HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Friday, 25 December 2015

Sebelum Habis 2015


Assalamualaikum



Dalam sedar tak sedar kita makin hampir ke penghujung 2015 dan 2016 akan datang menceriakan hari kita. Di kesempatan ini Ieka nak mengucapkan selamat tahun baru untuk semua blogger(s) ataupun reader(s)..



tanyalah sementara Ieka tengah free... hehehehe



Wednesday, 23 December 2015

Wordless Wednesday #20 - Selera Joho Besar


Assalamualaikum





Amboi baca tajuk rasa terus nak tutup laptop masing-masing, tahu dah kenal sangat dengan korang ..

Tadi ada up moment dekat Wechat (sorry tak jumpa usb nak tranfer screenshot)




"Makanlah seberapa banyak mangkuk ada tapi balik rumah still cari petai cicah sambal belacan.."
- Selera Joho Besawwww!! **kasi rempwitszz sikit hahaha


Dan maka dengan itu aku pun berhuhuhuhuhu.....




Tuesday, 22 December 2015

Review Joho : Wet World Batu Pahat (Glow Theme Park)


Assalamualaikum


Apa khabar semua? Dah lama kita tak buat entry "Review Joho" oklah kali ini kita fly jauh sikit ke Batu Pahat ! Korang semua dah ready ke nak baca entry pada malam ini? Bagus yang dah ready boleh terus membaca yang tak ready cepat lari anak 10 kali hehehehe.




Baiklah entry malam ini Ieka nak ajak korang semua jalan-jalan ke Batu Pahat pulak ...



Kali ini Wet World Batu Pahat membuka satu Icity Shah Alam di tengah-tengah tasik seriously memang menarik perhatian warga batu pahat dan orang luar.

Jom layan gambar




Masuk Wet World (Glow Theme Park)

Car Park RM 10
RM 8 / each person

mahal kan? tapi mahal-mahal pun masih ramai orang datang.













ada yang tertarik? kalau ada alamat ada dibawah


Lot 138, Jalan Bukit Pasir, Tasik Bukit Pasir, Batu 1/2, Johor, 83000 Batu Pahat, Malaysia



Monday, 14 December 2015

Adobe Illustrator - Happy Pumpkin


Assalamualaikum



Dah lama jari jemari tak menari di atas papan kekunci, almaklumlah semenjak jadi hakak senior ni asyik busy memanjang jeee tapi kita tolak ketepi pasal final projek dulu dan sekarang Ieka nak share pengalaman baru as long memegang title student IT tapi tak semua Ieka tahu pasal software tauu.

Masuk semester 5 memang banyak sangat subjek taff apakan daya nak pandai kan? Tapi dalam banyak-banyak subjek, sem ni Ieka lebih suka subjek "DESKTOP PUBLISHING" dikira macam kelas belajar edit-edit atau kata lain belajar buat banner atau sewaktu dengannya. Baiklah tanpa membuang masa Ieka baru berjinak-jinak menggunakan tools di dalam Adobe Illustrator. Baru masuk minggu ketiga lecturer dah bagi PBT so untuk PBT ni kitaorg (satu kelas) kena ikut satu tutorial di http://design.tutsplus.com/ dan link itu sesuai untuk korang yang sedang berjinak-jinak dalam menggunakan Adobe Illustrator.

Nak tengok hasilnya?





dah siap sebenarnya tapi taknak tunjuk full sebab nanti ada curi idea Ieka hehehe 




APA PERBEZAAN ADOBE PHOTOSHOP DAN ADOBE ILLUSTRATOR ?

ADOBE PHOTOSHOP - Ia kepada meng-edit gambar manakala ADOBE ILLUSTRATOR - Lebih kepada buat poster, banner dan sewaktu dengannya.




Wednesday, 18 November 2015

Wordless Wednesday #19 - Situasi Ibu-Ibu Sedang Hamil



Assalamualaikum







Haipppp sebelum kau orang sambung baca entri hari ini, tajuk dia rasa dah mengancamkan? Ieka bagi warning awal-awal jangan fikir bukan-bukan. So kepada bakal-bakal ibu atau sudah menjadi jom kita melihat kartun ni yang Ieka jumpa dalam facebook.


#1 - Tidak boleh membongkok untuk mengambil barang jatuh atau pakai kasut. Kekadang kaki pun tak nampak dilindung dek perut.




#2 - Kaki dan tangan bengkak, hilang kaki tirus, jari runcing.




#3 - Bilik air jadi tempat paling kerap dikunjungi, kekadang rasa macam tak sempat sampai.




#4 - Sensitif. Boleh menangis kerana tak dapat makan kek coklat di kedai favourite.




#5 - Bila baby aktif rasa dia macam bergulung dalam perut.




#6 - Perut terlebih besar orang asyik kata dapat bayi kembar.




#7 - Posisi apa sekalipun tetap tak boleh tidur, jeles tengok encik husband dekat sebelah tidur lena.




#8 - Tetiba terasa perut tegang dan keras, aduh apa baby buat dalam perut mama ni.





Wahh macam-macam situasi ibu-ibu sedang hamil ni. Ieka share akan datang dah kahwin bolehlah baca entri lama-lama dan nanti mesti monolog sendiri


Eh gatalnya aku masa ni belum kahwin dah sibuk-sibuk taip entri macam ni hehehehe

Monday, 16 November 2015

Gaya Tudung Mengikut Trend Semasa


Assalamualaikum


sumber [GOOGLE]


Dah nak penghujung tahun 2015 dan malam ini kita sama-sama mengimbau kembali zaman dulu semasa shawl, bawal, pashmina atau sewaktunya digayakan. Gilalah masa tu zaman trend tudung ala-ala Hana Tajima kalau outing memang tak sah kalau tak nampak Hana Tajima celup strawberry chocolate hehehe..




Selepas zaman Hana Tajima habis kemudian keluarlah tutorial turban ala-ala Yuna pulak, masa itu korang akan jumpa orang pergi jalan-jalan pakai Turban hanya dikepala tetapi sebenarnya Turban tu sesuai untuk yang ada annual dinner setakat nak ke pasar tak perlu kot.




Dah lepas zaman fesyen tudung Hana Tajima dan Yuna Turban ni, pada tahun 2014 ada satu tudung yang digemari semua perempuan iaitu WIDE SHAWL sebab terus pakai tak payah gosok dan menyebabkan semua orang jadi malas hehe. Masa zaman WIDE SHAWL korang akan jumpa orang pakai bertingket-tingket dan besar di atas kepala.



Hari bersilih ganti datang pula gaya tudung Keknis, Elfira Loy paling penting instant shawl Neelofa. Bagi student perempuan yang dah terlambat pergi kelas dengan tudung bawal tak gosok cuma ada shawl lilit jee gaya Keknis kalau terlebih rajin lilit gaya Elfira Loy ataupun buat instant shawl sendiri.





Tahun 2016 gaya tudung yang macam mana pulak?



Monday, 26 October 2015

Bila Mengidam


Assalamualaikum




sumber pakcik google


Korang baca tajuk mesti fikir "Eh Ieka preggy?" kan? kan? kejam tau korang ni kahwin pun boleh celah mana nak preggy-nya hahaha.. Korang jangan ingat orang tak preggy tak boleh mengidam tau, boleh je kekadang mengidam benda yang pelik-pelik lagi dahsyat dari orang mengandunglah...


Korang tahu apa punca sebenar Ieka cepat mengidam?

jawapannya ....




dah dapat kenapa aku cepat mengidamkan? korang takde pipi pau sebab tu tak rasa nak makan haha gurau yaa ..

selalu Ieka akan mengidam tiga benda :-

  • STARBUCKS

kan best kalau ada depan mata sekarang!! terasa nak sip sip sip (bunyi sedut hahaha) 

  • ICE CREAM

balik ofis nanti boleh singgah petronas beli banyak-banyak muahahaha XD

  • SEOUL GARDEN 

Ieka pun tak pasti kenapa Ieka suka mengidam benda macamni


dan korang kalau mengidam nak makan apa? ke korang mengidam iphone 6s plus rose gold tu? 


p/s : Gamba petikan en google yang tak bertauliah hahaha


Ucing Nak Url 2



http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/10/segmen-ucing-nak-url-2.html



Hi Blogger Kali ini Saya Nak Buat Segmen "Ucing Nak Url Bahagian 2" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 1.Bolehlah Menyertai Segmen ini.

Syarat-syarat nya Mudah :

1) Masukkan Email Anda Kekotak (Animasi Melalui Email Mudah) Tekan Subscribe dan Cek Email Anda   Aktifkan.
2) Buat Tajuk Post " Ucing Nak Url 2 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.



Saturday, 24 October 2015

Segmen: Jom Tingkatkan Followers



Assalamualaikum

 http://1.bp.blogspot.com/-BFk9oTZtZq8/VijWJU688hI/AAAAAAAABVM/q2FgNaYhK3Q/s640/tingkatkan.jpg

nak join klik bannner di atas

simple jee syarat dia dan ini memudahkan korang untuk join


rakan yang ditag

awak & awak


Blog Usrah Muslimah Solehah Kini Dirasmikan



Assalamualaikum



First of all Ieka nak minta maaf sangat-sangat dekat korang yang telah men-join-kan dalam segmen terbaru Ieka tapi Ieka terpaksa batal sebab tiada sambutan yang panas macam goreng pisang tak laku tapi jangan risau Ieka akan follow korang balik tau :*

Kedua Ieka ada cerita yang takdelah menarik sangat tapi cuma nak bagitahu.. KINI !! Blog Usrah Muslimah Solehah Dirasmikan.. tapi apa itu Usrah Muslimah Solehah eh? btw iya adalah satu medan dakwah yang disampaikan melalui group whatsapp dan media social etc. So kepada sesiapa yang berminat atau ingin menambahkan ilmu pengetahuan boleh lah usha-usha blog Usrah Muslimah Solehah ataupun sesiapa yang ingin menjadi ahli Usrah mereka bolehlah pm admin Usrah Muslimah Solehah dan yang paling penting anda PEREMPUAN !!



dan seratus peratus Ieka yang edit blog tersebut tapi masih suam-suam kuku nak belajar meng-edit dan dah lama tak bermain dengan coding.


apa tunggu lagi korang dialu-aluakan landing di

http://usrahmuslimahsolehah.blogspot.my/



Saturday, 10 October 2015

Segmen Blogwalking Hanis Masturina



Assalamualaikum

(maaf sebab dah lama tak update, bagi ruang penafasan untuk update ni ...)


http://2.bp.blogspot.com/-HR6PRy7Qxh4/VhVkbThCxiI/AAAAAAAAEG0/_bJGaE_akEc/s400/segmen%2Bblogwalking.png

KLIK BANNER UNTUK JOIN !!

Rakan yang ditag :-





Friday, 25 September 2015

Review Joho : Kilang Bateri Joho



Assalamualaikum




So Hello semua kita bertemu kembali dalam Travelog - Review Joho
Kali ini Ieka nak bawak readers yang berada di dalam negeri Johor ataupun diluar negeri Johor untuk singgah sebentar di Kilang Bateri..


Haaa Kilang Bateri? Pergi tengok bateri ke? Ada apa dekat sana?

Sabar! Sabar! Sabar! Ieka tahu korang semua excited nak tahu.. Baiklah Ieka nak cerita serba sedikit mengenai Kilang Bateri ini..

"Dulu asalnya memang kilang bateri Eveready tetapi telah diubah suai menjadi tempat yang unik untuk pendatang dari dalam negeri Johor mahupu luar negeri.. Tempat yang unik ini diubah suai menjadi tempat makan dan shopping.."

Dapat tak? Hehehe by the way Ieka dah pergi tiga kali dan kali ketiga ini dapat gambar full suasana di dalam kilang bateri tersebut dan jom cuci mata..






 Ieka datang sini sebab Ieka suka makan ice cream gulung dia ..


Chococip Mint & Kinder Buenno

Last but not least nak payung gambar sendiri "jangan cakap Ieka tak umbrella"




Baiklah kepada sesiapa teringin sangat nak pergi korang boleh rujuk alamat di bawah ..

Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru, Johor, Malaysia

Bagi yang terlepas dengan Travelog - Review Joho boleh klik dekat backlink tadi ataupun korang boleh pergi di bahagian "Travelog.." ok?


p/s : Kalau dah sampai sini jangan lupa kabo yaa hehehe




Thursday, 24 September 2015

Senarai URL Peserta Blogwalking Edisi Raya Haji



Assalamualaikum



Alhamdulillah selesai sudah segmen kita even tak dapat sambutan tak mengapa mungkin sebab takde tawaran ganjaran yang diberi, insyaAllah akan datang Ieka akan upgrade lagi dan kepada sembilan orang yang join Ieka nak ucap terima kasih :) dan Ieka akan terus meletakkan link blog korang di bloglist Ieka selama sebulan (25 SEPT 2015 - 25 OKT 2015) ..

Ieka dah nak buang balik segmen ni tapi tak apa kesian korang yang dah join dan maaf tak dapat sambutan. InsyaAllah lain kali Ieka buat lagi maybe ada hadiah misteri...


SENARAI URL BLOGGER

Tuesday, 22 September 2015

Segmen Blogwalking Edisi Raya Haji by Ieka Farhana


Assalamualaikum


Disebabkan cuti straight sampai Ahad jadi Ieka dengan rasmi hendak menganjurkan "SEGMEN BLOGWALKING by IEKA FARHANA EDISI RAYA HAJI..." 

Ieka tak meletakkan syarat yang banyak ..




Syarat-syarat :-

  • Terpulang sama ada nak follow blog Dunia Ieka Farhana .
  • Cuma tinggalkan link blog korang (cth : http://(link blog korang).blogspot.my) di ruangan komen di bawah dan Ieka tidak memerlukan korang membuat entry. Sebelum Ieka terlupa link blog yang ditinggalkan melalui chatbox TIDAK AKAN DILAYAN.
  • Tiada ganjaran hebat yang ditawarkan tapi untuk meningkatkan trafik blog.
  • Due Date : 23 Sept 2015 - 25 Sept 2015 
  • Tamat 25 Sept 2015 pada pukul 12 PM selepas pukul 12 PM tidak akan dilayan hehehe..
simplekan?

okay that's all

jumpa korang nanti !!!


Wordless Wednesday #18 - Lapar Pisang Goreng + Sambal Kicap



Assalamualaikum kalian




(sumber google)


Sedapnya kalau dapat "Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap.."

hehehe orang lapar daging korban kita lapar benda lain pulak hihihi


Saturday, 19 September 2015

GIVEAWAY RM200 BY MKHAI.COM 2015



Assalamualaikum kalian

[Klik banner di bawah untuk join]


 http://1.bp.blogspot.com/-8T5ZtAMjkA8/Ve5P_Ns0taI/AAAAAAAAAsI/SIA4nupfueA/s640/mkhaipage.jpg



PENGALAMAN PERTAMA SAYA berblogging sejak tahun 2011 ketika itu di tingkatan 4.. Puncanya? Dulu suka beli majalah "Yezz!" then ada satu segmen blog kalau tak silap. masa tu blog yang Ieka kenal Irine Nadia dan followlah blog dia sampai satu tahap nak ada blog sendiri. Makin lama Ieka main blog makin ramai Ieka kenal walaupun di alam maya tapi tak semua buat masa ini Ieka cuma jadi silent blogger tak pernah join memana event yang dianjurkan. Yang paling penting Kak Irine Nadia sumber inspirasi Dunia Ieka Farhana tercipta....

[ 100 Patah Perkataan ]


Terima Kasih NNA


5 RAKAN BLOG YANG DITAG :-









Friday, 18 September 2015

Umrah : Masjid An-Nabawi [Gambar]



Assalamualaikum kalian


Sebenarnya Ieka tengah pusing mencari idea yang makin hari makin kehausan idea mungkin akibat faktor umur kot hehehe.. Pusing punya pusing Ieka pun tengoklah desktop mungkin ada cerita menarik ke nak kongsi dengan kau orang. Yass!!! Jumpa juga cerita yang nak cerita dengan kau orang, actually cerita dah lapok sebab cerita 4 bulan lepas, sekarang baru ada masa nak update dan baru terhegeh-hegeh bukak gambar-gambar lama.

Baiklah 4 bulan yang lepas Ieka dan family menunaikan ibadah umrah pertama (wajib), alhamdulillah syukur terhadap kudrat illahi kami diberi kesempatan untuk menjadi tetamu mereka. Ieka mengambil agensi Andalusia dan seminggu sekali menghadirkan diri dalam kursus Umrah sampailah tiba masa nyaa (31 Mei 2015) due date kena flight away ke Jeddah. Bertolak pukul 2 petang waktu Malaysia dan sampai Jeddah pun 5 petang macam tuhlah dan buat pengetahuan semua dorang punya masa cuma lambat lima jam dengan malaysia, kalau malaysia siang sana malam. Baiklah Ieka skip perjalanan menuju ke Madinah, sebenarnya tak pernah terlintas difikiran pun akan menjejakkan kaki di sana. 

Entry pada malam ini Ieka cuma nak share gambar Masjid An-Nabawi.. Korang layan dulu gambar di bawah yang mana Ieka nak cerita nanti Ieka selitkan..



Di luar masjid An-Nabawi


Ketika melawat Raudah itu Makan Rasulullah SAW dengan sahabat baginda (Umar Al-Khattab dan Abu Bakar As-Siddiq)

Masa ni camera dekat ayah so kebanyakkan gambar di jemaah lelaki sahaja..


Suasana dalam Masjid



Selepas waktu Asar kubah masjid buka macam korang tengok dalam tv ini Ieka tengok secara live ..



Macam yang kau orang tengok dalam tv payung terbuka tertutup cuma Ieka tak sempat nak tengok payung tu buka tutup tahu-tahu dah buka tahu-tahu dah tutup hehehe..

  
bila malam menjelang ..

Last but not least



p/s : Minta maaf untuk entry yang ini sebab Ieka kena ingat balik apa berlaku sebelum, semasa dan selepas. InsyaAllah entry selepas ini mungkin Ieka akan cerita pengalaman di sana dan bagi Ieka masa hahaha...