Follow Ieka @IekaFarhana

Wednesday, 18 November 2015

Wordless Wednesday #19 - Situasi Ibu-Ibu Sedang Hamil

Wednesday, November 18, 2015 3 Comments


Assalamualaikum







Haipppp sebelum kau orang sambung baca entri hari ini, tajuk dia rasa dah mengancamkan? Ieka bagi warning awal-awal jangan fikir bukan-bukan. So kepada bakal-bakal ibu atau sudah menjadi jom kita melihat kartun ni yang Ieka jumpa dalam facebook.


#1 - Tidak boleh membongkok untuk mengambil barang jatuh atau pakai kasut. Kekadang kaki pun tak nampak dilindung dek perut.




#2 - Kaki dan tangan bengkak, hilang kaki tirus, jari runcing.




#3 - Bilik air jadi tempat paling kerap dikunjungi, kekadang rasa macam tak sempat sampai.




#4 - Sensitif. Boleh menangis kerana tak dapat makan kek coklat di kedai favourite.




#5 - Bila baby aktif rasa dia macam bergulung dalam perut.




#6 - Perut terlebih besar orang asyik kata dapat bayi kembar.




#7 - Posisi apa sekalipun tetap tak boleh tidur, jeles tengok encik husband dekat sebelah tidur lena.




#8 - Tetiba terasa perut tegang dan keras, aduh apa baby buat dalam perut mama ni.





Wahh macam-macam situasi ibu-ibu sedang hamil ni. Ieka share akan datang dah kahwin bolehlah baca entri lama-lama dan nanti mesti monolog sendiri


Eh gatalnya aku masa ni belum kahwin dah sibuk-sibuk taip entri macam ni hehehehe

Monday, 16 November 2015

Gaya Tudung Mengikut Trend Semasa

Monday, November 16, 2015 0 Comments

Assalamualaikum


sumber [GOOGLE]


Dah nak penghujung tahun 2015 dan malam ini kita sama-sama mengimbau kembali zaman dulu semasa shawl, bawal, pashmina atau sewaktunya digayakan. Gilalah masa tu zaman trend tudung ala-ala Hana Tajima kalau outing memang tak sah kalau tak nampak Hana Tajima celup strawberry chocolate hehehe..




Selepas zaman Hana Tajima habis kemudian keluarlah tutorial turban ala-ala Yuna pulak, masa itu korang akan jumpa orang pergi jalan-jalan pakai Turban hanya dikepala tetapi sebenarnya Turban tu sesuai untuk yang ada annual dinner setakat nak ke pasar tak perlu kot.




Dah lepas zaman fesyen tudung Hana Tajima dan Yuna Turban ni, pada tahun 2014 ada satu tudung yang digemari semua perempuan iaitu WIDE SHAWL sebab terus pakai tak payah gosok dan menyebabkan semua orang jadi malas hehe. Masa zaman WIDE SHAWL korang akan jumpa orang pakai bertingket-tingket dan besar di atas kepala.



Hari bersilih ganti datang pula gaya tudung Keknis, Elfira Loy paling penting instant shawl Neelofa. Bagi student perempuan yang dah terlambat pergi kelas dengan tudung bawal tak gosok cuma ada shawl lilit jee gaya Keknis kalau terlebih rajin lilit gaya Elfira Loy ataupun buat instant shawl sendiri.





Tahun 2016 gaya tudung yang macam mana pulak?