HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Sunday, 15 February 2015

Barista In De' House - Wishlist






Sukuan abad meninggalkan diari harian
Tanpa disentuh ataupun diusik
Meskipun hanya lalu tidak menjamah sebaris ayat
Alasan yang sama sudah membusuk basi
Dan kini aku kembali untuk meniti hari yang hilang
- STUDENT2015


Assalamualaikum dan selamat malam agak lama menyepikan diri taktahu masih ada lagi readers ataupun dah lari ? Untuk entry pertama Ieka pada tahun 2015 ni dan masih lagi awal tahun Ieka nak ucap "SELAMAT TAHUN BARU" kepada semua orang yang masih mengenali diri Ieka dan terima kasih kerana sentiasa stay di sini even ramai dah lari dari blog Ieka hehehehe.. 

So gais untuk first entry kali ini, Ieka nak share something yang dimana semua suka kan coffee kan? As you don't know about me, Ieka pencinta coffee yang tegar dalam erti lain Ieka suka kafein. Ieka tahu kafein tak bagus untuk kesihatan but normally kalau shopping tak beli secawan air di starbucks or coffee bean or chat time or sewaktu dengannya memang hidup nak shopping tu tak sah..

Nak jadikan semalam Ieka ni suka berimaginasi dari dulu lagi tetiba terfikir something "ibu rasa kalau bukak barista laku tak?" macam tu lah bunyinya. Weh Barista tu kau rasa apa yang aku rasa?



//sumber pakcik gugel\\

tak ada masa Ieka nak geledah dapur orang semata-mata nak ambil gambar mesin ni hehe.. bayangkan alangkah damai dan aman menikmati secawan coffee dan coklat muffins di waktu hujan di sebuah cafe barista berhampiran tingkap.. Ishhh macam best kan?

Kenapa tetiba terfikir pasal barista? Kebiasaannya di IPTA mahupun IPTS kita akan dengar seni kulinari ataupun Hotel dan Katering apa yang Ieka tahu ramai sangat orang sudah menceburi bidang ini kalau ada rezeki Ieka nak belajar pasal Barista baru ada kelainan.. Mesti akan ada mulut membasi cakap "kau membazirkan duit semata-mata nak belajar buat coffee macamlah dekat rumah tak boleh.." pedulikan orang nak cakap dan Ieka harap Barista akan jadi wishlist Ieka pada tahun ini atau tahun seterusnya...

Orang cakap dekat mana kita berada mesti ada seni tersendiri dalam latte pon boleh lukisan halus...





Kekadang pernah terfikir macam mana dorang boleh mengambarkan sesuatu di dalam latte? well sebab itu Ieka nak belajar manalah tahu suatu hari nanti boleh bukak barista sendiri mungkin itu satu wishlist jugak..


so apa pendapat korang tentang barista?










No comments: