HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Saturday, 25 July 2015

Cerpen : Andai Itu Jodoh Aku Terima





Assalamualaikum


Before ini Ieka ada post "Andai Itu Jodoh Aku Terima Part 1 & 2" cuma sekarang ini Ieka nak repost balik mungkin ada sedikit Ieka edit bagi nampak lagi cantik dan meletup gitu dan kemungkinan juga tidak ada sebarang ciplak dari mana-mana novel yang di pasaran dalam kemungkinan juga tidak ada Part 1 atau 2 atau 3 atau 4.

_________________________________________________________________________________

ANDAI ITU JODOH AKU TERIMA

Kehidupan seorang remaja terlalu banyak pancaroba yang berliku-liku sehingga menyebabkan ramai remaja pada masa kini menghabiskan masa dengan benda yang tidak berfaedah. Ada dikalangan mereka sanggup mensia-siakan zaman remaja dengan begitu sahaja. Aku merupakan salah satu daripada mereka mujur aku cepat sedar kalau tidak mungkin aku akan pergi terlalu jauh dan mungkin juga aku akan menyakiti orang disekelilingku terutama Abbuya dan Bonda.

  "Kringggggggggggggggggg." loceng waktu rehat sudah tamat. Aku terus menutup diari yang aku sentiasa dibawa kemana-mana dan mengaturkan langkah dengan tersusun rapi. Sewaktu hendak menuju ke kelas aku tidak sengaja melalui di depan sekumpulan pelajar lelaki yang masih lagi melepak walaupun waktu rehat sudah tamat.

 "Akmal tak sangka Humaira yang kita kenal dulu tak semulia begini." Danial menghalang perjalananku sambil membelek tudung aku. "Ish apa ni taktahu malu ke sentuh anak dara orang." marahku terhadap perbuatan si Danial itu.

  "Alaa dulu masa Akmal sentuh kau.." belum sempat Danial hendak menghabiskan ayatnya, Akmal terus menghalang dan mengajak Danial masuk kelas. Aku pun turut memasuki ke kelas dengan perasaan marah lalu aku terus menghempas diari tadi dengan sepuas hati.

  "Astagfirullahaladzim, Humaira kenapa?" tanya Hanis yang pelik melihat aku. 
  "Tak ada apa-apalah." aku menjawab sambil mengeleng kepala.
  "Kalau kau ada masalah ceritalah dengan aku." pujuk Hanis tak puas hati dengan jawapan Humaira.

  "Assalamualaikum kelas.." Ustazah Nafisah terus masuk kelas dan Humaira merasa lega kerana dia tidak sempat membuka cerita. 

  "Baiklah semua mulai hari ini saya tidak mengajar kamu dalam subjek Pendidikan Agama Islam dan yang akan menggantikan saya seorang ustaz praktikal dari Kolej Universiti Islam Selangor. Ustaz boleh masuk." ketika Ustazah Nafisah menyuruh ustaz tersebut masuk semua mata memandang setiap geri ustaz itu kecuali Humaira yang tidak memandang langsung. Ustaz itu terus berjumpa Ustazah Nafisah menyerahkan dokumen dan selepas itu tinggallah seorang ustaz bersama anak muridnya.

 "Assalamualaikum semua nama diberi Muhammad Adib Ahlami Bin Zul, anda semua boleh memanggil saya Ustaz Ahlami dan saya akan mengajar kamu Pendidikan Agama Islam selama 3 bulan." suara yang lembut itu berjaya memikat hati pelajar perempuan di dalam kelas itu tetapi bukanlah perempuan yang bernama Humaira.

   "Baiklah untuk kelas sesi pertama kita pada pagi ini saya taknak mengajar dan saya nak kenal satu-persatu anak didik saya. Baiklah saya akan mula dulu, nama saya Muhammad Adib Ahlami Bin Zul boleh memanggil saya Ustaz Ahlami masih menuntut di Kolej Universiti Islam Selangor mengambil Diploma Penguruan (Pendidikan Islam) dan saya berasal dari Klang. Awak yang hujung sana bolehlah memperkenalkan diri." ustaz itu memperkenalkan dirinya panjang lebar kalau boleh sampai 350 patah perkataan tetapi keadaan masih sama semua pelajar tertarik dengan dia. Humaira terus menarik diarinya di laci meja sambil menulis dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

       Lelaki yang terakhir membuat aku sakit hati ialah Akmal...

  "Humaira giliran kau bangunlah.." Hanis mengoyangkan sedikit tubuh badanku itu kerana aku masih lagi leka menulis. Ada sahaja yang menganggunya ketika itu dan Humaira bangun dengan lambat terus memandang Ustaz Ahlami.

  "Sila memperkenalkan diri awak." ketika itu mata yang redup itu memandang tepat ke anak mataku, senyumannya yang tak lekang dibibirnya membuat hati berdegup dengan laju. Pada saat itu juga lidah tidak berfungsi seratus peratus dan aku hanya berdiri kaku tanpa sebarang reaksi tetapi ustaz masih lagi setia menunggu aku membuka mulut pada ketika itu ramai yang mengeluh dengan reaksiku masih tidak ada sebarang respon.

   "Aduh Maira kau membuang masa oranglah." ada suara sumbang yang memarahi aku. "Bersabar semua kita bagi dia masa." ustaz cuba menenangkan semua orang. Aku berdehem beberapa kali dan aku berharap sangat ketika itu aku dapat bercakap dengan lancar.

  "Maaf semua.." aku mencuba meminta maaf harap suara aku kembali sedia kala. "Nama saya Aisyah Humaira Binti Sulaiman, ustaz boleh panggil saya Humaira." aku memperkenalkan diri dan tidak bertentangan mata dengan ustaz.

    "MasyaAllah sungguh indah nama itu." ustaz memuji nama aku tidak semena pipi yang putih gebu ini menjadi merah tomato. "Kamu semua pernah dengar cerita pasal Siti Aisyah r.a?" ustaz memandang seluruh kelas dengan pelbagai respon ada.

    "Siti Aisyah r.a merupakan isteri Rasulullah yang ketiga tetapi siapakah Siti Aisyah r.a? Beliau merupakan puteri Saidina Abu Bakar As Siddiq dan beliau juga satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Beliau mendapat tempat yang paling agung di hati Rasulullah SAW dan Allah memuliakannya dengan menjadikan Siti Aisyah r.a seorang isteri yang terbaik di dunia. Sifat-sifat peribadi yang dimiliki oleh Siti Aisyah r.a tersangatlah mulia kerana beliau seorang yang rajin menuntut ilmu, memiliki akhlak yang molek sama macam tuannya, seorang yang lemah lembut dan memiliki sifat kepimpinan."

    "Ustaz ada syair Siti Aisyah r.a dan semua dengar baik-baik yaa.."

Wahai manusia tidak sekalipun mengenakan sutera
Yang tidak pernah sejeda punMembaringkan pada empuknya tilam 
Wahai kekasih yang telah meninggalkan dunia  
Ku tahu perutmu tidak pernah kenyang 
Dengan pulut lembut roti gandum 
Duhai yang lebih memilih tikar sebagai alas pembaringan 
Duhai yang tidak pernah terlelap sepanjang malam 
Kerana takutkan neraka Sa'ir

- SITI AISYAH R.A

   "Dan nama Nur Aisyah Humaira membawa maksud cahaya pemaisuri bahagia." Ustaz Ahlami memandang aku dengan 1001 satu senyuman.

Dua masa telah berlalu dan aku memula tertarik dengan sifat peribadinya yang penyabar dan murah dengan senyuman, ramai pelajar tak kira perempuan atau lelaki menyenangi Ustaz itu.


_________________________________________________________________________________



Dia hadir bagaikan cahaya ...
Cahaya yang cuba menyuluhi hati yang kelam ..


        Hari berganti hari kini sudah dua bulan Ustaz Ahlami mengajar kami Pendidikan Agama Islam, banyak kisah-kisah teladan yang kita boleh mengambil sebagai pengajaran. Pelbagai nasihat yang dinasihatkan sampailah aku berubah sedikit demi sedikit menjadi Nur Aisyah Humaira yang baru. Dahulunya Humaira terlalu jahil dengan dunianya sendiri sehingga hampir menggadaikan diri demi seorang lelaki yang belum tanpa ikatan yang sah, nasib baik Humaira tidak pergi terlalu jauh.

       Mungkin Allah menghantar Ustaz Ahlami untuk memperbaiki diriku yang jahil ini, terlalu banyak dorongan yang ustaz sama ada boleh diterima atau tak. Alhamdulillah setakat ini Humaira masih lagi boleh menerima baik buruk kalau ada salah ustaz jugalah yang selalu membetulkan.

       "Assalamualaikum Aisyah boleh ustaz duduk?" lelaki itu meminta izin untuk duduk bertentangan dengan Humaira.

      "Waalaikumsalam boleh silakan duduk." jawab Humaira sambil tersenyum tiada lagi versi gagap.

      "Kalau ustaz tanya Aisyah jangan marah yaa.." macam ada benda penting hendak ditanya tetapi meminta kepastian perempuan itu.

      "InsyaAllah kalau saya boleh jawab, saya akan jawab." 

      "Aisyah ada masalah dengan Danial dan Akmal? Sebab ustaz selalu perhatikan yang kamu kurang selesa apabila kamu berdepan dengan mereka." 

      "Haa tak ada apa-apalah ustaz." Humaira cuba mengelak soalan itu.

      "Tak apa kalau Aisyah taknak jawab tapi ambillah buku ni." ustaz meletakkan buku tersebut di atas meja.




    


      "La tahzan kerana cinta?" baca Humaira dengan intonasi perlahan.

     "Tahu tak apa maksudnya?" uztaz menyoal dan aku secepat mungkin terus menggelengkan kepala.

    "La tahzan bermaksud janganlah kamu bersedih, Inna' Allah Ma'ana bermaksud Allah berada disamping kamu. Awak baca jelah dulu sampai habis insyaAllah setiap jawapan akan terjawab, ustaz minta diri dulu Assalamualaikum." ustaz berlalu pergi tanpa menolehnya.

      Apa yang aku cari selama hari ini, alhamdulillah semua telah terjawab dan aku bersyukur sangat sebab mendapat ustaz sebaik Ustaz Ahlami tanpa dia siapalah aku sekarang. Kini aku baru menghabiskan pengajian di Jordan dan tinggal satu jam lagi akan berada di atas tanah air yang tercinta. Selesai mengangkat bagasi aku terus mencari kelibat orang tua yang aku rindu selama lima tahun di sana.

      "Assalamualaikum bonda, Maira rindu sangat dengan bonda." aku terus memeluk susuk tubuh yang sudah lama aku tidak memeluk.

       "Waalaikumsalam akhirnya kamu selamat sampai dan bonda bahagia sangat." bonda menyambut dengan penuh kerinduan yang tidak dapat dibendung lagi.

       "Abuya sihat? Maira rindu sangat dekat buya." Humaira terus menyalami abuyanya.

       "Alhamdulillah sihat. Sudahlah tu jom kita balik." 

      "Eh sekejap sebelum itu Humaira nak kenalkan sesorang." Humaira terus menghalang langkah kedua orang tuanya.

       "Ini Ustaz Adib Ahlami suami kepada Nur Aisyah Humaira dan menantu kepada Abuya dengan Bonda." Maira mengenalkan ustaz Ahlami kepada mereka.

        "InsyaAllah saya akan menjaga Maira macam mana abuya dan bonda jaga dia." alhamdulillah akhirnya keluarga Humaira dapat merestui hubungan halal mereka dan terselitlah wajah kebahagian masing-masing. Humaira menghulurkan sekeping kertas merah jambu kepada Ahlami.

Dahulunya hanya seorang pendidik kepada muridnya
Tetapi kini menjadi pendidik kepada keluarga
Terima kasih menerima siapa aku seadanya dan
Andai itu jodoh aku terima...


_________________________________________________________________________________

p/s : on the making my first novel "Ta'aruf Cinta" (berta'aruf sampailah bercinta...







4 comments:

PeRdU cINta said...

Best..

Ieka Farhana said...

@PeRdU cINta dah habis perah otak ni hahahaha

hujan rintik said...

nice blog !

Naseha Aika said...

bagus2! Nas tunggu novel akak pulak.. buat sweet2 tau! hehe.. Nas pun ade buat novel gak.. kalau ada masa terluang, dtglh jenguk kat blog Nas. Tekan kat pages Karyaku. Pastu pilihlah 'Jodohkah Kita?' kalau akak nak baca yang satu lagi tu boleh jugak.. cume tak best sgt.. hehe. tpi tulah, still dlm pembikinan.. hehe..

http://nasihattermasyhur.blogspot.com