HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Friday, 25 September 2015

Review Joho : Kilang Bateri Joho



Assalamualaikum




So Hello semua kita bertemu kembali dalam Travelog - Review Joho
Kali ini Ieka nak bawak readers yang berada di dalam negeri Johor ataupun diluar negeri Johor untuk singgah sebentar di Kilang Bateri..


Haaa Kilang Bateri? Pergi tengok bateri ke? Ada apa dekat sana?

Sabar! Sabar! Sabar! Ieka tahu korang semua excited nak tahu.. Baiklah Ieka nak cerita serba sedikit mengenai Kilang Bateri ini..

"Dulu asalnya memang kilang bateri Eveready tetapi telah diubah suai menjadi tempat yang unik untuk pendatang dari dalam negeri Johor mahupu luar negeri.. Tempat yang unik ini diubah suai menjadi tempat makan dan shopping.."

Dapat tak? Hehehe by the way Ieka dah pergi tiga kali dan kali ketiga ini dapat gambar full suasana di dalam kilang bateri tersebut dan jom cuci mata..






 Ieka datang sini sebab Ieka suka makan ice cream gulung dia ..


Chococip Mint & Kinder Buenno

Last but not least nak payung gambar sendiri "jangan cakap Ieka tak umbrella"




Baiklah kepada sesiapa teringin sangat nak pergi korang boleh rujuk alamat di bawah ..

Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru, Johor, Malaysia

Bagi yang terlepas dengan Travelog - Review Joho boleh klik dekat backlink tadi ataupun korang boleh pergi di bahagian "Travelog.." ok?


p/s : Kalau dah sampai sini jangan lupa kabo yaa hehehe




Thursday, 24 September 2015

Senarai URL Peserta Blogwalking Edisi Raya Haji



Assalamualaikum



Alhamdulillah selesai sudah segmen kita even tak dapat sambutan tak mengapa mungkin sebab takde tawaran ganjaran yang diberi, insyaAllah akan datang Ieka akan upgrade lagi dan kepada sembilan orang yang join Ieka nak ucap terima kasih :) dan Ieka akan terus meletakkan link blog korang di bloglist Ieka selama sebulan (25 SEPT 2015 - 25 OKT 2015) ..

Ieka dah nak buang balik segmen ni tapi tak apa kesian korang yang dah join dan maaf tak dapat sambutan. InsyaAllah lain kali Ieka buat lagi maybe ada hadiah misteri...


SENARAI URL BLOGGER

Tuesday, 22 September 2015

Segmen Blogwalking Edisi Raya Haji by Ieka Farhana


Assalamualaikum


Disebabkan cuti straight sampai Ahad jadi Ieka dengan rasmi hendak menganjurkan "SEGMEN BLOGWALKING by IEKA FARHANA EDISI RAYA HAJI..." 

Ieka tak meletakkan syarat yang banyak ..




Syarat-syarat :-

  • Terpulang sama ada nak follow blog Dunia Ieka Farhana .
  • Cuma tinggalkan link blog korang (cth : http://(link blog korang).blogspot.my) di ruangan komen di bawah dan Ieka tidak memerlukan korang membuat entry. Sebelum Ieka terlupa link blog yang ditinggalkan melalui chatbox TIDAK AKAN DILAYAN.
  • Tiada ganjaran hebat yang ditawarkan tapi untuk meningkatkan trafik blog.
  • Due Date : 23 Sept 2015 - 25 Sept 2015 
  • Tamat 25 Sept 2015 pada pukul 12 PM selepas pukul 12 PM tidak akan dilayan hehehe..
simplekan?

okay that's all

jumpa korang nanti !!!


Wordless Wednesday #18 - Lapar Pisang Goreng + Sambal Kicap



Assalamualaikum kalian




(sumber google)


Sedapnya kalau dapat "Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap.."

hehehe orang lapar daging korban kita lapar benda lain pulak hihihi


Saturday, 19 September 2015

GIVEAWAY RM200 BY MKHAI.COM 2015



Assalamualaikum kalian

[Klik banner di bawah untuk join]


 http://1.bp.blogspot.com/-8T5ZtAMjkA8/Ve5P_Ns0taI/AAAAAAAAAsI/SIA4nupfueA/s640/mkhaipage.jpg



PENGALAMAN PERTAMA SAYA berblogging sejak tahun 2011 ketika itu di tingkatan 4.. Puncanya? Dulu suka beli majalah "Yezz!" then ada satu segmen blog kalau tak silap. masa tu blog yang Ieka kenal Irine Nadia dan followlah blog dia sampai satu tahap nak ada blog sendiri. Makin lama Ieka main blog makin ramai Ieka kenal walaupun di alam maya tapi tak semua buat masa ini Ieka cuma jadi silent blogger tak pernah join memana event yang dianjurkan. Yang paling penting Kak Irine Nadia sumber inspirasi Dunia Ieka Farhana tercipta....

[ 100 Patah Perkataan ]


Terima Kasih NNA


5 RAKAN BLOG YANG DITAG :-









Friday, 18 September 2015

Umrah : Masjid An-Nabawi [Gambar]



Assalamualaikum kalian


Sebenarnya Ieka tengah pusing mencari idea yang makin hari makin kehausan idea mungkin akibat faktor umur kot hehehe.. Pusing punya pusing Ieka pun tengoklah desktop mungkin ada cerita menarik ke nak kongsi dengan kau orang. Yass!!! Jumpa juga cerita yang nak cerita dengan kau orang, actually cerita dah lapok sebab cerita 4 bulan lepas, sekarang baru ada masa nak update dan baru terhegeh-hegeh bukak gambar-gambar lama.

Baiklah 4 bulan yang lepas Ieka dan family menunaikan ibadah umrah pertama (wajib), alhamdulillah syukur terhadap kudrat illahi kami diberi kesempatan untuk menjadi tetamu mereka. Ieka mengambil agensi Andalusia dan seminggu sekali menghadirkan diri dalam kursus Umrah sampailah tiba masa nyaa (31 Mei 2015) due date kena flight away ke Jeddah. Bertolak pukul 2 petang waktu Malaysia dan sampai Jeddah pun 5 petang macam tuhlah dan buat pengetahuan semua dorang punya masa cuma lambat lima jam dengan malaysia, kalau malaysia siang sana malam. Baiklah Ieka skip perjalanan menuju ke Madinah, sebenarnya tak pernah terlintas difikiran pun akan menjejakkan kaki di sana. 

Entry pada malam ini Ieka cuma nak share gambar Masjid An-Nabawi.. Korang layan dulu gambar di bawah yang mana Ieka nak cerita nanti Ieka selitkan..



Di luar masjid An-Nabawi


Ketika melawat Raudah itu Makan Rasulullah SAW dengan sahabat baginda (Umar Al-Khattab dan Abu Bakar As-Siddiq)

Masa ni camera dekat ayah so kebanyakkan gambar di jemaah lelaki sahaja..


Suasana dalam Masjid



Selepas waktu Asar kubah masjid buka macam korang tengok dalam tv ini Ieka tengok secara live ..



Macam yang kau orang tengok dalam tv payung terbuka tertutup cuma Ieka tak sempat nak tengok payung tu buka tutup tahu-tahu dah buka tahu-tahu dah tutup hehehe..

  
bila malam menjelang ..

Last but not least



p/s : Minta maaf untuk entry yang ini sebab Ieka kena ingat balik apa berlaku sebelum, semasa dan selepas. InsyaAllah entry selepas ini mungkin Ieka akan cerita pengalaman di sana dan bagi Ieka masa hahaha...

Monday, 14 September 2015

Tips Penting Dalam Berblogging [Kemas & Simple]



Assalamualaikum dan selamat malam





Dah lama rasanya tak share tips untuk blogger - blogger (newbie's) di luar sana.. Kebetulan jugak malam ini tiba - tiba idea mencurah nak menaip entry yang tak seberapa dan nak ucap terima kasih jugak dekat Tuan Blogger Area [TBA] . Dengan sebuah post dia di facebook 



disebabkan post di atas ini, Ieka terus ada idea nak menaip dan apa salahnya kalau kita share ilmu sedikit walaupun ilmu yang Ieka ada ni tidak berapa.. Rasanya ramai dikalangan newbie's kurang mahir dalam dunia blogging ni bagi hakak senior (sangat) yang sudah ada pengalaman 4 tahun, Ieka banyaklah jugak dapat ilmu itu di kalangan blogger senior macam Abang Hasrul Hassan dan Kak Lyssa Faizureen .. 

Tanpa Ieka membuang masa jom kita check balik apa yang perlu ada dalam blog kita?




#1 - WIDGET FOLLOWERS


Gais sebenarnya widget macam inilah sangat penting untuk orang yang blogwalking dan hendak follow korang, kalau korang tak pasang widget followers ini memang susah sangat orang nak follow. Malu nak letak? Follower sikit? Jangan malu kalau nak letak widget follower sebab followers sikit mana tahu kalau korang rajin join segmen ke, giveaway ke mesti follower akan meningkat dan dengan adanya widget follower dapat meningkatkan followers korang tau-tau.

Macam mana nak pasang?


Buka dashboard blog then cari layout (macam dalam gambar)


Dah buka layout tu terus click "Add a Gadget" dan cari "Followers"..



Bila dah jumpa "Followers" bolehlah edit sikit-sikit dari segi title dan color..

senang kan? selamat mencuba

#2 - Loading Page 

Dalam mengendalikan sesuatu laman web seperti blog korang kena alert mengenai berat blog korang, ada sesetengah newbie's suka meletak widget yang tak penting dalam blog mcm 





Kalau korg perasan mesti ada yang letak macam tu kn? Tapi dimaafkan sebab korg masih baru hehe..

Dan sebenarnya korang boleh timbang blog korang tau! Macam mana?


buka laman web http://tools.pingdom.com/fpt/ then masukkan url blog anda and click test now

kemudian tengoklah hasilnya..


maksudnya korang masuk dalam blog Ieka hanya mengambil masa 4s sahaja dan bagi yang mengambil masa yang lambat please check balik apa yang perlu korang buang.. Loading page blog korang sangatlah penting kerana memudahkan orang yang datang blogwalking itu merasa happy jee bila masuk blog anda dengan cepat dan laju.. hehehe

#3 - Widget Banyak

Pernah korang blogwalking terjumpa satu blog ni dia penuh sangat dengan widget yang tak penting lepastu bila korang  nak baca pun tak selesa sebab widget yang dia letak menganggu keamanan korang yang tengah semangat nak baca blog tersebut.. Pernah kan? Jadi kepada mereka penggemar widget tegar sila-silalah alert apa yang patut memang lah bila tengok blog kita sendiri itu macam kosong tapi sebenarnya dia membantu untuk membantu traffic view yang datang blogwalking tu tauu.. So lepas ni bolehlah buang yang mana tak penting..

#4 - Pemilihan Warna



Kata Joho merah biru laa hihi

Sebenarnya pemilihan color juga memainkan peranan penting dalam design blog, kalau boleh korang cuba elak menggunakan warna-warna yang mampu buat orang lain jadi buta warna eh?! hahaha.. Kalau boleh kena pandai main dengan color jangan main letak jee dan kalau boleh view dua tiga kali sebelum save.

#5 - Entry Melebihi 1 atau 2

Korang pernah jumpa tak semasa blogging terjumpa blog ni letak entry 5,6,7 sebab bagi mereka senang sikit nak baca tapi sebenarnya orang malas nak scroll sampai penghabisan.. Jadi bagaimana hendak memendekkan menjadi 1 atau 2 entry dalam blog?




Buka layout kemudian cari Blog Post click edit macam gambar di bawah




nampak tak bulatan hitam itu? korang perlu tukar bilangan post yang korang nak dalam blog..

dan terakhir ...

#6 - About Me

Kalau korang blogwalking mesti perasan setiap orang mempunyai "about me" di sidebar masing-masing atau pun dekat navbar "about me" kena click situ baru keluar pasal profil dorg..


benda ni sangat penting untuk orang mengenali siapa owner blog jangan tak letak pulak bagaimana nak letak? Ini yang simple tutorials


macam biasa buka dashboard cari layout


click "Add a Gadget" cari Profile kalau dulu dia letak "About Me"


click dekat "Profile" then edit laa apa yang patut..

Setakat itu saja yang Ieka boleh share jumpa di lain hari..

Cepat atau lambat Ieka akan blogwalking blog korang yang meninggalkan jejak di chatbox..


Friday, 11 September 2015

Review Joho : R&F Tanjung Puteri


Assalamualaikum




Maaf di atas kelewatan meng-hapdet entry ...

Entry pada malam ini Ieka nak review "R&F Tanjung Puteri".. Apakah itu?


Haa R&F Tanjung Puteri tempat yang paling best untuk mengambil gambar photoshot atau tempat meluangkan masa dengan orang tersayang.. Baiklah sedikit information yang Ieka tahu mengenai pasal R&F Tanjung Puteri ini dulunya mereka buat untuk galeri contoh apartment sekarang mereka jadikan medan untuk penduduk Joho melepak ke sana.. (tak tahulah berita ini sahih ke tak? ini pun orang yang cerita..) 


Baiklah tanpa kita melenggahkan masa mari kita cuci mata dengan gambar dari En Google dulu baru Ieka bagi bukti yang Ieka dah sampai ke sana okay.. Tak banyaklah Ieka curi dalam dua tiga gambar hahaha..




Gambar bukti...



Mahsam baru balik kerja flight ke sini terus belakang tu banyak kerusi ..



Kerusi dia besar gedabak mcm katil pun ada siap boleh me-landing.. mcm gambar chineese couple tgh landing di belakang haha..


Jangan terpedaya belakang itu bukan kabus tapi jerebu rasanya kalau tak jerebu boleh nampak singapore tauu..

And last but not least


Kan Ieka dah kata banyak kerusilah..

tapi Ieka nak minta maaf sebab Ieka tak ambil banyak gambar  last minit plan so Ieka tak tak bwk hp bersama ini pun pinjam kwn punyaa .. Next time yaa kalau rajin Ieka share lagi.. hehe

Okay bagi yang nak datang ke sini macam mana?

R&F Princess Cove Sales Gallery, Jalan Tanjung Puteri, Johor, 80300 Johor Bahru, Malaysia

Masa dibuka 10 AM - 8 PM ..


Friday, 4 September 2015

Review Cafe : Cats Cafe @ Johor Bahru



Assalamualaikum



Entry pada malam ini Ieka akan review pasal Cats Cafe JB . 


Ceritanya begini dulu masa cats cafe baru bukak memang kitaorang nak survey tempat tapi lastly kitaorang give up sebab tak jumpa jalan even berpandukan google maps then masa merdeka tempoh hari dengan nekadnya kitaorang cuba menerjah lagi sekali finally gais i'm here..



Masa merdeka memang ramai manusia di situ terpaksalah kami menunggu turn untuk masuk.

Jom layan gambar



Memang padat gais kata public holiday...



Tahu nak tidur jaa aipp ..


Cermin berkaca itu adalah kitchen mereka bagi mengelakkan sebarang gangguan berlaku..


Masa Ieka datang tempoh hari kebanyakkan kucing takut dan duduk di atas sebab yang datang semua budak kecik hahahaha.

sempat lagi berbual dengan owner cats cafe "they're so very tired.." mana tak penat semua yang datang excited belaka



Interview dengan onwer Cats Cafe

Me : Keseluruhan kucing dalam kafe ini ambil ditepi jalan atau di bela sendiri..?
Owner : Semuanya kepunyaan saya..
Me : Ohh dalam ini mempunyai berapa banyak kucing?
Owner : Ada dalam 50-60 ekor..



Masa tu sebab dah kekenyangan jadi pilihlah Nancos + Cheese, Tea Peach Ice and Latte


Second days Ieka datang lagi..



Last but not least..




Bagi orang johor yang tidak tahu dimana terletakknya cafe tersebut sebenarnya kafe ini terletak betul-betul disebelah Tera Thai dan kepada orang luar korang cubalah google maps or waze alamat di bawah ini ...



31A Jalan Abdul Samad Lorong 2C, Johor Bahru, Malaysia


Korang kena alert sikit memang susah sikit nak cari lorong 2C dan bagi yang masuk singgah selalu cuba perhati sebelah kanan korang nanti korang akan perasan Tera Thai dulu barulah Cats Cafe.