Follow Ieka @IekaFarhana

Saturday, 25 July 2015

Cats Cafe Jb

Saturday, July 25, 2015 7 Comments


Assalamualaikum dan Selamat Petang kalian semua ..




Ada sesiapa dikalangan reader pencinta kucing?
atau dikalangan reader sanggup pergi ke Korea sebab nak pergi ke Cats Cafe?


Haa Ieka ada cerita baik buat kau orang yang suka kucing ni


Kau orang yang menetap di Johor Bahru dialu-alukan datang ke Cats Cafe dan jangan risau bukan setakat sahaja kau orang boleh bermain dengan kucing tapi boleh makan di sana. Kau orang yang bukan di Johot Bahru pun bolehlah datang bertandang, nanti dah bertandang singgahlah rumah Ieka tau.

Apa yang Ieka tahu mereka akan mengeluarkan kucing itu mengikut masa dorang, So tak semualah kucing keluar dan kalau kau orang nak tahu lagi.


Info selanjutnya di http://catscafe.com.my/ dan https://www.facebook.com/catscafejb . Boleh cari insta @catscafejb







Cerpen : Andai Itu Jodoh Aku Terima

Saturday, July 25, 2015 4 Comments




Assalamualaikum


Before ini Ieka ada post "Andai Itu Jodoh Aku Terima Part 1 & 2" cuma sekarang ini Ieka nak repost balik mungkin ada sedikit Ieka edit bagi nampak lagi cantik dan meletup gitu dan kemungkinan juga tidak ada sebarang ciplak dari mana-mana novel yang di pasaran dalam kemungkinan juga tidak ada Part 1 atau 2 atau 3 atau 4.

_________________________________________________________________________________

ANDAI ITU JODOH AKU TERIMA

Kehidupan seorang remaja terlalu banyak pancaroba yang berliku-liku sehingga menyebabkan ramai remaja pada masa kini menghabiskan masa dengan benda yang tidak berfaedah. Ada dikalangan mereka sanggup mensia-siakan zaman remaja dengan begitu sahaja. Aku merupakan salah satu daripada mereka mujur aku cepat sedar kalau tidak mungkin aku akan pergi terlalu jauh dan mungkin juga aku akan menyakiti orang disekelilingku terutama Abbuya dan Bonda.

  "Kringggggggggggggggggg." loceng waktu rehat sudah tamat. Aku terus menutup diari yang aku sentiasa dibawa kemana-mana dan mengaturkan langkah dengan tersusun rapi. Sewaktu hendak menuju ke kelas aku tidak sengaja melalui di depan sekumpulan pelajar lelaki yang masih lagi melepak walaupun waktu rehat sudah tamat.

 "Akmal tak sangka Humaira yang kita kenal dulu tak semulia begini." Danial menghalang perjalananku sambil membelek tudung aku. "Ish apa ni taktahu malu ke sentuh anak dara orang." marahku terhadap perbuatan si Danial itu.

  "Alaa dulu masa Akmal sentuh kau.." belum sempat Danial hendak menghabiskan ayatnya, Akmal terus menghalang dan mengajak Danial masuk kelas. Aku pun turut memasuki ke kelas dengan perasaan marah lalu aku terus menghempas diari tadi dengan sepuas hati.

  "Astagfirullahaladzim, Humaira kenapa?" tanya Hanis yang pelik melihat aku. 
  "Tak ada apa-apalah." aku menjawab sambil mengeleng kepala.
  "Kalau kau ada masalah ceritalah dengan aku." pujuk Hanis tak puas hati dengan jawapan Humaira.

  "Assalamualaikum kelas.." Ustazah Nafisah terus masuk kelas dan Humaira merasa lega kerana dia tidak sempat membuka cerita. 

  "Baiklah semua mulai hari ini saya tidak mengajar kamu dalam subjek Pendidikan Agama Islam dan yang akan menggantikan saya seorang ustaz praktikal dari Kolej Universiti Islam Selangor. Ustaz boleh masuk." ketika Ustazah Nafisah menyuruh ustaz tersebut masuk semua mata memandang setiap geri ustaz itu kecuali Humaira yang tidak memandang langsung. Ustaz itu terus berjumpa Ustazah Nafisah menyerahkan dokumen dan selepas itu tinggallah seorang ustaz bersama anak muridnya.

 "Assalamualaikum semua nama diberi Muhammad Adib Ahlami Bin Zul, anda semua boleh memanggil saya Ustaz Ahlami dan saya akan mengajar kamu Pendidikan Agama Islam selama 3 bulan." suara yang lembut itu berjaya memikat hati pelajar perempuan di dalam kelas itu tetapi bukanlah perempuan yang bernama Humaira.

   "Baiklah untuk kelas sesi pertama kita pada pagi ini saya taknak mengajar dan saya nak kenal satu-persatu anak didik saya. Baiklah saya akan mula dulu, nama saya Muhammad Adib Ahlami Bin Zul boleh memanggil saya Ustaz Ahlami masih menuntut di Kolej Universiti Islam Selangor mengambil Diploma Penguruan (Pendidikan Islam) dan saya berasal dari Klang. Awak yang hujung sana bolehlah memperkenalkan diri." ustaz itu memperkenalkan dirinya panjang lebar kalau boleh sampai 350 patah perkataan tetapi keadaan masih sama semua pelajar tertarik dengan dia. Humaira terus menarik diarinya di laci meja sambil menulis dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

       Lelaki yang terakhir membuat aku sakit hati ialah Akmal...

  "Humaira giliran kau bangunlah.." Hanis mengoyangkan sedikit tubuh badanku itu kerana aku masih lagi leka menulis. Ada sahaja yang menganggunya ketika itu dan Humaira bangun dengan lambat terus memandang Ustaz Ahlami.

  "Sila memperkenalkan diri awak." ketika itu mata yang redup itu memandang tepat ke anak mataku, senyumannya yang tak lekang dibibirnya membuat hati berdegup dengan laju. Pada saat itu juga lidah tidak berfungsi seratus peratus dan aku hanya berdiri kaku tanpa sebarang reaksi tetapi ustaz masih lagi setia menunggu aku membuka mulut pada ketika itu ramai yang mengeluh dengan reaksiku masih tidak ada sebarang respon.

   "Aduh Maira kau membuang masa oranglah." ada suara sumbang yang memarahi aku. "Bersabar semua kita bagi dia masa." ustaz cuba menenangkan semua orang. Aku berdehem beberapa kali dan aku berharap sangat ketika itu aku dapat bercakap dengan lancar.

  "Maaf semua.." aku mencuba meminta maaf harap suara aku kembali sedia kala. "Nama saya Aisyah Humaira Binti Sulaiman, ustaz boleh panggil saya Humaira." aku memperkenalkan diri dan tidak bertentangan mata dengan ustaz.

    "MasyaAllah sungguh indah nama itu." ustaz memuji nama aku tidak semena pipi yang putih gebu ini menjadi merah tomato. "Kamu semua pernah dengar cerita pasal Siti Aisyah r.a?" ustaz memandang seluruh kelas dengan pelbagai respon ada.

    "Siti Aisyah r.a merupakan isteri Rasulullah yang ketiga tetapi siapakah Siti Aisyah r.a? Beliau merupakan puteri Saidina Abu Bakar As Siddiq dan beliau juga satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Beliau mendapat tempat yang paling agung di hati Rasulullah SAW dan Allah memuliakannya dengan menjadikan Siti Aisyah r.a seorang isteri yang terbaik di dunia. Sifat-sifat peribadi yang dimiliki oleh Siti Aisyah r.a tersangatlah mulia kerana beliau seorang yang rajin menuntut ilmu, memiliki akhlak yang molek sama macam tuannya, seorang yang lemah lembut dan memiliki sifat kepimpinan."

    "Ustaz ada syair Siti Aisyah r.a dan semua dengar baik-baik yaa.."

Wahai manusia tidak sekalipun mengenakan sutera
Yang tidak pernah sejeda punMembaringkan pada empuknya tilam 
Wahai kekasih yang telah meninggalkan dunia  
Ku tahu perutmu tidak pernah kenyang 
Dengan pulut lembut roti gandum 
Duhai yang lebih memilih tikar sebagai alas pembaringan 
Duhai yang tidak pernah terlelap sepanjang malam 
Kerana takutkan neraka Sa'ir

- SITI AISYAH R.A

   "Dan nama Nur Aisyah Humaira membawa maksud cahaya pemaisuri bahagia." Ustaz Ahlami memandang aku dengan 1001 satu senyuman.

Dua masa telah berlalu dan aku memula tertarik dengan sifat peribadinya yang penyabar dan murah dengan senyuman, ramai pelajar tak kira perempuan atau lelaki menyenangi Ustaz itu.


_________________________________________________________________________________



Dia hadir bagaikan cahaya ...
Cahaya yang cuba menyuluhi hati yang kelam ..


        Hari berganti hari kini sudah dua bulan Ustaz Ahlami mengajar kami Pendidikan Agama Islam, banyak kisah-kisah teladan yang kita boleh mengambil sebagai pengajaran. Pelbagai nasihat yang dinasihatkan sampailah aku berubah sedikit demi sedikit menjadi Nur Aisyah Humaira yang baru. Dahulunya Humaira terlalu jahil dengan dunianya sendiri sehingga hampir menggadaikan diri demi seorang lelaki yang belum tanpa ikatan yang sah, nasib baik Humaira tidak pergi terlalu jauh.

       Mungkin Allah menghantar Ustaz Ahlami untuk memperbaiki diriku yang jahil ini, terlalu banyak dorongan yang ustaz sama ada boleh diterima atau tak. Alhamdulillah setakat ini Humaira masih lagi boleh menerima baik buruk kalau ada salah ustaz jugalah yang selalu membetulkan.

       "Assalamualaikum Aisyah boleh ustaz duduk?" lelaki itu meminta izin untuk duduk bertentangan dengan Humaira.

      "Waalaikumsalam boleh silakan duduk." jawab Humaira sambil tersenyum tiada lagi versi gagap.

      "Kalau ustaz tanya Aisyah jangan marah yaa.." macam ada benda penting hendak ditanya tetapi meminta kepastian perempuan itu.

      "InsyaAllah kalau saya boleh jawab, saya akan jawab." 

      "Aisyah ada masalah dengan Danial dan Akmal? Sebab ustaz selalu perhatikan yang kamu kurang selesa apabila kamu berdepan dengan mereka." 

      "Haa tak ada apa-apalah ustaz." Humaira cuba mengelak soalan itu.

      "Tak apa kalau Aisyah taknak jawab tapi ambillah buku ni." ustaz meletakkan buku tersebut di atas meja.




    


      "La tahzan kerana cinta?" baca Humaira dengan intonasi perlahan.

     "Tahu tak apa maksudnya?" uztaz menyoal dan aku secepat mungkin terus menggelengkan kepala.

    "La tahzan bermaksud janganlah kamu bersedih, Inna' Allah Ma'ana bermaksud Allah berada disamping kamu. Awak baca jelah dulu sampai habis insyaAllah setiap jawapan akan terjawab, ustaz minta diri dulu Assalamualaikum." ustaz berlalu pergi tanpa menolehnya.

      Apa yang aku cari selama hari ini, alhamdulillah semua telah terjawab dan aku bersyukur sangat sebab mendapat ustaz sebaik Ustaz Ahlami tanpa dia siapalah aku sekarang. Kini aku baru menghabiskan pengajian di Jordan dan tinggal satu jam lagi akan berada di atas tanah air yang tercinta. Selesai mengangkat bagasi aku terus mencari kelibat orang tua yang aku rindu selama lima tahun di sana.

      "Assalamualaikum bonda, Maira rindu sangat dengan bonda." aku terus memeluk susuk tubuh yang sudah lama aku tidak memeluk.

       "Waalaikumsalam akhirnya kamu selamat sampai dan bonda bahagia sangat." bonda menyambut dengan penuh kerinduan yang tidak dapat dibendung lagi.

       "Abuya sihat? Maira rindu sangat dekat buya." Humaira terus menyalami abuyanya.

       "Alhamdulillah sihat. Sudahlah tu jom kita balik." 

      "Eh sekejap sebelum itu Humaira nak kenalkan sesorang." Humaira terus menghalang langkah kedua orang tuanya.

       "Ini Ustaz Adib Ahlami suami kepada Nur Aisyah Humaira dan menantu kepada Abuya dengan Bonda." Maira mengenalkan ustaz Ahlami kepada mereka.

        "InsyaAllah saya akan menjaga Maira macam mana abuya dan bonda jaga dia." alhamdulillah akhirnya keluarga Humaira dapat merestui hubungan halal mereka dan terselitlah wajah kebahagian masing-masing. Humaira menghulurkan sekeping kertas merah jambu kepada Ahlami.

Dahulunya hanya seorang pendidik kepada muridnya
Tetapi kini menjadi pendidik kepada keluarga
Terima kasih menerima siapa aku seadanya dan
Andai itu jodoh aku terima...


_________________________________________________________________________________

p/s : on the making my first novel "Ta'aruf Cinta" (berta'aruf sampailah bercinta...







Friday, 24 July 2015

Hijrah : Orang Timur Tengah Di Sebalik Niqab

Friday, July 24, 2015 3 Comments


Assalamualaikum kalian






Entry sebelum ini Ieka ada menulis pasal Hijrah : Niqab Experience bagi sesiapa yang belum baca bolehlah klik dekat situ. Baiklah dalam entry itu Ieka ada bagitahu Ieka baru saja menunaikan umrah wajib kebetulan juga Ieka ada benda menarik nak sharing dengan kau orang, bagi sesiapa yang sudah sampai ke sana atau belum ataupun baru pergi, pertama sekali setiap kali kau orang hendak menunaikan solat fardu di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram benda yang akan jadi menarik perhatian bila tengok sekumpulan perempuan arab berfesyen dan setiap fesyen itu membezakan mereka berasal di negari arab mana.


Sebelum itu Ieka belanja kau orang gambar di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.



Masjid Nabawi (tak curi mana-mana)


Masjidil Haram (tak curi mana-mana)

Mari kita mulakan btw entry ini Ieka credit to owner blog http://raudzahroslan.blogspot.com/


UTARA IRAQ SEMPADAN TURKI


Kau orang jangan takut bila nampak sekelompok masyarakat menconteng mukanya kerana wanita arab dari Utara Iraq ini suka menconteng tatoo di atas muka. Ada yang Ieka jumpa satu muka dia conteng tapi Ieka sendiri taktahu kenapa.

IRAN



Kebiasaanya perempuan arab yang datang dari Iran mereka akan memakai dua kain tudung yang berbeza yang berwarna hitam untuk mereka berjalan keluar rumah manakala pula kain bercorak untuk bersembahyang tetapi mereka ini sejenis kaum yang berfahaman dengan syiah.

Pengalaman Ieka di sana apabila melihat sekelompok perempuan arab Iran ini mereka akan menunaikan solat fardu Asar dan solat banyak-banyak. Disaat azan mahgrib berkumandang mereka akan pulang beramai-ramai dan pada firasat Ieka mungkin perempuan arab Iran tidak elok keluar sampai mahgrib kotlah tatau betul ke tidak hehehehe.


TURKI



Ieka suka dengan perempuan arab Turki bagi Ieka mereka tersangatlah peramah kekadang mereka melayan kita macam sudah lama berkenal, walaupun Ieka kurang berfasih bahasa arab dalam kumpulan mereka akan ada seorang yang fasih berbahasa inggeris akan translate dekat kawan-kawan dia apa yang sedang kita cuba sampaikan. Apa yang menariknya tentang mereka bukan setakat peramah dan mesra malah mereka suka membawa manisan seperti gula-gula dan sewaktu dengannya.


MESIR



Ieka masih belum berjumpa dengan wanita dari negeri Mesir sebab kata ukti Raudah mereka jarang melakukan umrah tetapi mereka akan datang di saat musim haji, apa yang Ieka tengok dari movie-movie indonesia wanita Mesir ini agak kasar dari perilakunya.


Last but not least....

SAUDI ARAB


Perempuan arab yang datang dari Saudi Arab kebanyakkan bergaya dan kaya, mereka suka menggunakan barangan branded. Mereka juga senang berkomunikasi dengan bangsa lain tapi dalam pertuturan bahasa inggeris.


Jangan ingat di negara Malaysia sahaja yang pelbagai budaya sedangkan negara arab pun ada mereka juga mempunyai bahasa loghat arab tersendiri dan Ieka harap one day bolehlah comunicate bahasa arab dengan orang sana sebab mereka tersangatlah peramah.

p/s : Ada sesiapa yang berminat Ieka share tips pergi umrah? atau share pengalaman ke sana? kalau berminat kau orang boleh meninggalkan komen di bawah yaa. Jangan malu jangan segan. hehe






Tuesday, 21 July 2015

Wordless Wednesday #17 : Novelista Coming Soon

Tuesday, July 21, 2015 4 Comments


Assalamualaikum




Kepada pembaca tegar "cerita pendek" aka "cerpen" ataupun "mini novel" insyaAllah page "Novelista" akan kembali update seperti biasa. Before this kebanyakkan post di bahagian "mini novel", "mini cerpen" sudah dipadam dan akan di repost semula. Kebanyakkan repost cuma penambah baik bagi lagi cantik dan sempurna. Buat masa ini Ieka sudah siapa satu cerita pendek dan akan di publish dalam pada masa terdekat ini. 






p/s : tunggu jangan tak tunggu ...




Wednesday, 15 July 2015

Ramadhan Aku Rindu

Wednesday, July 15, 2015 2 Comments


Assalamualaikum kalian





Hari in sudah masuk 29 Ramadhan 1436H akan melaburkan tirai apabila azan mahgrib berkumandang maka akan berakhirlah Ramadhan Ya Kareem. Semoga sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini kalian semua mendapat barakah, bukan setakat bulan Ramadhan sahaja tetapi di bulan-bulan yang lain juga.

Disini Ieka nak bagi puisi yang Ieka buat malam semalam

Tetamu itu mahu beransur pergi
Dia pergi tanpa dipeduli
Disaat muazzin melaungkan azan mahgrib kini mula menyedari
Dia hendak meninggalkan kita semua di sini
Tidak sempat menghalang dia sudah pergi
Jangan ditangisi bila dia tiada disisi lagi
Dia hanya menumpang 30 hari
30 hari terlalu bererti bagi sesiapa yang menghayati
Maka tamatlah sudah Ramadhan pada tahun ini
Agar kita dapat bertemu lagi


ikafarhana ....

Dengan ini Ieka mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari, seandainya ada tersilap kata terkasar bahasa moga kalian ampuni. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin..

Tuesday, 14 July 2015

Wordless Wednesday #16 - Template Baru

Tuesday, July 14, 2015 5 Comments

Assalamualaikum kalian


Jangan terkejut korang memang landing dalam blog Ieka Farhana..



Dah lama tak tukar template blog before ini kita guna perkhidmatan Kak Sheda Ucu memandangkan dia dah cuti raya lagipun Ieka suka tukar last minute dan kebetulan juga Ieka dah lama tak merasa hasil kerja NNA jadi malam semalam juga tanya dan terus bagi details alhamdulillah dengan cepat dan pantas pagi tadi dah siap.

Cuma tema kali ini Ieka nak bagi kematangan sikit dalam blog, apa mcm matang tak?


Tuesday, 7 July 2015

Hijrah : Niqab Experience

Tuesday, July 07, 2015 8 Comments

Assalamualaikum





Entry kita pada kali ini bukan mahu menunjuk ataupun riak cuma nak share experience on wearing niqab mungkin entry kali ini dapat menjadi rujukan bagi sesiapa yang mahu memulakan untuk berniqab tetapi dalam masa yang sama dia takut. Ini cuma pengalaman sahaja ye.


First of all


Aku bukanlah datang dari keluarga yang alim ulama bukan juga orang-orang warak ataupun datang dalam kalangan ustaz atau ustazah dan cukuplah sekadar tahu basic agama alhamdulillah.

Aku juga bukan bersekolah Tahfiz atau Mahaad tetapi pernahlah bersekolah tadika agama "Pasti Al-Mahdi" dan bersekolah rendah agama itupun masa darjah 4 aku repeat sebanyak 3 kali dan dapat jugalah merasa naik darjah 5 tapi dipertengahan jalan saja. Di sekolah menengah aku tak ada lah nak score A++ dalam Pendidikan Agama Islam cuma kalau menghafal surah insyaAllah aku boleh.

Dan tipulah kalau aku sendiri tak ada kisah silam, masa tu tengah jahil lagi dan dunia remaja terlalu banyak cabaran. Orang sibuk nak couple, aku pun sibuk nak couple tapi itu dululah masa tiga tahun lepas, sekarang nak couple pun aku fikir dua tiga kali. Tudung memang on off bila depan keluarga bertudung tetapi di depan kawan atau boyfriend masyaAllah hanya tuhan sahaja yang tahu. Pakai tudung pun singkat dan tudung labuh cuma pandang tepi.

Sehinggalah satu hari aku terpandang seorang wanita yang menutupi mukanya dengan sehelai kain hitam pada saat itu hati terdetik "MasyaAllah tenangnya." Kemudian aku berjumpa lagi dengan wanita-wanita itu seperti itu dan hati masih berkata "Ya tuhan jadikan aku salah satu daripada mereka." tapi tak kesampaian lagi.

Tahun ini ibu dan ayah buat suprise nak buat umrah wajib satu keluarga jadi aku gunakan peluang ini untuk berniqab. Aku masuk kedai yang menjual peralatan umrah dan haji, masa itu aku terpandang sehelai kain hitam lalu aku terus menanya owner kedai yang aku panggil sebagai ummi "ummi niqab ini berapa?" dan ummi jawablah harga dia sambil menyarungkan niqab di muka setelah selesai disarung aku terus memandang wajahku dicermin masa itu juga hati aku sebak "Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini sudah lama mahu menjadi seperti ini akan tetapi tidak ada rezeki lagi." tuhan je tahu perasaan kita macam mana waktu tu.

Semasa di Madinah aku memang dah nekad sampai sahaja di airport Jeddah aku akan menyarungkan kain hitam ini ke muka alhamdulillah sepanjang di Madinah aku pakai nak makan pun aku pakai dan cuma di Mekah sahaja aku on off sebab kita kan nak buat umrah jadi muka tak boleh ditutup.

Dan kau orang nak tahu tak bila balik ke Malaysia benda yang aku paling rindu sekali adalah untuk berniqab. Aku cuba juga untuk keluar ke sini berniqab tetapi ibu melarang dan aku sangat marah pada ketika itu "susah sangat ke nak jadi baik?" aku tahu kenapa ibu tak kasi aku pakai  mesti ada sebab  diantara sebabnya aku harus memperbetulkan niat aku dahulu dan kena memperbaiki diri lagi.
Aku berharap one day aku dapat menyarungkan semula kain hitam itu di atas muka ini.


Sunday, 5 July 2015

Semberani Part 1 & 2

Sunday, July 05, 2015 0 Comments

Assalamualaikum



Apa itu semberani? Apa keistimewaan semberani ni? 

Baiklah kau orang sekalian malam ini Ieka nak share something tatau sama ada kau orang pernah layan ke tak video ini tetapi bagi siapa belum tengok jom kita layan. Actually video ini dah lama 10 bulan yang lepas memang best!!

Terbitan : Ustaz Kreatif Malaysia & Prisma Creative Media (PCM)
GenreSilent Movie, Fantasy, Sains Fiksye, Cinta Islamik


SEMBERANI PART 1 - SINOPSIS & VIDEO

SEMBERANI atau nama lain baginya adalah besi berani dalam bahasa inggerisnya magnet adalah sebuah filem pendek yang menampilkan watak seorang pemuda Fanatik dengan SEMBERANI. Perkara itu menyebabkan pemuda ini sehingga dia menjadikan SEMBERANI sebagai alat untuk mendapatkan cinta pandang pertama. Tetapi segalanya dengan kuasa Allah, Ratu hidupnya bukanlah cinta berasaskan kuasa SEMBERANI. Watak yang ditampilkan seorang pemuda dan Dua orang srikandi. Segalanya bermula apabila dia melalui sebuah pondok yang penuh dengan kenangan lalunya.




SEMBERANI PART 1 - SINOPSIS & VIDEO (SAMBUNGAN PART 1)

MAGNET menjadi senjata utama dalam menarik perhatian bidadari idaman hati. Namun, Athif gagal dalam memiliki malah sebaliknya, dijauhi Izyan. Tanpa Athif sedar ada insan yang sentiasa memerhati iaitu Ayu. Pelbagai dugaan & rintangan yang dihadapi, namun tetap berharap keajaiban TAKDIR dari Illahi. Apakah bisa cinta Athif sesuci cinta Agung antara Saidina Ali dan Puteri baginda, Saidatina Fatimah? Biarpun memendam rasa JODOH tetap menjadi milik mereka. Berjayakah Athif dalam memiliki cinta bidadarinya?



Apa macam ada best kah?