HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Saturday, 25 January 2014

#Throw Back Ipoh Mali Dan Netball

Assalamualaikum

Korang agak lama jugakkan Ieka tinggalkan blog sebab 'busy study' katanya .. Ok kita tutup cerita pasal 'busy study' minggu lepas eh bukan dua minggu lepas Ieka dengan another classmate Ieka berjalan sampai ke Ipoh . Yelah dah belajar dekat negeri orang kenalah rajin kan kaki berjalan ke sana sini takkan nak terperap dalam bilik ... Disebabkan kitaorang ni kaki berjalan so dua minggu sebelum pergi kitaorang dah decide nak pergi Perak .. Nak pergi Teluk Batik kawan Ieka yang seorang ni dah jejak sana nak pergi manjung takde pape so kitaorang pun decide nak pergi Ipoh .. 

Haa ni Ieka nak cerita kitaorang dua minggu sebelum tu decidelah nak pergi hari apa sebab dalam seminggu tu ada dua hari cuti. First Maulidur Rasul and second Thaipusam , bila tanya memasing "Thaipusam balik?" dorang jawab "mestilah balik tiga hari cuti takkan nak terperap dalam bilik" hehe so dengan kata sepakat kitaorang ambil Maulidur Rasul tuh pergi Ipoh .. Ok kitaorang pun sewa kereta memula kitaorang tanya kereta apa ada ?! Abang senior tu jawab kereta Ezora lah .. Wah dalam mind set boleh bawak satu kelas ni hahah XD so kitaorang tanya lagi kalau sehari berapa dia kata RM100 .. so kitaorang dengan kata sepakat nak kereta tu dalam 14 hb macamtuh ..

Ok tiba 14 hb tu , pagi tu abang tu call balik 

Abang : Dik semua sekali ada berapa orang ?
Aku : Adalah dalam 8 orang

Korang tahu apa reaction abang tu ? haa dia terkejut beruk tahu tak ? sebab apa ?

Abang : Dik abang bawak viva mana boleh muat lapan orang ..

Lately aku pun terkejut beruk jugak .. Wehh harituh kata Ezora , macam mana Ezora boleh bertukar jadi Viva? kepala ahhh

Aku : harituh abang kata Ezora
Abang : mana ada Viva lah dik
Aku : ezora lah abang
Abang : Viva dik 
Aku : tak apa saya bincang balik dengan kawan saya macam mana ..

kalau sorang kata Ezora sorang lagi kata Viva bila mahu habis dahhh .. So nak taknak aku terpaksa buang dua orang jadi tinggal 6 orang .. Lepastu aku call balik abang tuh

Aku : abang kitaorang jadi
Abang : ok sekarang tinggal berapa orang ?
Aku : enam
Abang : eh muat ke ? korang na pergi mana sebenarnya ?
Aku : muat sebab semua kecik kecik belaka takde obes , kitaorg na jejalan area sini lah ..
Abang : haa kalau kena saman AES tanggung sendiri ok ?
Aku : No hal lah .. 

Dapat jee kereta terus gerak Ipoh depan lelaki belakang perempuan nasib baik tak bawak satu kelas kalau tak nak sumbat pakai apa ? hahaa

Sampai di Ipoh kitaorang terus cari Kinta City 


hyee orang Ipohhhhhhhhhh .....



with le' girl's



Le boyfriend's Hafiz and Jepp ..

memang banyak dugaan harituh tapi alhamdulillah selamat sampai ke destinasi ..


Ok kita tutup cerita pasal Ipoh .. Jumaat lepas kitaorang main Bola Jaring walaupun dengan tak ckup orang tapi kitaorang tetap semangat nak main tuh ada hehe
layan gamba ok ?









itulah cerita dia hehe .. byeee


Instashop Menanti

Assalamulaikum

Kepada pengemar shopping tanpa menggunakan kaki untuk berjalan petang ini Ieka ada something nak share as usually Ieka ni memang semenjak sambung study bila usha instashop satu persatu jadi geram so nak taknak kena tabahkan diri hohohoh **macam apa jew gaya Ieka taip**

So tanpa kita melengahkan masa .. mari Ieka memperkenalkan empat instashop yang menjadi pilihan hati ..


siapa tahu instashop yang ini ? 
rasanya ramai tahu bagi sesiapa yang taktau
Instashop ini menjual segala aksesori phone dari atas kepala sampai ke kaki hahaha ..
so bagi sesiapa gilakan aksesori boleh lah follow mereka ..
harga pun berpatutan ..



tarrarrr kepada hijabers yang suka up to date gaya hijab 
Ieka alu alu kan follow Momoiroshop ini sebab 
korang akan rambang mata bila tengok benda alah 
mcmni **Ieka goda korang** hehehe ..


kepada penggemar perfume atau nak belikan perfume utk somebody love eh ?
Ieka suggestkan korang lendinglah dekat instashop ni ..
Korang boleh dapat brand perfume dekat sini dengan harga termurah yang paling penting AAA ori 
**eh memandai tokok tambah kuikui**



Ehemmm inilah saingkan aksesori corner ..
so Ieka tak payah jelaskan mesti korang faham instashop ni ..


Monday, 13 January 2014

Minggu Stress

Assalamualaikum

Konichiwa (( ajet minah jepun pulak dia ni )) hihihi
btw sorry sangat dah lama kan ta berupdate blog ni ..
Korang mesti dah tak berminat nak baca blog Ieka ni ..
yelaa siapa lah sudi ekk ? bila tengok Ieka 'lemau' gila tak update ..

Alahhhhh korang bukan sengaja taknak update tapi 
Life As A Student memang tak dapat masa nak pegang lappy ni semua ..
apatah lagi handphone haihh ..
Melainkan cuti memanglah banyak kerije nak dibuatnya ..

Bukan setakat assement berlambak ,
presentation jangan dicerita ..
Ni akak (( sangat )) pesan dekat adik adik yang baru lepas sahaja SPM 
atau yang akan menduduki SPM .. Akak ni nak pesan
korang jangan nak happy sangat tengok abang abang atau akak akak
kau ni masuk IPT .. Lahaiiii korang ingat homework takde ke ? confirm ada ..
(( cuba nak takutkan korang )) hahaha ..

Tujuan Ieka na update harini sahaja nak melepaskan stress Ieka dekat sini ..
Dahlah petang ni kena jumpa group 3 untuk soft skills ..
Tapi guanya cuma mau ingatin kpd adik adik gua yg sayang ...

Akak Ieka sarankan korang kalau boleh nak sambung belajar
tolonglah ambil tempat paling jauh means kalau korang duduk perak cuba keluar dari perak ..
tak berkembang tau otak belaja dekat negeri sendirii ye dok ?
cuba tanya akak akak atau abang abang blogger kau mcm
Kak uzu , Abang Akmal atau sesiapa blogger yang korang kena kenal tanyalah mereka
"Best tak belajar jauh jauh?"

best punyaaaa .. kalau korang belajar dedekat confirm fikir rumah punyaaa so akak Ieka ni sarankan korang study lah jauh macam mana sekalipun confirm korang akan feel bila nak balik rumah .. kalau dekat dekat ni takde feel wehh .... 


indahnya politeknik guaa hahaha XD 


Friday, 10 January 2014

Review Hot Bajet : 3 Fantastic Staycation Sports In Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Hai korang sorry dah lama update **ecehh punya macam dah sethun tak sentuh blog kan? .. Bosanlah hari minggu macamni takde kelas duduk bilik besarkan perut haaa .. So dengan adanya masa terbuang ni mari kita buat review hot bajet korang ..

Korang taktahukan cuti minggu ni nak kemana , Ieka ada suggestkan tempat menarik yang boleh korang luangkan masa tersayang nak honeymoon boleh tapi bukan kepada pasangan couple ok NO NO NO haremm sama sekali hehe ..

Tempatnya tidak lah jauh mana melainkan orang yang duduk luar negeri selain Keyel Shah Alam Selangor Seremban .. Ok NOKTAH takde KOMA ..

Dengan bajet korang cuma RM 250 semalam ..

tanpa membuang masa korang mari kita tengok sambil usha , eh ?




TAMAN SARI HULU LANGAT




Cuma 45 minute sahaja dari Kuala Lumpur , Taman Sari Hulu Langat adalah tempat yang paling mendamaikan sekali , so kalau korang yang nak pergi honeymoon sesuai pergi sini okay ..

Daya Tarikan 

"Taman Sari Hulu Langat dapat mewujudkan suasana kampung yang tenang dan damai , selain itu Taman Sari Hulu Langat jauh dari kesesakan bandar"


BAMBOO VILLAGE


 




Tempat yang jauh lebih sunyi yang berhampiran di hutan Hulu Langat , tempat yang privasi untuk berehat ..

Daya Tarikan

"Korang boleh pilih mana korang nak tidur ada banglo , cottage , dorms and event tents yang pasti semuanya terdiri daripda bamboo .. bamboo tu buloh ok byee haha"

VILLA GAI'A KUALA LUMPUR

 

Korang tak suka share swimming pool dengan orang lain dan inginkan private ? so kita tak payah fly jejauh ke Bali or memana .. Villa Gai'a area Persiaran Syed Putra ..

So itu jew Ieka cuma nak sampaikan sorry sebab dah lama tak update hehehe .. hopefully entry kali ni korang enjoy daaa ...

p/s : lepasni boleh lah korang bersantai di sini