Final Exam Is Coming Soon



Assalamualaikum


Harini just nak update sikit sebab owner dia kekadang kalau dah pemalas memang tak boleh kata apa dah just nak ingatkan diri sendiri final exam semakin hampir .. 


Another 4 weeks left so let's fighting




Kau nampak tak semua subject killer kalau tak nampak memang kau cari nahas kaa


Minggu sebelum final

Pensyarah struggle nak habiskan chapter
Pensyarah bagi assesment yang dia kumpul awal sem
Pensyarah sibuk nak buat kelas ganti
Pensyarah excited nak tengok kita jawab final
Test dan Quiz keliling pinggang 


So gais yang akan menduduki final tak lama lagi 
"Do your own best dan kalau boleh jangan study last minute"



AJA AJA FIGHTING :)





The Versatile Blogger Award



Assalamualaikum


I was nominated by Aiman Arif btw thank you
 finally i decide ada idea nak update so let's check it out




Syarat yang wajib kena korang ikuti

 ✔ Thank the person who nominated you.
 ✔ Provide a link to the person's blog.
 ✔ Write 7 facts about yourself.
 ✔ Nominate 15 bloggers of your own and tell 
them
.


FACT #1 : Allergic Spesis Ikan


Well as you know tiada manusia yang alergik dengan ikan tapi Ieka dikecualikan pernah makan ikan secara mendadak finally dapat virus bibir bengkak dan gatal taktahu kenapa? nak cakap alergik seafood tak sebab Ieka makan semua tapi ikan ni tak pasti kenapa dan mengapa? Pelik kan?

FACT#2 : Decide Nak Masuk PSIS


PSIS itu apa , lagi sekali Ieka kenalkan PSIS itu Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam Selangor taktahu dari form 4 lagi nak belajar dekat psis even dpt twaran lagi better dari psis tapi dah rezeki kan? nak buek macam mana? kot laa jodoh dekat sini katanya !!

FACT#3 : JDT Luaskan Kuasamu


Owner ini memang asal dari Johor Bahru tapi ramai yang cakap dari Selangor .. Korang Ieka ni anak jati johor tau mak pak Ieka pun dari johor so tiada unsur ke-selangorean dalam diri .. Kalau belajar dekat selangor itu yew ..

FACT#4 : Mix Blood MALAYBUGIS


Okay ini nak jadi kejakunan sekejap haha .. Korang tahukan dekat Johor ada unsur Bugis, Jawa dan Boyan actually Ieka salah satu dari sekauman tersebut even ayah tak cakap bugis cuma atuk sahaja tapi ada jugak darah mengalir  bugis tapi tatau nak cakap bugis yang peliknya boleh faham org jawa cakap apa.. eh aku ni jawa ke bugis? HAHA ntah laa teman pon tatau..

FACT#5 : Diploma Islamic Banking


Sebenarnya Ieka minat akaun suka subjek yang kira kira ni bila nak masuk psis ni pernah apply subjek tersebut tak kesah laa belaja apa yang pasti ada akaun katanya dan pernah juga Penasihat Akademi tanya "adakah IT Networking pilihan pertama? kalau bukan sila kemukaan bidang apa yang awak nak ceburi" skema k soalan dia .. Ieka pun jawab "pilihan pertama bukan subjek IT tapi berkenaan subjek akaun dan saya tahu dekat poli cuma ada kos islamic banking tapi saya rasa jodoh saya tak berpanjangan dengan subjek akaun jadi saya akan buang minat akaun saya haha" actually masa tu tengah berubah hati anyway IT the best..

FACT#6 : Overfriendly


Kalau first time kenal rasanya memang Ieka diam seribu bahasa tapi kalau dah lama kenal nanti kau tahu ah langgit ni tinggi ke rendah. Kekadang Ieka ni terlebih friendly orang tak kenal pon Ieka walaupon tak pernah kenal langsung , kekadang makcik cleaner dlm toilet tu pon Ieka berbual rancak tauu kau hado?! Aku bersyukur dengan nikmat tuhan beri ..

FACT#7 : Tolak MASSCOM Tolak Bidang Ekonomi Tersangkut Bidang IT


Jodoh Ieka dengan Ekonomi tidak berpanjangan akhirnya Ieka tersangkut jua ke Bidang IT walaupun sebenarnya Ieka memang suka ekonomi but ini namanya takdir tahu taa? Dan Ieka pernah tolak MASSCOM di UiTM Shah Alam sebabnya Ieka confius dan akhirnya Ieka buat istikharah bukan istikharah cinta tapi untuk memberi pertunjuk yang lebih baik dan akhirnya Ieka decide ke IT .. Mungkin ada hikmah disebaliknya perancangan Allah kita taktahu kan?


Maka selesailah aku menaip ketujuh fakta and 

//sila ready\\

Syaza//Uzu//Yumida//Farah Waheeda//Aina Akmal//Mahirah//Farhana Mohamad//Sally//Si Daun Ceri **doesn't know your name//Farra//Fadhliela//Cik Oren and tak ckup tiga sebenarnya but Ieka nak tag siapa yang baca entry Ieka ni







Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih




As-Salam

[Sila nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 


J O I N SEKARANG !!


Bila perempuan berhadapan satu situasi


Assalamualaikum




Bila malam otak ini terus berfungsi dengan secara lancar entahlah bila dalam kelas kemain otak jadi stuck ---
Sementara mencari idea akhirnya dapat jugaklah idea tu datang walaupun bukan idea sendiri atau copy + paste tapi apa salahnya kan nak share sebelum nak credit kawan fb yang tidak dikenali **saya copy tau tau tau even awak tak baca blog kita huhuhu ..





AMARAN Kepada perempuan sila beri perhatian !!!

Bila perempuan berhadapan satu situasi ...

SITUASI 1

Seorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam dan seorang diri tetiba ada seorang lelaki tak dikenali nak naik sama, apa nak buat ?

Jawapan pakar :- Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.


SITUASI 2

Ada lelaki berjaya memecah masuk rumah yang kebetulan perempuan itu bersendiri di rumah, apa nak buat?

Jawapan pakar :- LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!


SITUASI 3

Tengah berjalan-jalan dekat satu laluan tetiba ada seorang mamat follow anda dari belakang, apa nak buat?

Jawapan pakar :- UBAH HALUAN! ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!


SITUASI 4

Katakanlah baru sampai KL ke JB waktu pada masa itu malam dan kebetulan famili tak ambil jadi anda membuat keputusan untuk menaiki teksi tetapi pemandu teksi tersebut agak lain macam, apa nak buat?

Jawapan pakar :- Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat.


SITUASI 5

Oklah dah ambil no plat teksi , nama pemandu pun telah dicatat dan dah buat call famili tetapi sekiranya pemandu teksi tersebut buat hal. Menukar arah lain atau menuju ke hutan, apa nak buat?

Jawapan pakar :- Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.

sekian .. (semoga dapat membantu korang semua)

p/s : sebaik-baik perlindungan bagi wanita adalah memakai pakaian yang sopan dan elakkan diri dari berjalan di kawasan sunyi seorang diri. dan paling penting... DOA!




Fanatik Atau Sekadar Mengisi Masa Lapang



Assalamualaikum




Jam sudah menunjukkan 4.22 pagi (baru publish harini) dan aku dekat sini masih terpacak megah berduduk di depan laptop sambil melayan mata pada saat ini juga lah otak berfungsi untuk menaip entry baru .. Kalau nak tunggu aku update memang slow gila dan aku rasa untuk sebulan dua ni tidak berapa aktif mungkin akan ada satu entry sahaja sebab nak fokuss woiii lagi enam minggu nak final exam .. mata bengkek jee memasing otak lagi bengkak dan telinga bernanah akibat terkena bebelan pensyarah hehe tapi benda tu laa aku suka .. Tapi kita lupakan seketika fasal final exam sebab nanti korang yang membaca lagi sakit mata haha..

So memandangkan aku dah lama tak update entry aku cuba menyelongkar apa yang ada dalam laptop dan juga phone act aku jumpa macam macam tapi aku cuma nak update sometimes yang telah berligar di kepala otak sejak dahulu lagi cuma masih belom ada kekuatan untuk menaip entry begini ...




Amaran anti kpop jangan muncul kan diri anda di entry Ieka kali ini
siapa yang tiada niat nak bashing bole teruskan membaca ..


Dahulu masa form one pernah tersangkut tengok kdrama "playful kiss" and then terus malas nak layan kemudian masa masa abis spm ramai laa org bercerita pasal RM ni pada awalnya Ieka buat rileks laa dan dalam kepala Ieka masa tu terfikir "Ringgit Malaysia" kot tapi apa yang bestnya? disebabkan malas nak tanya Ieka still buat bodoh dan dulu Ieka ada laa join satu group whatsapp yang memang keyboard warrior jee boleh tahan dan anak buah dalam tu memang minat kpop ada jee masa terluang cerita pasal kpop dan Ieka ni memang tak minat langsung siap gaduh kpoppers vs directioner sebab masa tu Ieka memang minat oneD kalau tak percaya boleh rujuk entry I'm Directioner .. Lepastu Ieka biarkan jee bebudak dlm group tuh bergaduh berebut g-dragon dengan top ngahahaha kelaka kauu naseb baik Ieka kenal g-dragon, top tu siapa kalau tak memang kena pelangkung ... Ieka selalu cakap "anti kpop.. oneD lagi best" dan lastly terkena balik oneD kemana dan Ieka kemana..

Tak lama lepastu masa pergi KL my cousin ni memang nakal dia pancing tengok RM tu pada awalnya macam blur tatau apa dia merepek lately Ieka baru tahu apa tuu RM haha kelako kau .. Lepas balik JB terus whatsapp cousin tanya pasal RM tengok dekat mana? Haa engko bayangkan aku ni dok menghatam ep 1 sampai ep 140 macamtuh yelaa kata baru lps spm dan aku ni cuti setahun so setahun tu menghadap RM sampaikan mak aku nak muntah tengok aku copp nk tambah satu sebab aku terlepas nak cerita sebelum lyn RM ada cousin aku ni ketawa terbahak bahak tengok RM yg aku dekat sebelah dia tanya "kau ni kenapa gila?" terus aku tidur sebab malas nak layan then aku juga tersangkut lyn RM tu .. Lepas kau dah tengok RM tu mesti seacrh siapa artis tu sampailah aku jumpa exo .. ngahaha siapa exo tu ?


tak kenal ? sila buat buat kenal k .. haha


pada awalnya aku ni cuma peminat tegar 2pm sebab aku cuma suka nickhun disebabkan 2pm dah tua aku pon beralih arah yang muda muda sikit .. ni aku nak cerita sikit masa mama awards tahun lepas budak dekat twitter bergaduh pasal kpop exo vs infinite kelaka kau time ni Ieka takde laa minat sesiapa lagi lepastu masa Ieka duduk asrama ada juga kwn mendajal ajak Ieka tengok "Exo Showtime" apaaa lagi start daripada situ terus jatuh hati dekat EXO start aku minat dorang terus aku buang lagu melayu hahah kejam tak? tapi aku taktahu laa aku fantik ke atau sekadar suka suka sahaja sebab aku dah boleh kumpul t-shirt WOLF 88 tu then dlm laptop gamba dorang belom lagi kdrama yang lain ..




banyak aku padam sebab bapak aku bising hehe ..


majoriti EXO ngeeehhh 


ehem lagi satu ada dua blog kpoppers aku suka baca macam blogger sally samsaiman yang suka CN Blue lagi satu fiqa nsz yang suka Infinite tapi dalam blog aku ni random nak update apa aku cuba elakkan update pasal kpop sebab aku ni kalau dah bercerita memang mengalahkan makcik makcik yang suka mengumpat tu hehehe ..





last but not least harini jee update kpop jom tengok comeback super junior yang masih baru dan hangat dipasaran ..