Review Joho : Der ' Cabin Bistro


Assalamualaikum


Malas sangat nak buka cerita "kenapa dah lama tak update blog ni..." nanti Ieka asyik bagi alasan yang sama tapi tahun 2016 agak kurang nak main dengan blog dan sekarang tengah fokus dekat final year project.. Kalau orang lain baca mesti menangis terguling-guling sebab blog ni makin lama makin suram muahahahaha (bajet retis yee kau...) dan Ieka nak ucapkan terima kasih kepada korang kerana tak jemu singgah blog ni walaupun latest update last year dan ini bermaksud korang masih setia menunggu ownernya rajin kan diri update.

Kata taknak buka cerita kenapa dah lama tak update lately tersangkut juga. Ok back to our topic, actually jelajah Joho Ieka takkan habis, yelah sebab Ieka kan orang Joho so mostly banyak tempat Ieka belum sempat review dan ini pun curi-curi balik walaupun cuti midsem lagi dua minggu hehehe.

Kali ini review Joho Ieka mengenai kedai makanan western yang tersedap pada abad ini dan kenapa sedap? Sebab Ieka tengah kekenyang cheese burger dari Der ' Cabin Bistro.




Apa yang menariknya? haa kena lah datang sini dan kebiasaanya Ieka tak sempat nak snap makanan sebab makanan sudah selamat masuk ke dalam perut btw kalau korang order burger, daging dia buat sendiri tau dengan isi dagingnya tebal mampu membuat engkorang kenyang 1000 tahun...


Dengan mempunyai konsep yang bertemakan kabin dan santai memang patut engkorang yang bawa family, awek/pakwek, kawan-kawan makan sini dan Ieka bagi guarantee yang korang akan rasa puas, yang paling penting akan datang sini lagi. 

Baiklah buat warga Joho atau orang Malaysia ataupun Singapore macam mana nak datang ke sini...? Waze je alamat di bawah ataupun trademarknya adalah berdepan dengan "Hospital Tampoi.."

275A, Persiaran Kempas Baru, Kempas Banjaran, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia


Dibuka Mon - Sun (530PM - 1230AM)



0 orang komen :