HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Monday, 16 November 2015

Gaya Tudung Mengikut Trend Semasa


Assalamualaikum


sumber [GOOGLE]


Dah nak penghujung tahun 2015 dan malam ini kita sama-sama mengimbau kembali zaman dulu semasa shawl, bawal, pashmina atau sewaktunya digayakan. Gilalah masa tu zaman trend tudung ala-ala Hana Tajima kalau outing memang tak sah kalau tak nampak Hana Tajima celup strawberry chocolate hehehe..




Selepas zaman Hana Tajima habis kemudian keluarlah tutorial turban ala-ala Yuna pulak, masa itu korang akan jumpa orang pergi jalan-jalan pakai Turban hanya dikepala tetapi sebenarnya Turban tu sesuai untuk yang ada annual dinner setakat nak ke pasar tak perlu kot.




Dah lepas zaman fesyen tudung Hana Tajima dan Yuna Turban ni, pada tahun 2014 ada satu tudung yang digemari semua perempuan iaitu WIDE SHAWL sebab terus pakai tak payah gosok dan menyebabkan semua orang jadi malas hehe. Masa zaman WIDE SHAWL korang akan jumpa orang pakai bertingket-tingket dan besar di atas kepala.



Hari bersilih ganti datang pula gaya tudung Keknis, Elfira Loy paling penting instant shawl Neelofa. Bagi student perempuan yang dah terlambat pergi kelas dengan tudung bawal tak gosok cuma ada shawl lilit jee gaya Keknis kalau terlebih rajin lilit gaya Elfira Loy ataupun buat instant shawl sendiri.





Tahun 2016 gaya tudung yang macam mana pulak?



No comments: