HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Thursday, 23 October 2014

Seribu Perasaan



Assalamualaikum



Skip taknak mengomel pasal dah lama tak update ke apa...



Harini Ieka berpeluang nak meng-update cerita yang takdelah cerita menarik cuma biasa biasa sahaja tapi adalah jugak benda nak meng-update daripada takde so now taknak membazirkan cerita .. As you don't know about me~ Ieka suka menginpirasi diri melalui kata-kata yang berunsur bermadah helah takdelah bermadah helah sangat cuma bolehlah~

Ieka suka baca puisi daripada puisi jalanan by fynn jamal, tulang kata dan sewaktu dengannya .. Ieka terfikir macam mana mereka boleh merangka satu puisi yang cukup bermakna dan mendalam ongputih kata deep! Dan Ieka mencari bagaimana mereka menghasilkan satu puisi itu ?! sebenarnya dorang menginspirasikan diri dorang dalam puisi eh betul ke? ke korang tak faham apa yang Ieka cuba sampaikan? hahaha Ieka pun tak faham apa yang Ieka cuba nak sampaikan tapi benda dah ditaip jangan dipadam hihi ... 

So Ieka cuba menginspirasikan diri dalam bentuk penulisan haa macam korang create blog ni lah korang buat blog sebab apa? sebab nak luahkan benda yang menarik dalam blog kan? Macam puisi jugak cuma puisi ni satu perasaan yang kita sukar untuk diluahkan.. Am I right? kalau salah boleh mencuba membetulkan yang mana ada..

Ieka nak share dengan korang satu hati yang mempunyai seribu perasaan , perasaan yang sukar untuk diluahkan dan penulisan tersebut satu peratus tanpa diciplak ..




Perempuan dan harapan menceritakan seorang perempuan yang menyukai seseorang dalam diam sehingga diberikan satu harapan untuk mendapatkannya menjadi musnah bila yang dia tahu lelaki itu cuma menganggap perempuan itu hanya kawan tidak lebih daripada itu ....



Repeat again, again & again menceritakan bahawa dimana seseorang yang sangat rindu akan bekas kekasihnya dalam pada yang sama hampir setiap hari dia mengulang benda yang sama tanpa rasa jemu...



Sial dan tuah menceritakan kehidupan dua orang yang seorang ditimpa sial yang lagi seorang mendatangkan tuah .. mentaliti masyarakat mengatakan tuah membawa keuntungan dan sial membawa celaka tapi sejauh mana tuah dan sial boleh pergi?


Lakonan yang semata-mata di dunia yang mempunyai banyak penipuan untuk apa ditipu? untuk membuat orang lain rasa gembira? simpati? ataupun benci?



Bila dah move on orang kata jangan datang balik dan jangan datang merayu sebab tiada nada melepaskan selepas penyesalan?



Sebenarnya setakat itu sahaja dan korang boleh tahu siapa yang menulis? hahaha well aku takde laa arif sangat pasal puisi ni but aku cuba , orang kata belum cuba tahu .. Aku cuba untuk dapatkan satu puisi even dia tough .. Atas segala komen positif Ieka terima dan komen negatif juga terima sebagai pengajaran ..









Saturday, 4 October 2014

Cerita Korban



Assalamualaikum


Happy Eid Adha semua ... 



Rendang dah selamat masuk ke dalam perut belom? Ika dah selamat masuk ke dalam perut eh bukan Ieka yang makan diri Ieka hahahaha ... maksudnya rendang tu hihi .. apadaaa Ieka cakap serupa bangla nenonenone..


Disebabkan harini raya haji jadi kita ambil peluang untuk  meng-update blog yang dah macam rumah hantu sebab dah lama tak update ahahaha .. Cerita pasal korban ni rasanya pagi tadi first time dalam sejarah pergi tengok korban selama ni tengok dekat tv nak dijadikan cerita... 


Ieka ni muka boleh tahan sado lah tapi hati Ieka lembut macam kapas ngahaha ... tapi tadi ....







masa nak sembelih tu mulut ni dah mengadu dengan puan ibu "Ibu kesian laa dia", "Ibu nak menangis", "Ibu nak balik umah tak sampai hati and finally puan ibu suruh Ieka balik lepastu mengadu dengan group whatsapp **ni gedik kay ... dorang bagitahu yang aku lepas ni dah tak boleh makan daging ... k sedih memang sedih tapi kena terima hakikat sebab aku rasa kesian tadi ermmmm..


p/s : Lepasni Ieka diet uolls :p