HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Tuesday, 7 July 2015

Hijrah : Niqab Experience


Assalamualaikum





Entry kita pada kali ini bukan mahu menunjuk ataupun riak cuma nak share experience on wearing niqab mungkin entry kali ini dapat menjadi rujukan bagi sesiapa yang mahu memulakan untuk berniqab tetapi dalam masa yang sama dia takut. Ini cuma pengalaman sahaja ye.


First of all


Aku bukanlah datang dari keluarga yang alim ulama bukan juga orang-orang warak ataupun datang dalam kalangan ustaz atau ustazah dan cukuplah sekadar tahu basic agama alhamdulillah.

Aku juga bukan bersekolah Tahfiz atau Mahaad tetapi pernahlah bersekolah tadika agama "Pasti Al-Mahdi" dan bersekolah rendah agama itupun masa darjah 4 aku repeat sebanyak 3 kali dan dapat jugalah merasa naik darjah 5 tapi dipertengahan jalan saja. Di sekolah menengah aku tak ada lah nak score A++ dalam Pendidikan Agama Islam cuma kalau menghafal surah insyaAllah aku boleh.

Dan tipulah kalau aku sendiri tak ada kisah silam, masa tu tengah jahil lagi dan dunia remaja terlalu banyak cabaran. Orang sibuk nak couple, aku pun sibuk nak couple tapi itu dululah masa tiga tahun lepas, sekarang nak couple pun aku fikir dua tiga kali. Tudung memang on off bila depan keluarga bertudung tetapi di depan kawan atau boyfriend masyaAllah hanya tuhan sahaja yang tahu. Pakai tudung pun singkat dan tudung labuh cuma pandang tepi.

Sehinggalah satu hari aku terpandang seorang wanita yang menutupi mukanya dengan sehelai kain hitam pada saat itu hati terdetik "MasyaAllah tenangnya." Kemudian aku berjumpa lagi dengan wanita-wanita itu seperti itu dan hati masih berkata "Ya tuhan jadikan aku salah satu daripada mereka." tapi tak kesampaian lagi.

Tahun ini ibu dan ayah buat suprise nak buat umrah wajib satu keluarga jadi aku gunakan peluang ini untuk berniqab. Aku masuk kedai yang menjual peralatan umrah dan haji, masa itu aku terpandang sehelai kain hitam lalu aku terus menanya owner kedai yang aku panggil sebagai ummi "ummi niqab ini berapa?" dan ummi jawablah harga dia sambil menyarungkan niqab di muka setelah selesai disarung aku terus memandang wajahku dicermin masa itu juga hati aku sebak "Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini sudah lama mahu menjadi seperti ini akan tetapi tidak ada rezeki lagi." tuhan je tahu perasaan kita macam mana waktu tu.

Semasa di Madinah aku memang dah nekad sampai sahaja di airport Jeddah aku akan menyarungkan kain hitam ini ke muka alhamdulillah sepanjang di Madinah aku pakai nak makan pun aku pakai dan cuma di Mekah sahaja aku on off sebab kita kan nak buat umrah jadi muka tak boleh ditutup.

Dan kau orang nak tahu tak bila balik ke Malaysia benda yang aku paling rindu sekali adalah untuk berniqab. Aku cuba juga untuk keluar ke sini berniqab tetapi ibu melarang dan aku sangat marah pada ketika itu "susah sangat ke nak jadi baik?" aku tahu kenapa ibu tak kasi aku pakai  mesti ada sebab  diantara sebabnya aku harus memperbetulkan niat aku dahulu dan kena memperbaiki diri lagi.
Aku berharap one day aku dapat menyarungkan semula kain hitam itu di atas muka ini.


8 comments:

Sofu Hashim said...

Teruskan istiqamah mu
InsyaAllah...dipermudahkan segalanya

Farah Waheda Wahid said...

In Shaa Allah, mudah-mudahan...terima kasih di atas perkongsian pengalaman yang sungguh bermakna ini...

Ieka Farhana said...

@Sofu Hashim insyaAllah terimakasih :)

Ieka Farhana said...

@Farah Waheda Wahid sama sama

yong norliza said...

moga allah permudahkan smuanya ;)

Ieka Farhana said...

@yong norliza aamin :D

Anisyamir Leejo said...

In Shaa Allah semoga Allah permudahkan. Saya pun teringin nak berniqab dan suka tengok orang berniqab. Memang nampak tertutup dan tenang sangat :)

(http://anies-msletoes.blogspot.com/)

Siti Badariah Baharin said...

saya pun sangat suka tengok orang berniqab..insyaAllah satu hari nanti..