HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Monday, 20 February 2017

Tips [Youtube] : How to fix "this video is not available on your country"

Assalamualaikum wbt



Hari ini Ieka nak share something yang menarik untuk korang sama ada korang dah tahu apa benda yang Ieka nak share ataupon ada yang belum tahu. Tak apa yang belum tahu bolehlah fokus sampai habis apa yang Ieka cuba nak membebel ni hahaha.

Baiklah secara jujurlah ada tak dikalangan readers mempunyai masalah apabila tidak dapat play video di YOUTUBE sebab dia keluar binatang ni.. 


Sebelum Ieka terlupa cara ini sesuai untuk smartphone dan bagi laptop Ieka belum cuba lagi tak apa nanti kalau menjadi Ieka akan share next entry ok?


Kenapa dia jadi begini? kekadang sakit hati jugalah sebab video yang kita excited nak tengok tetiba kena block. Haa kenapa dia jadi macam ni? Merujuk kefahaman Ieka...

Ada sesetengah negara yang block IP negara (Malaysia) kita untuk mengelakkan sebarang masalah..

Macam mana kita nak tahu IP negara kita tidak tak dapat access video tersebut? Jom ikut step by step :-

1) Pertama sekali korang pergi buka video dalam youtube yang korang nak tengok


kemudian korang pergi dekat tiga titik tepi video tu atau terus buka video tersebut boleh copy link di bawah, manakala bagi yang tiga titik dan dia akan keluar macam di dalam gambar terus klik SHARE.

2) Bila dah klik SHARE dia akan keluar macam gambar dibawah




korang terus klik COPY LINK nanti dia terus copy link video korang tadi. Next step nak buat apa?

3) Buka browser smartphone korang (cth : google chrome) ikutlah memana browser yang korang suka, kemudian taip YOUTUBE RESTRICTION CHECKER..



bila dah keluar terus klik website yang pertama. dapat? Baiklah mesti ada yang tertanya-tanya apa itu YOUTUBE RESTRICTION CHECKER? Haa kegunaan dia korang boleh teruskan membaca langkah seterusnya..

4) Bila korang dah tekan website tadi dia akan keluar macam ini



Dia akan keluar macam dalam gambar, nampak arrow tu? korang masukkan link youtube video yang korang copy tadi (boleh rujuk step 2) kemudian paste dalam form tersebut, lepas paste terus klik SUBMIT 

5) Dah submit kan? Dia terus keluar




so korang boleh nampak negara mana dia benarkan untuk play video tersebut tapi apa kegunaan dia?! haa sabar-sabar inilah yang terangkan.. 

Okay benda ini sangat membantu apabila kita nak play video dengan menggunakan VPN (Virtual Private Network) // dikira macam apabila kita guna IP negara lain kita boleh play video tersebut.. setakat ini faham? contoh situasi paling senang adalah..

Korang access youtube menggunakan YOUTUBE MALAYSIA tetapi ada sesetengah video dia blok YOUTUBE MALAYSIA untuk mengelakkan sebarang masalah. Jadi kita terlampau excited dan nak sangat tengok video tersebut kita terpaksa guna cara menukarkan YOUTUBE MALAYSIA ke YOUTUBE US ke UK ke memana negara yang boleh play video tersebut. Jadi apa kegunaan "YOUTUBE RESTRICTION CHECKER" kita sendiri dapat melihat negara yang mana dibenarkan untuk play video tersebut dan dengan adanya VPN dia akan menukarkan YOUTUBE MALAYSIA korang ke YOUTUBE US ke UK..

Ieka guna YOUTUBE MALAYSIA itu semua untuk bagi korang faham. Setakat ni ada yang faham? Baiklah terima kasih sebab memahami hehehe.


Cerita seterusnya macam mana kita nak buka YOUTUBE US tadi dengan menggunakan VPN? 

1) Pergi dekat Playstore (android user) , taktahu bagi apple user ada ke tak. Boleh cari OPERA VPN


kalau jumpa yang macam dalam gambar boleh terus install 

2) Dah siap install boleh open application tersebut dan dia akan terus keluar pakcik pemalas kerja dia asyik nak tidur jee..


kan pemalas kan pakcik tu hehehe, baiklah kemudian korang bolehlah CONNECT dan dia akan keluar


ini ikut korang punya kelajuan internet if internet cepat dia akan cepat connecting..

3) Bila sudah connecting dia akan keluar macam ini


nampak tak perkataan "CHANGE REGION" haa dekat situ korang boleh tukar IP negara lain..



dia akan keluar popup macam gambar di atas, so korang bolehlah pilih negara yang benarkan access tersebut dengan merujuk YOUTUBE RESTRICTION CHECKER.

4) Pergi dekat recent tab korang bolehlah clear data youtube korang tadi


5) Kemudian korang boleh buka youtube balik dan terus pergi ke video yang korang nak tengok tadi


dan korang boleh layan dengan aman dan damai hehehe.

6) Sekiranya korang taknak guna lagi bolehlah off semula VPN korang tadi 




Baiklah setakat ini sahaja Ieka nak share dengan korang, kepada sesiapa yang tidak jadi nak buat bolehlah terus drop comment di bawah ataupun sama ada email Ieka di farhanahaziqah95@gmail.com



Tuesday, 31 January 2017

Ikut Cara Kita : Mix and Match (Tudung & Baju)

Assalamualaikum wbt


Bila dah sedap menambah kekosongan di segmen Ikut Cara Kita pada minggu lepas (baca disini) dan nak minta maaf jugalah kalau entry minggu lepas rasa kurang menarik tapi jangan risau untuk korang Ieka cover dengan secepat mungkin. Dah ready ke nak baca cerita seterusnya? 

Sebelum itu marilah melafazkan bismillahirrahmanirrahim (bagi yang beragama islam) manakala bagi yang bukan islam boleh ikut cara masing-masing haa..




Sejujurnya ada orang masih mempunyai masalah dalam mix and match untuk tudung baju? kebiasaannya ada yang dalam situasi mcmni, Ieka akan terangkan teori MATCH dulu 

SITUASI 1 (Pemilihan warna Baju dan Tudung dalam 1 masa) - Okaylah senang cerita dekat sini siapa suka pakai tudung dan baju dengan warna yang sama? Sebenarnya tak ada masalah pun awak nak pakai color yang sama pada 1 masa but at the same times cuba awak tengok cermin (masa pakai baju dan tudung) kemudian tanya dalam hati "eh okay ke aku pakai mcmni?" "match tak aku pakai ni?". Dah malas nak fikir "lantaklah aku yang pakai kau yang panas.." atau "pergi kuliah je pon siapa nak usha aku.." haa yang macamni tak mau yaa. Cuba fikir luar kotak sikit jangan fikir diri sendiri dan fikir untuk orang lain. 

SITUASI 2 (Pemilihan warna Baju dan Tudung yang gelap) - Bila fikir warna gelap mesti terbayang warna hitam, kelabu dan sewaktu dengannya. Betul? Lepastu terbayang lagi warna gelap ni match dengan semua color jadi senang dan mudah bila dipakai. Betul? Baiklah situasi dia begini pernah tak nampak orang match baju dan tudung dia sama gelap? Selepas itu pernah tak terbayang bila dia pakai nampak macam suram? Mesti pernah jangan tipu yaa. Sebenarnya tak salah pakai gelap-gelap boleh memang boleh, cuba try test color lembut inshallah awak tak akan suram lagi meskipun hati kelam masa tu.

SITUASI 3 (Takut hendak mencuba sesuatu) - Mesti ramai mempunyai masalah macamni, sebagai contoh baju color merah tapi tak kan nak pakai tudung color hijau. Eh tak salah pun mencuba sesuatu. Sebenarnya kalau awak pakai lain dari yang lain mana tahu akan datang ada yang mengikut sebab orang suka something new. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru yaaa, inshaallah benda yang match dengan kita mesti cantik di mata kita juga. Biarlah orang kata hodoh, sebenarnya dia lagi hodoh dia yang tatau ehehe dalam erti kata lain SILA TEBALKAN TELINGA ANDA.

Ada tak pernah mempunyai masalah dengan situasi teori MATCH di atas? Tapi Ieka harap korang tak sentaplah situasi yang dok  membebel dengan korang tu dan jangan ambil hati tau nanti kena jual baru tahu.

Sekarang ni Ieka nak ajak bersembang mengenai konsep MIX pulak dan situasi yang sama seperti di atas ..


SITUASI 1 (Pemilihan warna Baju dan Tudung dalam 1 masa)


Ieka difahamkan ramai orang suka membuat pemilihan warna yang sama dalam satu masa. Boleh memang boleh tapi cuba ubah, kalau kata korang suka color biru. Trylah cari biru yang tak sama jenis mesti cantik dan sedap mata memandang. Contoh terdekat macam gambar di bawah.




Kalau tgok gambar di atas Ieka pakai semua biru dari atas sampailah ke bawah, jadi kalau kita nak pakai biru cuba mix-kan dengan color biru yang lain, kan biru banyak jenis jangan fokus kepada satu biru sahaja tau. Sama juga dengan color lain, jangan terlalu fokus untuk satu jenis color sahaja yaa.




SITUASI 2 (Pemilihan warna Baju dan Tudung yang gelap) -


Siapa tak suka pakai warna gelap? Best apa? Lagi-lagi sesuai untuk orang yang comot macam Ieka ni ehehe. And jubah kebanyakkan warna gelap menjadi daya tarikkan orang sekarang. Dah cantik baju gelap atau tudung gelap eh tetiba pulak tengok ada yang tak kena. Cuba korang selitkan satu warna lembut, confirm orang pandang manis sahaja :)





Okay macam dua gambar di atas ini, apa perbezaannya? sebenarnya Ieka suka jadi kelabu asap tetapi dinasihatkan bagi yang berkulit cerah jangan cuba-cuba nak jadi kelabu asap cuba padankan tudung dengan color yang cerah sikit haa baru cun.




SITUASI 3 (Takut hendak mencuba sesuatu) -

Haa macam dalam situasi begini sebenarnya dah ramai orang yang mencuba and hasilnya ramai yang ikut, jangan takut hendak melakukan sesuatu yang baru manalah tahu rezeki awak lepasni orang akan jadi trend fashion masa kini haaa.



Orang panggil warna block

Kan dah ramai sekarang orang pakai warna-warna macamni so kita pon jangan takut untuk melakukan sesuatu yang baru, cuba dulu nanti hasilnya dia pasti menarik and biarlah orang kata pelik bukan dia yang pakai kan?



Dalam gambar macamni pula Ieka akan padan kan dengan benda bercorak tak semua benda kita boleh harung sejenis plain atau bercorak sahaja. Haa yang baju bercorak tu pula cuba lari dengan mengayakan tudung bercorak juga dan pilihlah tudung plain ataupun baju plain dan tudung pula bercorak, tak manis ke gituhh?


TIPS : PEMILIHAN TUDUNG MENGIKUT TONE KULIT


Dengan rasa baik hati Ieka nak share satu lagi pemilihan tudung mengikut tone kulit, semua duduk dahulu bawa bertendang bertenang jangan rushing relax-relax and entri pada hari ini memang sengaja panjang ehehe.

1. Kulit Putih Pinkish (cuba google gambar)

Bagi mereka yang mempunyai tone kulit putih pinkish, tak kisah hendak mengenakan color apa sebab semua color yang dipakai confirm sesuai. !TETAPI! cuba mengelakkan diri anda memakai warna pastel, putih atau sewaktu dengannya kerana menyebabkan tone kulit anda kelihatan pucat.

 2. Kulit Putih Kuning Langsat (cuba google gambar)

Kulit sejenis begini dinasihatkan untuk mengenakan tudung berwarna dari warna merah jambu, merah atau biru dan sewaktu dengannya. Bagaimanapun cuba tidak memadankan dengan warna krim, coklat kerana ia terasa pelik.

 3. Kulit Sawo Matang (cuba google gambar)

Majoriti ramai rakyat Malaysia mempunyai tone sawo matang jadi haruslah dipadankan dengan tudung berwarna, biru navy, krim dan hitam. Warna-warna yang perlu dielakkan adalah merah, kuning, hijau gelap dan warna olive.


4. Kulit Gelap (cuba google gambar)

Bagi mereka yang berkulit gelap, warna tudung yang sesuai dipakai ialah warna pastel, warna neutral seperti putih dan warna yang lembut. Warna seperti ini akan tampak wajah anda kelihatan cerah dan ceria. Tapi harus ingat! Elakkan dari pemilihan warna yang terang atau oren atau coklat sebab dia akan membuat wajah anda kelihatan gelap.

So far setakat ini sahaja, ada yang faham? Yang tak faham bolehlah tanya, jangan malu bertanya nanti sesat jalan. Semoga ilmu yang dikongsi pada hari akan dimanfaatkan seeloknya dan terima kasih kerana setia membaca sehingga habis. Baiklah sebelum Ieka menghabiskan entry pada hari ini, kepada pengemar shawl color pastel bolehlah follow instashop di bawah ini.















Friday, 27 January 2017

Ikut Cara Kita : Bermotivasikan Diri Sendiri Dengan....

Assalamualaikum wbt


Gong Xi Fa Cai atau Selamat Tahun Baru Cina kepada semua bangsa cina yang menyambutnya ☺.


Ikut Cara Kita juga inshaallah ia sebuah segmen baru dalam DUNIA IEKA FARHANA, dan segmen ini bolehlah korang cari di bahagian Tutorial & Tips (akan datang). Bukan Ieka suruh korang lepasni ikut cara Ieka pulak yaa hahaha, ikut yang mana baik dan yang buruk tu jadi sebagai pengajaran (ecehh ayat karangan spm dolu-dolu),

Cehh tengok tajuk harini nampak sangat takda modal, alaaa tapi Ieka suka share ilmu dengan korang walaupun ilmu yang Ieka dapat tu kecik macam semut tapi bila dia dikongsi pasti ia menjadi sebesar gajah ehehe.

Sebelum meneruskan perbualan kita , Ieka nak bagi benda special dekat korang..




Okay confirm tersenyum lebar sampai ke pipi hehehe :p


Baiklah mari kita mulakan...

Ada orang bermotivasikan diri sendiri dengan menulis nota-nota (cth: quotes) di diari, ada orang juga suka sketch doodle yang berunsurkan kata-kata mutiara yang indah, manakala pula ada yang suka menyimpan secebisan ayat dan terus simpan di dalam telefon masing-masing.

Ieka suka ketiga-tiga benda di atas sometimes menulis nota-nota itu cara kita meluahkan perasan yang terpendam di hati (cewahh gituh haa), adakalanya Ieka suka sketch doodle untuk menarik minat kita membaca dan kalau tengah layan facebook ke instagram atau twitter mesti terjumpa kata-kata hikmah terus save dalam phone.

Tapi bagi kepuasan Ieka, Ieka akan google saja kata-kata hikmah ni lepastu terus save, dah save tu terus set as wallpaper phone.

Sometimes tak semestinya kena pergi pakar kaunseling, pakar motivasi untuk memotivasikan diri sendiri. Cukuplah sekadar satu ayat yang mampu memotivasikan kita :)


Kalau cara korang macam pulak? ke ada yang macam Ieka, kalau ada lain dari yang lain share lah yaa :)





Monday, 16 January 2017

Welcoming January GiveAway

Assalamualaikum




WELCOMING JANUARY GIVEAWAY

Welcoming January GiveAway 07-17 January 2017



JOIN WELCOMING JANUARY GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk Welcoming January GiveAway
2. Like FB Page : EcaDwinkyAsha Blog
3. Letakkan link entry korang di SINI.


Tuesday, 10 January 2017

Random Wednesday : Ice Cream Yogurt

Assalamualaikum wbt


Kembali kita dalam entry Random Wednesday, apa itu Random Wednesday boleh lah baca disini dulu. Baiklah tanpa membuang masa Ieka nak share resepi dengan korang.



siapa suka ice cream dekat sini? high five sikit.


Ieka suka ice cream tapi Ieka malas nak pergi kedai (nampak kan kemalasannya disitu?) ada yang perangai macamni ke? nak makan tapi malas hehehe. Baiklah bagi yang malas nak keluar rumah untuk membeli ice cream jadi Ieka nak share dengan korang resepi Ice Cream Yogurt....

Are you ready?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ready?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Bahan-bahan yang diperlukan :-





  1. 250 gram Plain Yogurt (Ieka beli yang mcm dalam gambar tu murah pun murah dan sedap pun sedap)
  2. 250 gram Dairy Whipping Cream (yang kotak biru, selalunya Puan Ibu guna jenama Achor bila dia buat kek)
  3. 250 gram Non Dairy Whipping Cream (yang kotak tinggi sikit tu, apa beza Dairy and Non baca sampai habis nanti Ieka share ehehe)
  4. 200 gram susu pekat (masukkan last sekali dalam adunan korang)


NOTA RINGKAS

Apakah perbezaan di antara Dairy Whipping Cream dengan Non Dairy Cream?
Dairy Whipping Cream ~ dikenali Double Cream atau Thick Cream dia tidak sesuai digunakan untuk hiasan kek manakala
Non Dairy Whipping Cream ~ dikenali Fresh Cream atau Whipped Cream, haa yang ini sesuai untuk hiasan kek. Selebihnya boleh baca disini.


Okay boleh kita pergi ke next step pulak? Susah ke? Ishh takdelah senang jee macam kacang goreng hehehe. Sebelum itu pastikan korang sukat ke semua bahan di atas dengan betul tau..




yang bawah tu abaikan hehehe.. so contoh sukatan mcmni

Cara-cara adunan
  1. Pukul Non Dairy Whipping Cream hingga kembang.
  2. Pukul Dairy Whipping cream hingga kembang gebu gebas.
  3. Dah selesai pukul kedua-dua bahan tersebut campurkan dalam satu bekas dengan memasukkan Plain Yogurt dan susu pekat. Kacau hingga sebati yaa anak-anak hehehe.
** Pukul menggunakan mixer takde mixer guna tangan pun boleh sekiranya larat. Masa pukul asingkan bahan (DAIRY WHIPPING CREAM DENGAN NON DAIRY WHIPPING CREAM) dan jangan dicampurkan**


Hiasan

Korang mesti tertanya dalam gambar atas tadi ada hersey coklat tu tapi nak buat apa ya? Haa kita buat hiasan untuk ice cream yogurt kita..

  1. Masukkan adunan korang dalam paiping bag. (sekiranya takde boleh mengunakan senduk sahaja, Ieka guna senduk sup tu)
  2. Paipkan (bagi yang pakai paiping) atau cedok adunan tersebut ke dalam bekas kemudian layer-kan dengan filling hersey coklat tu.
  3. Buat beberapa layer dengan filling yogurt dan hersey coklat korang tu.
  4. Last step atas dia hiaskan dengan buah-buahan segar atau coklat. (Ieka guna strawberry dan coklat rice)..
**Oh yaaaa korang jugak boleh menggantikan filling coklat dengan filling mangga atau buah-buahan lain cara dia sama jee**

Dah settle semua jangan lupa masuk ke dalam freezer if takde freezer guna peti ais biasa pun boleh ☺. Mudah bukan?



Inilah hasilnya tak sabar nak tunggu beku lepas tu boleh ngappp ..


Tuesday, 3 January 2017

Random Wednesday - Custom Calendar 2017

Assalamualaikum wbt


Dah lama rasanya tak update blog kan? sampai tak perasaan first masuk blogger.com serious dah lain, dah takda dashboard macam dulu ke Ieka yang dah berzaman ni?

Memandangkan dah masuk tahun 2017 ni, Ieka mempunyai azam yang baru dan inshaallah Ieka akan aktif seperti dulu tapi tak boleh janjilah kekadang bila takde idea memang aku rasa malas sangat nak buka blog ni lelagi bila kau dah tak setahun memang adanya orang membaca kan?

Oh yeah korang nampak tajuk entry Ieka, sebelum korang tanya apa itu RANDOM WEDNESDAY ? Random Wednesday ni macam ala-ala WORDLESS WEDNESDAY (still ada lagi ke wordless wednesday ni? almaklumlah dah lama tak main blog hihihi).

Memandangkan tahun baru mesti ada azam baru, jadi Ieka selitkan dalam RANDOM WEDNESDAY harini dengan Custom Calendar Ieka buat before nak masuk 2017. Sebenarnya adik request nak buat calendar setelah mendapat beberapa idea Ieka terus buat dan akhirnya siap jugak sebelum masuk tahun baru. 



ini hasilnya takdelah gempak mana

THEME : KPOP VERSION

Itu sahaja aku nak share dengan korang, inshaallah if ada entry menarik aku akan post dekat sini ☺(baru perasaan blog dah lain)