebab pukul 4 pagi dah subuh .. 

 

// suasana International Airport Beijing \\

(( sumber google ))

keluasan dia 5 kali ganda KLIA bayangkan betapa besarnya airport dorang tapi yang tak bestnya pegawai dorang semua sombong tak senyum langsung puihhhhh hahaha

makan tengahari tu agak sedaplah jugak sebab makanan dia boleh tahan cuma takde kari , gulai haha dan yang paling penting setiap makanan dorang pentingkan sayur sayuran yang berkhasiat .. Dekat sana korang tak jumpa ikan sebab ikan sana lebih mahal berbanding sayur .. next entry Ieka akan cerita pasal makanan dia pulak eh ? 

lepas dah makan tengahari kitaorang bergerak ke Forbidden City and Tian An Men Square .. apakah itu ? Tian An Men Square macam dataran dia macam dataran merdeka tu tapi sana lagi besar dalam tiga kali ganda .. Dekat sana ramai anggota anggota polis , red army jaga kalau jalan sendiri mesti dorang check satu satu kalau jalan dengan tour guide tak kena .. yelah negara komunis kan ? lagi satu tiga minggu lepas ada kes tiga orang mati dekat sana so dorang punya jaga memang ketat ..



see the army siap berkawad lagi tau *fikir polis malaysia .. hahaha jauh beza kot kalau tengok muka dorang ganas woahhh tapi itu dalam hati ada taman ehehe ..

 

ni lah suasana Tian An Square

korang nampak tak pokok dorang kekuning tu maknanya kejap lagi nak gugur dan mula masuk winter * tetiba fefeling winter sonata hahaha ....


abaikan muka kami bertiga haha .. still dekat area Tian An Men Square sebab before nak masuk Forbidden tu kena lintasi daratan Tian An Men Square tu ..

so apa itu Forbidden City ? Forbidden City sebuah bangunan yang dalamnya ada tujuh lapis dan keluasannya sebanyak 300 km .. hoho macam johor ke penang lah .. tapi kita orang takde la jalan sejauh tu , itu cuma andaian orang orang situ eh ? sejujurnya aku taktahu sebab aku tak dengar pun guide tu cakap apa .. guide tu cakap indonesia terabur so aku angguk angguk geleng geleng jee haha ..

ok ni Ieka suruh adik Ieka cerita pasal Forbidden City ..

Forbidden City merupakan kota terlarang keluasannya sebanyak 20,000 meter persegi, 800 bangunan dan lebih dari 8.000 ruangan.. Besar kan ? dan terdapat dua warna kuning dan merah .. kuning itu untuk maharaja dan merah tu ada ong ahh ... (( tu jee adik aku story sebab dia kata dia tak ambil kesah sangat pasal ni )) hahaha adik aku ni sama jee haha ... takpe laa korang layan gambar sudah okay



suasana diluar Forbidden City ..

korang jangan ingat depan tu satu bangunan jee dalam tu ada berlapis lapis lagi tapi yang paling penting istana pertama tu penting bagi maharaja **kalau tak silap


suasana di istana ..


cukuplah setakat ni korang tengok forbidden city sebab Ieka tengah fening haha .. apalagi korang yang dah sampai sini atau belum sampai mesti rasa macam lempang apa aku cuba nak sampaikan hahaha ..

tanpa membuang masa last ni Ieka excited na cerita ..

kalau korang pergi pakej mesti Acrobatic Show tak pernah tinggal mesti korang terfikir alaa acrobatic ni kat Malaysia pun ada .. dan Ieka akan cakap yesss tapi ada satu show tu korang mesti tak pernah nampak di mana mana bumi malaysia kan ?



apa macam dah tengok ? hebat kan ? Made in China only ahaha

nama persembahan ni yelah "Motocylce Stunt" ..

ok itu saja untuk malam ni esok esok Ieka update ok byebye ..

p/s : jumpa pujaan hati dekat sana :p byee



Monday, 4 November 2013

Thanks Silence Readers Dan Salam Maal Hijrah


Assalamualaikumm

Petang tadi Ieka terkejut bila bukak post view dan latest update


// klik untuk tumbesaran \\


pada awalnya Ieka tidak percaya yelah selama ni Ieka dah lah "malas to the max" update pun ikut mood , adakah Ieka sedang dipermainkan oleh pakcik blogger ni ? hahaha tapi bila Ieka tekan overview ....




// klik untuk tumbesaran \\

yupss ternyata Ieka tidak kena tipu dengan pakcik googlee ..
dan terima kasih kepada silence readers yang sudi singgah blog Ieka yang tak seberapa ni .. 

ntah bila lagi dapat viewers macam tuh lagi kan ? 
maseh awww masehh awww ..

ouh dan nak ucapkan salam maal hijrah kepada semua umat muslimin dan muslimat ..


p/s : rasanya tu jee kot Ieka na update 


Review Novel 13 Jam A380


Assalamualaikum


Adakah ini balasan yang Ieka dapat yang selama sebulan tak update blog ?


// klik untuk tumbesaran \\

atau Ieka kena tipu dengan blogger.com ni ? haha Ieka ta pasti tapi nanti lah Ieka check stats dalam blog ni okay ..


sekarang sila bagi perhatian ..


korang dah beli novel "The Wedding Breaker" ? atau korang tunggu dia keluar drama ? bagi sesiapa peminat novel "The Wedding Breaker" Cik Evelyn Rose kita sudah mengeluarkan satu lagi novel daripadanya .. iaitu ...............

 

// 13 Jam A380 \\

A380 tu apakah ? sejenis binatang atau makanan atau benda ada kena mengena dengan makanan ? eh ? hahaha bagi sesiapa yang tidak tahu A380 merupakan kapal terbang double-decker .. ewah korang ingat bus jee ke ada double-decker kapal terbang pun ada tau .. berapa harga A380 ni ? dalam empatribu gituh rasanya .. tak yah kata kenapa mahal sangat dan korang boleh tahukan kenapa mahal ? btw harini Ieka bukan nak cerita pasal kapal terbang eh .. Ieka cuma na review novel ..


Sinopsis "13 JAM A380"

13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380 takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haydar jejaka idamannya . Mencipta kenangan terindah di langit biru . Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam , menari tango bersama , menjelajah seluruh pesawat bersama , merasai enaknya Caramel Latte bersama .. Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi , segalanya pergi bagai wap di udara . "Hana thank you for last night .. But i can't have cocaine all the time" - Syed Haydar .. Melihatkan sendiri kemesraan  Syed Haydar dan kekasih realitinya , si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah . Di Kota London , A380 menerbangkan Hana Sofea kepada Fawwas Hussaini , jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab . Tanpa sebarang sebab , Emmel anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea ialah ibunya . "My Daughterblikes you . If you're willing to let her call you mommy . I will pay fifty buck per hour .." - Fawwas Hussaini .. "Dapat hadiah tak?" - Hana Sofea .. "A Pink Audi TT is that okay ?" - Fawwas Hussaini .. "Saya nak Audi TT yang latest version aje . Yang lain saya tak nak" - Hana Sofea .. Hadirnya Hana Sofea menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar , munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamnya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagaikan menyedarkan Hana Sofea tentang kasih sayang tuhan . Dan saat semuanya bagaikan baru bermula , Syed Haydar datang menuntut sebuah cinta .. "Saya rindu awak , Hana ... Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ini anak tiri awak Hana" - Syed Haydar .. Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu telah berlalu dan hari berganti ?


 kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Hana Sofea , Syed Haydar dan juga Fawwas Hussaini boleh dapatkan segera novel 13 jam A380 dipasaran dan bagi sesiapa suka baca online anda semua boleh melawati blog beliau iaitu Fairy Tale Of Evelyn Rose ..

Wah Ieka rasa macam Hana Sofea tu Ieka lah hahaha XD ececece perasan bebenor kan ... 

p/s : korang  pernah dengar "Novelistina Nervosa" ?
 

Friday, 1 November 2013

Movie "Highland Tower"

Assalamualaikum





Pehh tengok tajuk pun macam gempak habis .. Ieka baru habis tengok the making of highland tower ni semua pelakon dekat sana kata ini cerita benar tapi taktahu sebenar mana nak tahu kena datang tengok .. Anyway tadi aunty Ieka ada kata "Highland Tower tu bangunan dah lama semenjak runtuh takde orang duduk yang selamat pun dua orang baby dengan bibik jee" tapi atas dasar the making tadi rasa mcm seram sejuk , pehh dorang sanggup datang lepastu shima dengan atikah kena rasuk ... 


 

ini gambaran dari luar "Highlands Tower"

// sumber mak cik google \\

bangunan ni runtuh tahun 1993 ta pasti hari bulan berapa sebab tahun tu Ieka ta wujud lagi hahaha .. tujuan dorang buat dokumentari nak cari mayat !! omo omo mayat ? macam takde kerja kan nak cari mayat .. tapi seriously nampak macam real .. ouh lupa filem ni genre dia "dokumentari" so korang boleh tengok dengan penuh keseraman .. 

ok ini sinopsis dia ...


Mika dengan Nizam mempunyai idea untuk membuat dokumentari dekat tempat berhantu jadi mereka buat rakaman di Highlands Tower .. Dengan bantuan MIG production dokumentari Mika dengan Nizam berjaya  .. Dorang dengan satu pasukan dalam satu pasukan tu ada 7 orang di antaranya Shima , Eddy , Atikah dan Anuar termasuk Mika dengan Nizam .. Hari yang dinantikan sudah tiba harini dorang kena rakaman apa yang terdapat dalam Highlands Tower .. Pada malam pertama kumpulan Mika dan Nizam berasa seram .. Macam macam dorang rasa salah satunya dorang terdengar suatu benda pelik melalui earphone .. Tiba tiba blackout dan semua orang terkejut sebab Shima disembunyikan tempat lain ... Mika dengan Nizam rasa tak sedap hati bila berlaku dekat Shima dan Atikah .. Dorang terus tinggalkan Highlands Tower dan yang pasti ada benda yang mengekori mereka ..

Tulah orang kata jangan pergi nak pergi jugak see siapa susah diri sendiri susah hahaha .. Anyway memang nak sangat tengok cerita ni .. So bagi sesiapa yang tertarik jom reramai serbu wayang ahaha ..


p/s " anda sedang diperhatikan hehe"