BEST ENTRY - 4th Years Anniversary


Assalamualaikum kalian semua


Dalam sedar separuh tak sedar usia blog Dunia IekaFarhana tepat masuk 4 tahun...
Semangat nak ada blog tu memang dah lama...
Now Ieka dapat blog Ieka sendiri hasil atas titik peluh mahsam mahsyen..
Tanpa membuang masa Ieka just nak review 3 best entry sepanjang 4 tahun ini ..

Nak tahu yang mana akan menjadi pilihan di hati?

Sila baca sampai habis yaa ...



"malas nak edit cuma cari gambar sekadar hiasan boleh?"




 https://3.bp.blogspot.com/-0cDD0k6vWzw/VdHZJRaYmfI/AAAAAAAAEX0/iJYoECs46uo/s640/1.png


Asal dengar perkataan 'pilot' mesti terbayang "woahhh mesti handsome and sado macam Zul Arrifin" kan? kan? tapi pada realiti disebaliknya. Apa yang korang baca dalam novel atau drama itu hanya imaginasi seorang pencerita yang hanya menghidupkan watak si hero. Dulu Ieka berangan-angan nak bersuamikan pilot, kelakar kan? tapi masa tu umur tak cukup matang nak fikir dan ada jee tiap hari kapal terbang nak lalu mesti Ieka cakap "jodoh aku dekat sanaa" sambil memandang langit dan memejam mata hahaha. Siapa tak nak kahwin dengan pilot kan? Orang gila pun nak Ieka rasa ... So bagi sesiapa nak baca cerita angan-angan mak jenin boleh laa click dekat gamba entry di atas..

 https://1.bp.blogspot.com/-mR62E4wRugg/VdHciQk-jMI/AAAAAAAAEYA/Iz8uE74dapg/s640/2.png


Sampai sekarang Ieka masih lagi takut dengan dua benda vakum dan mesin basuh manual. Kenapa fobia? boleh click gambar di atas untuk membaca kisah selanjutnya. Ieka ada tertinggal satu benda, fobia ayam. Dulu masa nak pergi sekolah tadika tunggu pakcik van datang then ada rumah india tu bela laa ayam, Ieka ni suka sergah ayam tau then tetiba ayam tu datang sambil nak patuk Ieka masa tu Ieka dah panjat pagar rumah sambil jerit "ibuuuu bukak pintu takut ayam.." yang Puan Ibu hanya melihat dari dalam sambil ketawa dan sejak dari haritu Ieka tak berani nak kacau ayam kalau makan ayam takde masalah haha. Last Ieka takut nak cross longkang sebabnya dulu masa sem 1 Ieka ni hyper sangat sampai tisu lutut terkoyak sejak haritu Ieka sentiasa hati-hati nak cross longkang iyelah takut pisang berbuah dua kali.


Last but not least ....

 https://1.bp.blogspot.com/-UKPk1AMEbyI/VdHfFKpBaEI/AAAAAAAAEYM/ouBOXNVpmA0/s640/3.png



Dulu-dulu masa lepasan SPM memang tak terbuka hati nak bekerja dan sekarang tengah praktikal so semangat nak bekerja tu lain. Mimpi dah jadi kenyataan sekarang kau duduklah depan laptop sampai biru sebab tiap hari tengok ip address bukan main coding hahaha. Bagi sesiapa yang nak baca kisah selanjutnya bolehlah click di gambar..

Alhamdulillah itu sahaja best entry sepanjang 4 tahun, Ieka pilih bukan ikut ranking viewers tapi pilih atas ikut hati sendiri hahaha.. Semoga Ieka terus kipidap dalam dunia blogging yang penuh cabaran kalau tersilap tulis silap haribulan kena masuk mahkamah.



3 orang komen :

PeRdU cINta said...

Moga terus mewarnai dunia blogging ini dengan perkongsian yang bermanfaat..

Ieka Farhana said...

@PeRdU cINta Okayyy :D

Eintan Nurfuzie said...

jalan2 sni.. the best entry ya?