Before And After Raya

Assalamualaikum


Belom terlambat lagi Ieka nak mengucapkan selamat hari raya kan? hehe kena fahamkan dan korang memang fahamkan? bagus tak payah start entry dengan modal yang sama ...


Pejam celik pejam celik wah sekejapnya dah raya dan ramadan berlalu pergi begitu sahaja kalau ada jodoh kita jumpa lagi yew ramadan akan datang (2015) ... Jadi memang terlalu banyak sangat dugaan sebelum nak balik raya harituh antaranya ...



Tiket bas terpaksa burn akibat ada lab exercise secara mengejut hari jumaat 25/7/2014 .. sedih tau beli tiket ni awal bulan sebab takut tiket habis lately tersangkut jugak dan hari sabtu baru balik ke kampung halaman takpe yang balik kan? tapi rasanya dugaan sem dua ni agak tough sikit tau aishhh hmm hmm ... tutup cerita ..

Cerita pasal raya korang semua dah update cecepat kan pasal raya yang Ieka ni terhegeh hegeh baru nak meng-update .. Alasan yang sama busy takde masa kahkahkah tapi nasib malam ni masih ada ruang nak update esok dah nak balik kandang aduhhh cepatnya kan? sabar lagi tiga bulan lepastu cuti sem plak .. Actually Ieka baru balik so nak menaip tu agak pemalas sikit jom layan gamba Ieka kalau korang sudi laa kalau tak sudi takpe Ieka tak paksa :p ..


First Syawal [ Johor Bahru ]



bak kata someone 
"tahun ni bergamba sorang mana tahu tahun depan berdua tahun lagi satu bertiga plak" 
hehehe pepandai betul org yang berkata demikian rupa kan?






i'm pretty in pink wekk wekk wekk ahaha ..
adik beradik Ieka dua jee :p takde duabelas pon kehkehkeh ..



jumpa lah sanak saudara setelah sekian lama tidak berjumpa even rumah memasing dekat ..


mereka rendah sayang mereka berdua muahmuahmuah xoxo


mamat purple dekat belakang tu setahun sekali jumpa dah lama tak jumpa mcm galah kalah okey ..
korang boleh kira berapa banyak tudung Ieka cuba pakai haha .. 

dan

cerita dia habis sini

dan


Second Syawal [ Batu Pahat ]

nasib memang baik sebab kampung ibu dan ayah memang dekat so takdelaa pening kepala nak balik kan? so untuk hari kedua kita balik batu pahat .. 



btw kita sorang jee esaited pakai purple masa 2nd day tuh sebab 



tema 2nd day tu bertemakan biru ahaks .. 
raya kedua ni tak banyak gamba sebab mood demam tiba tiba ..

Third Syawal [ Batu Pahat Lagi.. ]

masih di Batu Pahat lagi ...



dan hari ketiga ni plak Ieka masih lagi syok sendiri memilih tema warna biru sepatutnya tema biru tu utk hari kedua tapikan apa daya semua dah berlalu dan pedulikan keadaan dibelakang ..


bayangkan masa ni matahari menghadap pehh memang mata semua bajet nak sepet jee haha .. kantoii  pakai monopod hihi ..


routine tiap raya memang wajib ke kubur arwah makwe (nenek) dan atuk .. 
Al-Fatihah ..

maka habislaa cerita ... selamat malam




0 orang komen :