HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Thursday, 19 May 2016

Travelog Umrah : Sebelum Pergi


Assalamualaikum



Sebelum cuti semester kita habis lagi sebulan jadi marilah kita menghabiskan masa untuk menaip sepatah dua kata dekat entri kita pada hari ini hehehe. Entri kita pada hari ini Ieka nak habiskan update perjalanan Ieka mengerjakan umrah tahun lepas. Sepatutnya Ieka dah habis menaip entri ini tapi disebabkan Ieka tangguh so macamnilah jadinya. 

Baiklah Ieka dan family masa tu mengambil "Andalusia Travel" sebelum ke sana hampir sebulan juga pergi kursus umrah tu. Setiap kali pergi kursus sepatah haram Ieka tak faham dan family paksa aku baca buku umrah yang telah disediakan oleh pihak "Andalusia Travel" dan sebelum nak pergi banyak kali juga hati tertanya-tanya, "serious ke weh aku nak pergi?" dan aku just follow the soul. 

Korang yang belum pergi jangan risau sekiranya visa korang lambat bagi (dia bagi 2 minggu atau 1 minggu sebelum kau orang nak gerak ke sana) tapi visa + passport ni akan dipegang oleh mutawif masing-masing (tataulah agensi yang lain macam mana). 

Baiklah Ieka skip hari nak pergi + airport + dalam flight tapi flight mengambil masa selama 8 jam sebab Ieka turun dekat terminal haji Jeddah. Ieka teringat ustaz yang bagi kursus umrah pernah kata sampai dekat airport kena berbaris panjang sampai  2 3 jam kekadang sampai solat fardu dekat situ sebab dia kata pak arab yang cop tiket flight tu kekadang masuk kerja lambat atau erti kata lain sesuka hati dia nak masuk bila tapi apa yang Ieka nak bagitahu alhamdulillah tak sampai 1 jam pun dah selesai.

Sudah sahaja selesai check passport + visa kitaorg semua berangkat ke Madinah Al-Munawarah dan mengambil masa perjalanan selama 6 jam. Kitaorg dah makan + solat fardu di salah sebuah R&R mereka terus bergerak semula. Ni Ieka nak habaq korang pernah expectation tak R&R dekat sana sama macam dekat Malaysia?

[SUMBER GOOGLE : LUPA NAK AMBIL GAMBAR]


R&R Malaysia


R&R Jeddah ke Madinah

Pada realiti tak sama apa yang kita fikirkan, tapi sebenarnya baru feel macam berada di negara orang kan? Baiklah sebelum masuk ke tanah haram (Madinah) mutawif yang guide kami terus berselawat dan tandanya kita menghampiri Madinah. Sebaik sahaja masuk pintu gerbang hati Ieka rasa seronok dalam pada yang sama "serious ke aku dekat Madinah?" . Nampak jee payung yang berada dikeliling masjid nabawi rasa macam tak percaya + "ini yang aku nampak dalam tv waktu azan.. allahu serious cantik.."




bersambung ...
Inshaallah kita akan update entri seterusnya pada entri lain pulak ...

Sunday, 15 May 2016

Projek Pulut Kuning Sempena Hari Guru


Assalamualaikum



Selamat hari guru buat semua guru-guru yang di Malaysia terutama sekali buat guru di Tadika Pasti Al-Mahdi (sekolah dah tutup), SKTSJ, SMKTSJ dan PSIS. Baiklah sempena hari guru, projek kali ini Puan Ibu terlebih rajin nak bagi "Pulut Kuning" dekat bekas cikgu sekolah rendah adik dan merangkap cikgu Ieka jugak. Dah banyak sekarang orang bagi cupcake, cake dan kali ini kita bagi "Pulut Kuning" pulak. Korang ingat tak semalam Ieka ada update pasal beli barang dekat Mr Diy? Tak ingat? Takpe Ieka ingatkan entry semalam -----Kreatif Bersama Mr DIY . Nak tengok hasilnya? Tadaaaaaa **






cantik tak? terima kasih yang cakap cantik tu muehehehe ..





Kreatif Bersama Mr DIY Sempena Cuti Piala FA


Assalamualaikum


Memandangkan hari ini Johor cuti sempena kemenangan Piala FA jadi Ieka mengambil kesempatan untuk keluar merayap sambil mencari idea kreatif. Idea kreatif? Nak tahu apa dia?

Jom kita shopping bersama



Siapa suka shopping dekat sini? Angkat tangan sikit Ieka nak tengok (macam nampak) seriously kalau siapa dah masuk kedai ni confirm taknak keluar sebab memacam ada selain Mr. DIY, ada dua lagi kedai yang Ieka suka masuk dan kalau dah masuk confirm taknak keluar ..









Tahu tak sebab apa suka shopping di antara ketiga-tiga kedai ni? Sebabnya kita dapat barang-barang yang pelik + comel lepastu jadi rambang mata taktahu nak beli apa, Ieka kalau dah lalu dekat kawasan yang ada jual earphone, sangkut baju, atau alat tulis mesti duduk lama-lama dan paling penting kena pergi sorang-sorang kalau dengan orang mesti sakit kaki menunggu.




Jadi ada apa dalam beg tu? Jom kita selongkar!!


Ieka beli 3 benda yang selebihnya ibu + ayah punya barang ..

Korang nampak tak Ieka beli tempat penyangkut yang ada words "LOVE" actually Ieka beli untuk gantung earphone, headphone etc dekat situ hahahahaha. Second korang nampak tak kotak tu? Normally perempuan suka beli brooch tudung, harini beli 10 brooch esok lusa tinggal 1 yang lagi 9 entah hilang kemana. So kepada yang ada habit mcmtuh silalah sediakan satu kotak khas untuk brooch sahaja. And lastly korang nampak tak yang black board tu? Esokkan 16 Mei 2016 dan esok hari guru, sempena hari guru esok Ieka nak bagi pulut kuning dan untuk hiasan Ieka beli black board tu lain dari lain sikit kan? Nak tahu macamana hiasan tu, insyaAllah esok Ieka akan review lagi.


p/s : Korang kalau masuk kedai mcmni korang suka beli barang apa atau saja-saja cuci mata?






Tuesday, 10 May 2016

Blog Atau Wattpad?



Assalamualaikum semua


Maaflah yaaa untuk sekian lama blog ni senyap (tanpa khabar berita) dan memang blog ini cita-cita nak private untuk setahun seketika dan mungkin akan aktif balik pada tahun hadapan.. Tapi kenapa sampai SETAHUN? sebab Ieka nak start focus dekat fyp and then blog ini jarang akan di-update dan engkorang pun macam bosan asyik baca cerita yang sama dan sampai korang akan unfollow blog ni dah dan untuk hari ini sahaja Ieka unprivate semula sebab rindu nak berbual dengan korang hehehehe. (dan kalau korang perasan banyak dan dekat atas hahahah)


Nampak tak tajuk dekat atas? Mesti korang tertanya-tanya (cehh perasan mcmlah ada orang tanya)


Sebenarnya Ieka dah lama main Wattpad ni sejak tahun lepas lagi. Ada satu fanfic Ieka dah publish dan if korang berminat untuk baca first fanfic Ieka boleh klik link ini The Eyes . Alaaa wak citer budak-budak jee inilah akibatnya selalu layan k-drama jee dan sampai terjebak hehehehe.


Blog Atau Wattpad?




Bagi Ieka semua sama jee dan Ieka suka kedua-duanya. Blog  ini cuma blog yang saja untuk bercerita real life dengan korang tapi dekat Wattpad kebanyakkan story ilusi semata-mata. Yang paling penting kerjasama hahahaha. So takdelah Ieka sampai nak anak tirikan blog ni dan korang jangan risau, Ieka cuma update slow sikit dan sabar sikit setahun tak lama. Lepas habis setahun tu siapa nak suruh join giveaway ke segmen ke dah boleh dah.. 

Okay untuk korang yang suka baca cerita fantasi Ieka akan buat page khas so kalau nak baca boleh klik ruangan Wattpad dekat sidebar tau..