Bila perempuan berhadapan satu situasi


Assalamualaikum




Bila malam otak ini terus berfungsi dengan secara lancar entahlah bila dalam kelas kemain otak jadi stuck ---
Sementara mencari idea akhirnya dapat jugaklah idea tu datang walaupun bukan idea sendiri atau copy + paste tapi apa salahnya kan nak share sebelum nak credit kawan fb yang tidak dikenali **saya copy tau tau tau even awak tak baca blog kita huhuhu ..





AMARAN Kepada perempuan sila beri perhatian !!!

Bila perempuan berhadapan satu situasi ...

SITUASI 1

Seorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam dan seorang diri tetiba ada seorang lelaki tak dikenali nak naik sama, apa nak buat ?

Jawapan pakar :- Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.


SITUASI 2

Ada lelaki berjaya memecah masuk rumah yang kebetulan perempuan itu bersendiri di rumah, apa nak buat?

Jawapan pakar :- LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!


SITUASI 3

Tengah berjalan-jalan dekat satu laluan tetiba ada seorang mamat follow anda dari belakang, apa nak buat?

Jawapan pakar :- UBAH HALUAN! ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!


SITUASI 4

Katakanlah baru sampai KL ke JB waktu pada masa itu malam dan kebetulan famili tak ambil jadi anda membuat keputusan untuk menaiki teksi tetapi pemandu teksi tersebut agak lain macam, apa nak buat?

Jawapan pakar :- Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat.


SITUASI 5

Oklah dah ambil no plat teksi , nama pemandu pun telah dicatat dan dah buat call famili tetapi sekiranya pemandu teksi tersebut buat hal. Menukar arah lain atau menuju ke hutan, apa nak buat?

Jawapan pakar :- Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.

sekian .. (semoga dapat membantu korang semua)

p/s : sebaik-baik perlindungan bagi wanita adalah memakai pakaian yang sopan dan elakkan diri dari berjalan di kawasan sunyi seorang diri. dan paling penting... DOA!




4 orang komen :

Syaza Raihanah said...

Nice sharing. Atleast dah tahu trick untuk membalas :D

Ieka Farhana said...

@Syaza Raihanah yup betul dah laa kita ni kaum yg lemah :)

aiman mania said...

tutup aurat dgn sempurna is the best solution..tapi,kalau bole mintak jauhlah dr berlaku.......take a note wahai gegirl sekalian :D

Ieka Farhana said...

@aiman mania yup betul sekali :)