HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Monday, 28 April 2014

Seo Traffic

Assalamualaikum


Bila eng korang dah masuk dunia blogger , eng korang akan tahu banyak benda bukan setakat upper followers jee okeng .. banyak lagi for otai blogger dorang dah makan garam dahulu dari newbie termasuk Ieka yang suka timbul tenggelam .. but the way minggu lepas rasanya *act tak hengat berapa punya lepas huehuehue** blogger Kak Fara (( Bubblynotes )) ada post dekat Insta pasal Seo Traffic ..



so Ieka pun shebuk komen dekat situ laaa ..
Ieka tak sombong okeng ,, cuba tanya Eyqa Hasnan muahahahah XD ..




yessshhh suatu ketika dahulu Ieka pernah dapat ..
nak dapat seo trafik ni bukan mudah macam engko get followers 1K sebulan sekali *menipu keje kau Ieka hahaha**

sebentar ok kita throwback balik



// klik untuk tumbesaran \\

ini bukan cerita tipu bukan edit semata-mata ..

dan Ieka ada sedikit entry dekat sini

dan Ieka dapat komen yang positif



// klik untuk tumbesaran \\

pada awalannya gua ngak mengerti apa itu seo blog ?
rasanya blogger Elih Japahar bagitahu apa itu seo blog ..
dan apa yang Ieka tahu pasal seo trafik contoh eh ?!
kau nak search pasal "apa itu seo traffic"
nanti dia keluar macam ni


// klik untuk tumbesaran \\

dikira bila engkorang search blog tu mesti top 10 ke atas ahh ...
ada faham tak ? kalau faham bagus tapi yang tak faham ni cuba fahamkan ..


engkorang create one entry lepastu publish and then korang punya tajuk dapat top 10 dalam google search haa itu laa dipanggil "Seo Traffic" ..


nak cari benda macam ni bukan mudah korang perlu mantapkan lagi korang punya tajuk kasik polish sampai dapat top 3 dalam seo blog okeng ? muahahahaha .. 



Wednesday, 23 April 2014

Semester Break&Throwback

Assalamualaikum



22 April 2014 // 1030am maka tamatlah semester ((1)) Ieka di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Selangor ..Sekejap je rasanya tuptup dah nak masuk semester ((2)) dan title "junior" dekat sana takboleh pakai lagi huhuhu so selama enam bulan *tak sampai enam bulan.. Terlalu banyak sangat memory manis, masam, pahit, tawar dan bermacam-macam lagi perisa bersama family DNS1A..





dan inilah wajah anak pemuda pemudi bangsa akan berjaya suatu hari nanti in sha allah ...
lelaki dalam kelas makin pupus .. mana lelaki ? manaaaa ? wahai lelaki bangkitlah kuseru namamu hihi ..





"Dalam setiap gambar ada cerita" - Aizul Marcello

orang cakap "tak kenal maka tak cinta" masa masuk dulu 
Ieka terasa asing gilaa banyak soalan dan tanda tanya dalam fikiran ni ..
tapi hari berganti hari , masa berganti masa bila dah lelama tu 
Ieka rasa boleh masuk kepala lah semua cumaa adalah sesetengah orang
tak boleh terima gurau kasar .. yelah siapa jee boleh terima kan orang yang keras hati je boleh ..
so bila dah kenal satu sama lain tu tak jadi masalah sehingga ada kelas lain jeles tengok keakraban kami ..
Kami satu keluarga , Kami satu pasukan dan Kami segala-galanya ..


maka kita tutuplah tirai semester satu sesi disember 2013










Wednesday, 16 April 2014

Pray For South Korea

Assalamualaikum

Ingatkan nak letak entry Wordless Wednesday tapi memandangkan jam pun dah masuk khamis so kita lupakan ok ..



// klik untuk tumbesaran \\

sedang kita mencari MH370 ada lagi satu berita sedih dari Korea selatan ..



adakah cerita di Korea Selatan sama macam Titanic ? apa apa pun #PrayForSouthKorea ..



Tuesday, 15 April 2014

Segmen Blogwalking By DayangDeno

Assalamualaikum

Yehuuu rasanya dah lama blog Ieka ni tak join memana segmen dan memandangkan tinggal lagi dua paper yang gapnya terlalu jauh dan yang paling penting next week cuti sem bermula so dengan kerelaan hati nak join segmen Deno nii ..


so sesiapa yang free boleh join segmen Deno dan yang paling penting ikut syarat Deno telah sertakan ok ? Selamat Blogwalking ..


dan due date  11.59pm, 1 Mei 2014



Tips Menunggu Result Upu

Assalamualaikum





Sekarang ni musim adikadik batch 96' tengah menunggu result upu yang akan keluar tak lama lagi .. tapi sememangnya banyak persoalan di antara mereka kekadang rasa annoy soalan yang sama dituju miahaha padahal dulu kala pun sama jugak tapi jangan risau orang katakan setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya .. Memandang petang selasa yang agak mendung sedikit di luar jadi dengan kerelaan hati Ieka nak share tips berguna buat adik adik dekat luar sana ...

Soalan #1

IPTA dengan IPTS mana yang okay ?

Jawapan #1

IPTA kelebihan dia yuran dia lebih murah untuk sijil diploma , kalau IPTS kelebihan dia pula mungkin dari segi peralatan masih baru kalau nak berbanding dengan IPTA tetapi untuk mendapatkan segulung sijil Diploma agak payahlah tapi tak apalah kalau rasa diri itu kemampuan dan jangan risau kalau tak mampu ada pinjaman mara atau ptptn *dua dua Ieka tak pinjam yang penting terpulang pada diri sendiri nak belajar memana pun tak kisah janji belajarkan ? janji bawa Diploma dekat ibu bapa korang ...

Soalan #2

IPTS boleh dipercayai ke ?

Jawapan #2

Macam mana eh na bagitahu ? senang ceritakan tengoklah jenis IPTS kekadang sijil Diploma tak laku sangat so kalau nak memilih IPTS tu kena pandailah kalau silap daftar habislah .. Kalau IPTS yang tak biasa didengar oleh orang ramai Ieka tak bagi korang pergi ok tapi macam Unikl ke Kptm ke in sha allah okay ..

Soalan #3

Kalau tak dapat UPU macam mana ?

Jawapan #3

Dah check form 6 ? rasanya better korang masuk form 6 terlebih dahulu sebab kalau tak dapat UPU untuk first intake maybe second intake boleh .. Jangan tak dapat UPU for first intake korang jangan pergi bunuh diri eh ? hehe sebab korang boleh buat rayuan .. 

Soalan #4

Kalau tak dapat UPU tapi taknak masuk Form 6 dan terus masuk IPTS boleh ?

Jawapan #4

Terpulang pada diri sendiri ok ,, sebab tangan yang membuat keputusan adalah korang bukan Ieka tapi rasanya kalau dapat second intake tak perlu membazir duit pergi IPTS .. 

Soalan #5

Kalau tak dapat IPTA langsung macam mana ?

Jawapan #5

Senang je korang apply lah IPTS memana dulu misal kata jodoh korang memang dekat IPTS just go on .. Orang kata tak semestinya orang belajar dekat IPTA nanti akan ambil dekat IPTA lagi sedangkan ada jew student ambil diploma dekat IPTS dan nak sambung degree IPTA no hal tak masalah ..

Soalan #6

Kalau dapat surat tawaran dari memana IPT nak pergi tak ?

Jawapan #6

Macam mana nak cerita eh ? Dulu ada seorang kawan Ieka dia pergi UITM punya kena bayar RM450 tapi last last tak ada pape .. Senang cerita korang kena tengoklah benda tu okay ke tak ..

Dan paling penting jangan buat keputusan terburu-buru okay .. btw goodluck gaisss







Monday, 14 April 2014

Bab 2 "Kahwin 30 Minit"

Assalamualaikum

Sesiapa yang ketinggalan boleh baca

SINOPSIS // INTRO // BAB 1 //

ok sekarang nak masuk Bab 2 .. 

Diingatkan !! bahawa cerita ini
tiada kena mengena dengan kisah
hidup mahupun mati ..

Pada awal pagi itu Indah sudah terlambat untuk menghadiri solat berjemaah subuh dan dia mengambil keputusan untuk menunaikan solat fardhu subuh di bilik sahaja, yang pasti harini dah seminggu orientasi.
"Matilah aku Nazi." adu Indah dengan Nazirah.
"Asal, kau okay tak?" tanya Nazirah kerana daripada tadi Indah nampak gelisah.
"Hmm confirm aku kena membebel dengan mamat bajet bagus tu." Indah memberitahu hal sebenar.
"Ehem ehem." ada deheman di antara belakang Indah dan juga Nazirah, mereka berdua tersentak berpaling belakang.
"Hehe hye Izzuddin. Kau buat apa dekat sini?" tanya Nazirah yang gelabah semacam.
"Takde pape aku dapat hidu ada orang kutuk aku sebab tu aku datang sini." Izzuddin mula memperangkap Indah. Indah mula merasa kalut dengan perangai annoying mamat ni ada jee datang nak menyibuk bagai.
"Oh Cik Indah lepasni kau tak payahlah rasa menyampah dengan aku tinggal lagi 2 jam dah nak habis minggu orientasi so lepasni kita dah tak jumpa." Izzuddin menperingati Indah akan minggu orientasi dah nak habis dan pada esoknya maka bermula sesi kuliah pertama bagi pelajar semestar 1 UiTM Shah Alam.
"Alhamdulillah, aku harap aku takkan jumpa kau lepasni." Indah cuba bagi senyuman sinis untuk Izzuddin dan berlalu pergi.
Selesai sahaja minggu orientasi melabuhkan tirai maka mereka secara automatik menjadi mahasiswa dan mahasiswi di UiTM Shah Alam.
"Wahh bestnya lepasni takde minggu orientasi, dahlah tiap hari kena rushing semua pehh tak larat badan nak menampung segalanya." sorakkan gembira daripada Fika.
"Kan? Kau pun Indah lepasni confirm tak kena buli dengan Izzuddin." Nazi mula membuka cerita.
"Dah jangan sebut nama dia lagi, dah lah aku malu gila masa minggu ketiga orientasi dalam dewan makan harituh sesuka je jadikan aku bahan pertarungan dorang benci." Indah mula mengingati pasal empat hari yang lalu bahawa dia menjadi bahan pertarungan di antara Izzuddin dan juga abang-abang senior.
Ada ke patut abang senior mencabar kelelakian Izzuddin suruh mengurat Indah sekiranya Izzuddin berjaya dapat nombor telefon Indah maka Izzuddin akan diberi RM 100. Kalau difikirkan balik memang kerja yang bodoh tapi kerana cabaran Izzuddin berani menyahut.
"Ok kita lupakan pasal dia kalau sakit hati tak payah cerita, Indah sini kejap." Iman memanggil Indah untuk seketika.
"Tarrarrr girl's tengok Indah pakai tudung cantikkan?" Iman cuba memakaikan Indah tudung.
"Wah Indah lain gila muka kau macam cina muallaf pun ada hehe" puji Nazirah yang sememangnya Indah memang lawa pakai tudung.
"Kan? Indah ni Iman dah cakap, muka Indah sesuai pakai tudung jenis selendang." Iman pula menambah garam secukup rasa, sebenarnya Indah memang mahu pakai tudung tetapi belum sampai masanya. Lagipun Indah Suraya memiliki kulit seputih salju, bermata sepet sedikit, hidung yang agak mancung dan memang sekali pandang gadis kacukan british tetapi pada kenyataannya darah yang mengalir dalam badan Indah Suraya hanya melayu dan cina.
"Indah pakailah tudung pergi kelas harini." Fika menyuruh Indah memakai tudung semasa pergi kuliah.
"Serious kena dengan Indah? Orite kalau macam tu Indah pakai pergi kelas." Indah setuju untuk memakai selendang pada hari pertama kuliahnya.
Indah membelek dirinya di hadapan cermin dan Indah memperingati sesuatu akan tentang sesuatu perkara.
"Sesungguhnya kami menurunkan kepadamua pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian yang indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itu paling baik..."
[Al-Araf:ayat 26]
"Indah tunggu apalagi takkan nak pergi kelas lambat pulak." Nazirah menjerit diluar pintu bilik dan memperingati Indah harini kelas pertama mereka.
"Ok sorry guys, jom pergi." Indah meminta maaf dan terus mengunci pintu bilik.
Semasa Indah melangkah masuk kelas pertamanya dan pada hari pertama lagi Indah sudah terlanggar seorang lelaki yang hendak masuk sekali ke kelas itu. Indah pandang ke arah lelaki tersebut.
"Ehh kau dah pakai tudung bertambah cun, aku ingat baru nak melenting tadi.Tak apa sebab kau cantik bertudung dipersilakan masuk dulu." Izzuddin memuji Indah yang bertudung dan memberi laluan kepada Indah. Semenjak bila pulak Izzuddin ni pandai nak bersopan dengan perempuan hati Indah berbisik tatkala itu.
"Weh Din tu makwe yang kau usha masa minggu orientasi haritu kan? Gila cun beb kata suka usha ah."sampuk kawan dia.
"Kau diam boleh? Aku hempuk kau dengan buku ni baru kau tahu." Izzuddin terus memintas. Pada ketika itu Indah hanya mampu tersenyum.
Tak sampai beberapa minit pensyarah yang mengajar mereka masuk ke kelas serta merta kelas menjadi senyap dan memberi tumpuan sepenuhnya tetiba ada seorang pelajar lelaki baru sahaja masuk kelas tersebut.
"Awak yang baru masuk kenapa lambat? Saya nak awak introduce yourself right now!" tanpa membuang masa pensyarah tersebut memberi suruhan kepada pelajar tersebut.
"Maafkan saya Puan, hmm guys nama saya Nizam Quzairi Bin Saifullah." lelaki itu tetiba speechless iyelah kalau aku jadi dia pun speechless jugak. Boleh tahan jugak mamat ni hensem muka dia yang macam ala ala Korea confirm awek keliling pinggang. Ya allah Indah Suraya tak baik bersangka buruk dengan oranglah, Indah terus mengingati pada diri sendiri.
"Saya tahu awak anak pensyarah jadi jangan nak buat jadual sendiri boleh. Ini baru sahaja kelas pertama kuliah awak dengan saya lepasni kalau ada pelajar lain lambat lagi maaf saya akan halau awak keluar. Saya membebel bukan dekat dia sahaja tetapi dekat awak semua. Dah awak boleh pergi duduk." pensyarah tadi memberi peringatan kepada semua. 
"Boleh tahan pensyarah ni kan Indah seram aku." bisik Nazirah disebelahnya.
"Kan? Tapi mamat tu handsome kan?" Indah tanya soalan itu kepada Nazirah.
"Aik!! Dah tangkap jiwang ke?" tanya Nazirah balik.
"Kau ni bagus sangatkan aku tanya kau tanya aku ....." belum sempat Indah mengabiskan ayatnya dia ditangkap kerana berbual.
"Pelajar yang pakai selendang sana tu nak bercakap boleh ke hadapan." pensyarah tersebut memberi peringatan kepada Indah dan dia hanya mampu tersenyum.
Setelah selesai sahaja sesi kuliah pertama mereka tadi memasing buat hal memasing ada yang lepak, ada yang balik bilik dan yang pasti lain pula dengan cerita Indah.
"Iman, Indah pinjam tudung ok." Indah mengambil tudung bawal dan terus menyarung.
"Nak pergi mana Indah?" tanya Iman.
"Nak ambil ilham, wanna join?" ajak Indah.
"Tak apalah Iman ingat nak teman Nazi dengan Fika pergi jogging." Iman menolak ajakan Indah.
"Ok lah kalau macamtuh, Indah pergi dulu eh bye assalamualaikum.." Indah meminta izin dengan Iman untuk keluar.
"Waalaikummusalam jangan terlanggar Izzuddin lagi tau.." Iman kenyit mata dekat Indah sambil senyum nakal. Ewahhh dah pandai Iman kenakan aku sekarang bisik hati Indah.
Aktiviti mencari ilham Indah pada haritu adalah mengambil pemandangan indah di petang hari. Sememangnya Indah lebih suka merehatkan diri dengan aktiviti seperti ini, sesungguhnya suasana di petang hari Uitm Shah Alam amatlah indah. 
"Subahanallah sesungguhnya Allah SWT yang menciptakan segalanya di antaranya alam.." Indah terdengar sesuatu yang kebetulan tidak jauh dari tempatnya dan dia mencari empunya suara tersebut. Ketika Indah mencari suara tersebut, macam mana Indah boleh tersalah langkah dan hampir nak terjatuh tetapi dapat disambut dengan sepantas mungkin. Tatkala itu mata mereka mula bertaut di antara satu sama lain seolah-olah nafas terhenti dan pada saat itu juga lidah terkelu tak terkata tetapi secepat mungkin Indah menepis semuanya.
"Eh sorrylah but the way thanks for the helping." Indah membuka bicara walaupun pada saat itu suaranya tersekat tetapi lelaki itu masih lagi tersenyum dan menanti ayat Indah seterusnya.
"Ermm yeayy sorry sebab menyusahkan awak.." Indah menyambung untuk meminta maaf yang beberapa kali.
"Its okay, nasib baik saya ada kalau tak ada tadi mungkin awak dah jatuh but the way nama saya Nizam Quzairi boleh panggil Hairi." lelaki itu cuba menyalam Indah tetapi Indah cuba tidak menyambut.
"Oh okay sorry, nama awak siapa?" Hairi rasa bersalah apabila salamnya tidak disambut mungkin sebab mereka berdua bukan muhrim sebab itu Indah tidak menyambut. Tetapi Indah terpaku melihat Hairi dan lidah menjadi terkelu.
"Emm.. Haaa ... Na... maaa.." lidah gagal berfungsi pada saat itu.
"Eh take your time okay, saya tunggu awak." Hairi rasa bersalah lagi sebab memaksa Indah untuk memperkenalkan diri.
"Nama saya Indah Suraya Binti Ahmad boleh panggil Indah sahaja." suara Indah yang agak sedikit kedengaran mungkin orang kata control ayu kot.
"Oh nice name like the person, i like it!! Nak panggil Indah sahaja? Okay Indah sahaja." Hairi memuji nama Indah sambil mengenyit mata dalam masa yang sama Hairi sengaja mengusik Indah. Semasa Hairi mengenyit mata, Indah menjadi terkaku lagi tetapi Indah seolah-olah mengawal supaya Hairi tidak mengesyaki apa-apa.
"Eh bukan Indah sahaja , panggil Indah." Indah cuba memperbetulkan namanya.
"Hahahaha alaaa bergurau je, awak buat apa dekat sini?" tanya Hairi. Sememangnya ketawa Hairi menjadi hati Indah cair ya allah sumpah mamat ni memang comel sangat geramnya hati Indah mula bermain tarik tali.
"Emm.. Ohhh saja cari ilham, lagipun bosan duduk dalam bilik." Indah menyorokkan sesuatu daripada Hairi takkan nak cakap yang Indah sedang cuba mencuri tengok tuan empunya diri eh? 
"Ohh i see, hey nak dekat mahgrib better awak balik okay? See you then" Hairi menyuruh Indah balik dengan harapan supaya mereka dapat jumpa lagi.
"Indah buat apa tu tersenyum sorang-sorang." tak memesal ada flying pillow dari Fika.
"Eh tak ada apalah." Indah cuba menyembunyikan sesuatu dari Fika.
"Elehh yela tuu ke ada orang sudah jatuh cinta ehemmm." Fika cuba memerangkap Indah tetapi gagal sebab telefon Indah pada ketika itu berbunyi dan Indah bersyukur. Apabila Indah melihat skrin di telefonnya jarinya laju untuk menjawab.
"Hello my mostly handsome one and only brotha what do you want haa?" Indah jawab dengan nada yang seceria boleh.
"Hey my beautiful Suraya, asal macam happy sangat ni? Dah ada boyfriend baru ek? Wanna share something." Riki cuba menyakat Indah.
"Apa Riki ni mana ada ke Riki dah gatal sangat nak kahwin?" Indah cuba membalas kata Riki, sememangnya Indah lebih selesa memanggil Riki daripada Abang Riki lagipun jarak mereka tidaklah jauh cuma tiga tahun sahaja.
"Eh!! Kita pulak yang kena, kalau Riki nak kahwin dah lama bawak awek US bagi dekat mama tau." Riki cuba menjawab dengan perasan taktahu malu.
"Haha Riki boleh tahan yew!! Siapa ajar ni mama tak ajar Riki jadi macam ni astaghfirullahalazim ...... Bertaubatlah." Indah cuba mengusik Riki pulak.
"Eh budak ni makin lama makin berisi ek? Merajuk kang." Riki cuba merajuk dengan Indah.
"Alolololoo anak kesayangan mama yang busuk ni jangan lah merajuk." Indah cuba memujuk tetapi gaya Indah memujuk macam kekasih pulak.
"Okay dah pass apalagi Indah takkan dekat Uitm Shah Alam tiada yang berkenan dihati." usik Riki sengaja.
"Muhammad Rizki Bin Ahmad ni kenapa? Demam eh? Dah lah esok Indah ada kelas." merajuk Indah.
"Hahahaha alaaa rileks lahh Indah, Riki bergurau sahaja. Actually ada good news, Indah nak dengar tak?" pujuk Riki.
"Apa dia?" jawab Indah yang acuk tak acuk.
"Riki dengan Abang Hilman akan balik Malaysia lagi dua minggu see you later." Riki memberitahu berita gembira dan terus mematikan talian tanpa menunggu respon dari Indah tetapi sudah menjadi kebiasaan Riki akan menamatkan perbualan begitu sahaja. Haish kalaulah orang taktahu pasti orang akan telefon balik disebabkan Indah sudah masak sangat dengan perangai abangnya itu malah dia biarkan sahaja. Apa-apa pun Indah tersangat gembira sebab lagi dua minggu Hilman dan Riki nak balik pasti rumah Encik Ahmad akan kembali meriah seperti sedia kala.                                                                                                                                                                                              

                                                                                                                                                                                                                                                          bersambung ...


Friday, 11 April 2014

Minat Baru

Assalamualaikum





Memandangkan bulan ini merupakan bulan final exam ada yang belajar dengan memacam ragam dan ada juga frust menonggeng tak dapat jawab soalan final diminta semua bertendang eh ? bukan bukan bertenang okay .. dan juga memandangkan paper seterusnya gap terlalu jauh jadi kita mengambil peluang untuk meng-update blog yang agak berhabuk macam sarang labah labah nii ..  Firstly gambar di atas tiada kene mengena dengan tajuk malam ni , secondly jangan bawak buku exam dalam ni dan last sekali sila fokus apa yang Ieka nak bercerita menggunakan tangan sambil mulut terkumat kamit hihihi banyak cengkadak budak sorang ni kan??

Dah Ieka sila masuk sub topik malam ini ..
apa yang Ieka cuba nak sampaikan , sejak minggu ini Ieka telah mencipta satu hobi baru ..


Ieka telah mencipta satu buku "QUOTES" huhu takde laa quotes sangat cuma .. ishh nanti k Ieka cerita


tarrarrr ini kulit buku depan !!
tapi ada apa dekat dalam eh ? jom terjah !!



  

so apa korang yang perasaan dalam buku Ieka ni ? ahakss sebenarnya bukan Quotes kebanyakkannya melukis ART .. hmm sebenarnya bila takde kerjakan Ieka akan melukis selain menulis .. so korang ada minat macamni tak ??




Wednesday, 2 April 2014

Bakal Suami Nak Macam Ayah

Assalamualaikum

Masuk sahaja blogger.com keluar dekat timeline Ieka terus scroll sampai terjumpa satu tajuk menarik malam ni , tajuk apa yang menarik sangat ? ni haa tajuk blogger kita sorang tanya soalan macamni

Adakah wanita yang belum berkahwin akan mencari seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri seperti bapanya untuk dinikahi? Nak-nak lagi jika wanita tu merupakan 'anak bapak'- yang rapat dengan bapanya sejak kecil 

lagi cun soalan ni selalu orang tanya dekat Ieka .. Ieka akan jawab "kalau boleh nak macam ayah"
tapi ramai lelaki di luar sana tertanya kenapa dan mengapa ? dan 1001 soalan yang keluar sama macam tuan blogger Zamani Abe ..

Ieka nak share dengan semua orang kalau boleh ..



tahu tak kenapa ramai perempuan akan mencari bakal suami macam ayahnya ??

jawapan yang paling simple 


Ayah sentiasa menjaga kita tanpa mengenal masa
Ayah akan menjadi pelindung utama
Ayah sedia menjadi terbaik ..

so no wonder lah kalau lah bakal suami ada sifat tersebut perempuan tak perlu risau kan ?