HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Friday, 14 August 2015

Tips For Practical Student


Assalamualaikum dan selamat petang






Untuk makluman yang belum tahu atau sudah tahu (macam ada orang kesah) sekarang Ieka sedang menjalani latihan industri di salah satu jabatan kerajaan (ayat final report --) atau dalam bahasa pasarnya praktikal. 


Baiklah entry Ieka pada petang ini cuma nak kongsi pengalaman sebagai pelajar praktikal, mungkin tips ini boleh menjadikan panduan bagi yang bakal menjalani latihan industri tidak lama lagi so gaiss please be more alert. Tanpa membuang masa mari kita teruskan mukadimah kita pada petang ini :-


  • Menganggap latihan industri @ praktikal sebagai kerjaya sebenar
Elakkan daripada berfikiran begini "This is practical why must be serious? Gaji pun takde..", if you mindset for this mungkin kau orang sudah merosakkan your own plan to menambahkan pengalaman yang baru dalam masa yang sama kau orang sudah menolak tawaran pekerjaan di akan datang nanti. Tolong deadline dengan setiap peraturan yang telah ditetapkan.


  • Bersikap ramah dan sentiasa bertegur dengan semua kakitangan
Nak berjaya kena mula bertegur sapa dengan kalangan pekerja bukannya orang datang dekat kau dulu. Walaupun kau orang sudah cuba berkomunikasi tapi sekiranya ada di antara staf memang sombong tolong abaikan atau fikir positif sahaja. If kau orang peramah mungkin lagi senang kau nak bergaul dengan mereka. Apa-apa pun expression face korang tu jangan sombong sangat kalau boleh senyum selalu,


Boleh kita meneruskan lagi?


  • Jangan merunggut dengan tugas yang diberi
Kebiasaannya pelajar praktikal ni bos atau supervisor akan bagi kerja mengikut tahap level kau belajar, then apa yang dia bagi kau kena buat jangan nak merunggut sana sini. Kalau Ieka memang suka ada kerja even kerja tu bukan ada kena mengena dengan study tapi dapat menghilang rasa bosan di ofis. So bila diberi tugasan kena bersyukur yaa jangan merunggut sana sini nanti tak berkat baru tahu.


  • Berpakaian kemas dan mengikut etika pemakaian
Hohoho.. ini benda basic yang kau orang kena ikut. Kalau dia suruh kau orang pakai baju kurung bagi perempuan pleaselah ikut bukannya kau pakai selain baju kurung sama juga lelaki. Sebab dengan berpakaian kemas dapat menilai seseorang itu macam mana if datang kerja pun serabai membai baik balik rumah tidur.


  • Rajin bertanya atau mencari mentor
Kenapa kena rajin bertanya? takkan kau orang nak duduk sambil goyang kaki sambil menunggu kerja datang bergolek dari langit. Inilah tips untuk mempelajari benda baru kena pandai ambil peluang if tak bertanya memang sesat jalan. Korang kena sentiasa tanya tiap hari sampai bos kau orang sendiri taktahu nak bagi kerja apa.

Rasanya itu sahaja kalau ada yang terkurang minta maaf dan goodluck kepada sesiapa yang bakal menjalani latihan industri.




7 comments:

Syaza Raihanah said...

So sad, kolej syaza tak buat pun praktikal untuk certain courses. Apa-apa pun, take as much experience as you can. Good luck!

Mimi Kyumi said...

Tips yang bagus..Tq share..

NuSaNa NoSa 91 said...

buat yang terbaik eika.. mana tahu, ada rezeki dapat offer kerja terus ke.. ^_^

Syah said...

Assalamualaikum ;D

saya jual iphone,samsung,oppo,powerbank dan gadjet lain.
jemput singgah blog saya

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

dan ig saya @nurnasuha96_

whatsapp : +60196117811

Ieka Farhana said...

@Syaza Raihanah takpe nanti if sambung degree bolehlah merasai praktikal.

Ieka Farhana said...

@Mimi Kyumi welkamm :D

Ieka Farhana said...

@NuSaNa NoSa 91 Inshaallah :) memang nak buat terbaik