HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Friday, 24 July 2015

Hijrah : Orang Timur Tengah Di Sebalik Niqab



Assalamualaikum kalian






Entry sebelum ini Ieka ada menulis pasal Hijrah : Niqab Experience bagi sesiapa yang belum baca bolehlah klik dekat situ. Baiklah dalam entry itu Ieka ada bagitahu Ieka baru saja menunaikan umrah wajib kebetulan juga Ieka ada benda menarik nak sharing dengan kau orang, bagi sesiapa yang sudah sampai ke sana atau belum ataupun baru pergi, pertama sekali setiap kali kau orang hendak menunaikan solat fardu di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram benda yang akan jadi menarik perhatian bila tengok sekumpulan perempuan arab berfesyen dan setiap fesyen itu membezakan mereka berasal di negari arab mana.


Sebelum itu Ieka belanja kau orang gambar di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.



Masjid Nabawi (tak curi mana-mana)


Masjidil Haram (tak curi mana-mana)

Mari kita mulakan btw entry ini Ieka credit to owner blog http://raudzahroslan.blogspot.com/


UTARA IRAQ SEMPADAN TURKI


Kau orang jangan takut bila nampak sekelompok masyarakat menconteng mukanya kerana wanita arab dari Utara Iraq ini suka menconteng tatoo di atas muka. Ada yang Ieka jumpa satu muka dia conteng tapi Ieka sendiri taktahu kenapa.

IRAN



Kebiasaanya perempuan arab yang datang dari Iran mereka akan memakai dua kain tudung yang berbeza yang berwarna hitam untuk mereka berjalan keluar rumah manakala pula kain bercorak untuk bersembahyang tetapi mereka ini sejenis kaum yang berfahaman dengan syiah.

Pengalaman Ieka di sana apabila melihat sekelompok perempuan arab Iran ini mereka akan menunaikan solat fardu Asar dan solat banyak-banyak. Disaat azan mahgrib berkumandang mereka akan pulang beramai-ramai dan pada firasat Ieka mungkin perempuan arab Iran tidak elok keluar sampai mahgrib kotlah tatau betul ke tidak hehehehe.


TURKI



Ieka suka dengan perempuan arab Turki bagi Ieka mereka tersangatlah peramah kekadang mereka melayan kita macam sudah lama berkenal, walaupun Ieka kurang berfasih bahasa arab dalam kumpulan mereka akan ada seorang yang fasih berbahasa inggeris akan translate dekat kawan-kawan dia apa yang sedang kita cuba sampaikan. Apa yang menariknya tentang mereka bukan setakat peramah dan mesra malah mereka suka membawa manisan seperti gula-gula dan sewaktu dengannya.


MESIR



Ieka masih belum berjumpa dengan wanita dari negeri Mesir sebab kata ukti Raudah mereka jarang melakukan umrah tetapi mereka akan datang di saat musim haji, apa yang Ieka tengok dari movie-movie indonesia wanita Mesir ini agak kasar dari perilakunya.


Last but not least....

SAUDI ARAB


Perempuan arab yang datang dari Saudi Arab kebanyakkan bergaya dan kaya, mereka suka menggunakan barangan branded. Mereka juga senang berkomunikasi dengan bangsa lain tapi dalam pertuturan bahasa inggeris.


Jangan ingat di negara Malaysia sahaja yang pelbagai budaya sedangkan negara arab pun ada mereka juga mempunyai bahasa loghat arab tersendiri dan Ieka harap one day bolehlah comunicate bahasa arab dengan orang sana sebab mereka tersangatlah peramah.

p/s : Ada sesiapa yang berminat Ieka share tips pergi umrah? atau share pengalaman ke sana? kalau berminat kau orang boleh meninggalkan komen di bawah yaa. Jangan malu jangan segan. hehe






3 comments:

Siti Badariah Baharin said...

senanglah saya nak bezakan orang2 arab ni asal dari mana bila dah baca entri ni..

PeRdU cINta said...

Nice sharing ni..

nor azman said...

terbaikklah..hehe