Travelog Umrah : Sebelum Pergi


Assalamualaikum



Sebelum cuti semester kita habis lagi sebulan jadi marilah kita menghabiskan masa untuk menaip sepatah dua kata dekat entri kita pada hari ini hehehe. Entri kita pada hari ini Ieka nak habiskan update perjalanan Ieka mengerjakan umrah tahun lepas. Sepatutnya Ieka dah habis menaip entri ini tapi disebabkan Ieka tangguh so macamnilah jadinya. 

Baiklah Ieka dan family masa tu mengambil "Andalusia Travel" sebelum ke sana hampir sebulan juga pergi kursus umrah tu. Setiap kali pergi kursus sepatah haram Ieka tak faham dan family paksa aku baca buku umrah yang telah disediakan oleh pihak "Andalusia Travel" dan sebelum nak pergi banyak kali juga hati tertanya-tanya, "serious ke weh aku nak pergi?" dan aku just follow the soul. 

Korang yang belum pergi jangan risau sekiranya visa korang lambat bagi (dia bagi 2 minggu atau 1 minggu sebelum kau orang nak gerak ke sana) tapi visa + passport ni akan dipegang oleh mutawif masing-masing (tataulah agensi yang lain macam mana). 

Baiklah Ieka skip hari nak pergi + airport + dalam flight tapi flight mengambil masa selama 8 jam sebab Ieka turun dekat terminal haji Jeddah. Ieka teringat ustaz yang bagi kursus umrah pernah kata sampai dekat airport kena berbaris panjang sampai  2 3 jam kekadang sampai solat fardu dekat situ sebab dia kata pak arab yang cop tiket flight tu kekadang masuk kerja lambat atau erti kata lain sesuka hati dia nak masuk bila tapi apa yang Ieka nak bagitahu alhamdulillah tak sampai 1 jam pun dah selesai.

Sudah sahaja selesai check passport + visa kitaorg semua berangkat ke Madinah Al-Munawarah dan mengambil masa perjalanan selama 6 jam. Kitaorg dah makan + solat fardu di salah sebuah R&R mereka terus bergerak semula. Ni Ieka nak habaq korang pernah expectation tak R&R dekat sana sama macam dekat Malaysia?

[SUMBER GOOGLE : LUPA NAK AMBIL GAMBAR]


R&R Malaysia


R&R Jeddah ke Madinah

Pada realiti tak sama apa yang kita fikirkan, tapi sebenarnya baru feel macam berada di negara orang kan? Baiklah sebelum masuk ke tanah haram (Madinah) mutawif yang guide kami terus berselawat dan tandanya kita menghampiri Madinah. Sebaik sahaja masuk pintu gerbang hati Ieka rasa seronok dalam pada yang sama "serious ke aku dekat Madinah?" . Nampak jee payung yang berada dikeliling masjid nabawi rasa macam tak percaya + "ini yang aku nampak dalam tv waktu azan.. allahu serious cantik.."




bersambung ...
Inshaallah kita akan update entri seterusnya pada entri lain pulak ...

3 orang komen :

sofie adie said...

bestnya dah pergi umrah...seronok je baca cerita org..insyaAllah akan pergi jugak suatu hari kelak..
:)

Ieka Farhana said...

@sofie adie InsyaAllah dan sentiasa berdoa banyak-banyak agar kita jadi tetamu istimewaNya mana tahu awak dapat buat haji sekali.

Nabila Syifa said...

alhamdullillah..rezeki dh dpt g umrah