HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Wednesday, 15 July 2015

Ramadhan Aku Rindu



Assalamualaikum kalian





Hari in sudah masuk 29 Ramadhan 1436H akan melaburkan tirai apabila azan mahgrib berkumandang maka akan berakhirlah Ramadhan Ya Kareem. Semoga sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini kalian semua mendapat barakah, bukan setakat bulan Ramadhan sahaja tetapi di bulan-bulan yang lain juga.

Disini Ieka nak bagi puisi yang Ieka buat malam semalam

Tetamu itu mahu beransur pergi
Dia pergi tanpa dipeduli
Disaat muazzin melaungkan azan mahgrib kini mula menyedari
Dia hendak meninggalkan kita semua di sini
Tidak sempat menghalang dia sudah pergi
Jangan ditangisi bila dia tiada disisi lagi
Dia hanya menumpang 30 hari
30 hari terlalu bererti bagi sesiapa yang menghayati
Maka tamatlah sudah Ramadhan pada tahun ini
Agar kita dapat bertemu lagi


ikafarhana ....

Dengan ini Ieka mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari, seandainya ada tersilap kata terkasar bahasa moga kalian ampuni. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin..

2 comments:

PeRdU cINta said...

Sedihkan..moga kita bertemu lagi ramadhan tahun hadapan..

Ieka Farhana said...

@PeRdU cINta insyaallah kalau ada dipanjangkan umur :)