HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Tuesday, 31 January 2017

Ikut Cara Kita : Mix and Match (Tudung & Baju)

Assalamualaikum wbt


Bila dah sedap menambah kekosongan di segmen Ikut Cara Kita pada minggu lepas (baca disini) dan nak minta maaf jugalah kalau entry minggu lepas rasa kurang menarik tapi jangan risau untuk korang Ieka cover dengan secepat mungkin. Dah ready ke nak baca cerita seterusnya? 

Sebelum itu marilah melafazkan bismillahirrahmanirrahim (bagi yang beragama islam) manakala bagi yang bukan islam boleh ikut cara masing-masing haa..




Sejujurnya ada orang masih mempunyai masalah dalam mix and match untuk tudung baju? kebiasaannya ada yang dalam situasi mcmni, Ieka akan terangkan teori MATCH dulu 

SITUASI 1 (Pemilihan warna Baju dan Tudung dalam 1 masa) - Okaylah senang cerita dekat sini siapa suka pakai tudung dan baju dengan warna yang sama? Sebenarnya tak ada masalah pun awak nak pakai color yang sama pada 1 masa but at the same times cuba awak tengok cermin (masa pakai baju dan tudung) kemudian tanya dalam hati "eh okay ke aku pakai mcmni?" "match tak aku pakai ni?". Dah malas nak fikir "lantaklah aku yang pakai kau yang panas.." atau "pergi kuliah je pon siapa nak usha aku.." haa yang macamni tak mau yaa. Cuba fikir luar kotak sikit jangan fikir diri sendiri dan fikir untuk orang lain. 

SITUASI 2 (Pemilihan warna Baju dan Tudung yang gelap) - Bila fikir warna gelap mesti terbayang warna hitam, kelabu dan sewaktu dengannya. Betul? Lepastu terbayang lagi warna gelap ni match dengan semua color jadi senang dan mudah bila dipakai. Betul? Baiklah situasi dia begini pernah tak nampak orang match baju dan tudung dia sama gelap? Selepas itu pernah tak terbayang bila dia pakai nampak macam suram? Mesti pernah jangan tipu yaa. Sebenarnya tak salah pakai gelap-gelap boleh memang boleh, cuba try test color lembut inshallah awak tak akan suram lagi meskipun hati kelam masa tu.

SITUASI 3 (Takut hendak mencuba sesuatu) - Mesti ramai mempunyai masalah macamni, sebagai contoh baju color merah tapi tak kan nak pakai tudung color hijau. Eh tak salah pun mencuba sesuatu. Sebenarnya kalau awak pakai lain dari yang lain mana tahu akan datang ada yang mengikut sebab orang suka something new. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru yaaa, inshaallah benda yang match dengan kita mesti cantik di mata kita juga. Biarlah orang kata hodoh, sebenarnya dia lagi hodoh dia yang tatau ehehe dalam erti kata lain SILA TEBALKAN TELINGA ANDA.

Ada tak pernah mempunyai masalah dengan situasi teori MATCH di atas? Tapi Ieka harap korang tak sentaplah situasi yang dok  membebel dengan korang tu dan jangan ambil hati tau nanti kena jual baru tahu.

Sekarang ni Ieka nak ajak bersembang mengenai konsep MIX pulak dan situasi yang sama seperti di atas ..


SITUASI 1 (Pemilihan warna Baju dan Tudung dalam 1 masa)


Ieka difahamkan ramai orang suka membuat pemilihan warna yang sama dalam satu masa. Boleh memang boleh tapi cuba ubah, kalau kata korang suka color biru. Trylah cari biru yang tak sama jenis mesti cantik dan sedap mata memandang. Contoh terdekat macam gambar di bawah.




Kalau tgok gambar di atas Ieka pakai semua biru dari atas sampailah ke bawah, jadi kalau kita nak pakai biru cuba mix-kan dengan color biru yang lain, kan biru banyak jenis jangan fokus kepada satu biru sahaja tau. Sama juga dengan color lain, jangan terlalu fokus untuk satu jenis color sahaja yaa.




SITUASI 2 (Pemilihan warna Baju dan Tudung yang gelap) -


Siapa tak suka pakai warna gelap? Best apa? Lagi-lagi sesuai untuk orang yang comot macam Ieka ni ehehe. And jubah kebanyakkan warna gelap menjadi daya tarikkan orang sekarang. Dah cantik baju gelap atau tudung gelap eh tetiba pulak tengok ada yang tak kena. Cuba korang selitkan satu warna lembut, confirm orang pandang manis sahaja :)





Okay macam dua gambar di atas ini, apa perbezaannya? sebenarnya Ieka suka jadi kelabu asap tetapi dinasihatkan bagi yang berkulit cerah jangan cuba-cuba nak jadi kelabu asap cuba padankan tudung dengan color yang cerah sikit haa baru cun.




SITUASI 3 (Takut hendak mencuba sesuatu) -

Haa macam dalam situasi begini sebenarnya dah ramai orang yang mencuba and hasilnya ramai yang ikut, jangan takut hendak melakukan sesuatu yang baru manalah tahu rezeki awak lepasni orang akan jadi trend fashion masa kini haaa.



Orang panggil warna block

Kan dah ramai sekarang orang pakai warna-warna macamni so kita pon jangan takut untuk melakukan sesuatu yang baru, cuba dulu nanti hasilnya dia pasti menarik and biarlah orang kata pelik bukan dia yang pakai kan?



Dalam gambar macamni pula Ieka akan padan kan dengan benda bercorak tak semua benda kita boleh harung sejenis plain atau bercorak sahaja. Haa yang baju bercorak tu pula cuba lari dengan mengayakan tudung bercorak juga dan pilihlah tudung plain ataupun baju plain dan tudung pula bercorak, tak manis ke gituhh?


TIPS : PEMILIHAN TUDUNG MENGIKUT TONE KULIT


Dengan rasa baik hati Ieka nak share satu lagi pemilihan tudung mengikut tone kulit, semua duduk dahulu bawa bertendang bertenang jangan rushing relax-relax and entri pada hari ini memang sengaja panjang ehehe.

1. Kulit Putih Pinkish (cuba google gambar)

Bagi mereka yang mempunyai tone kulit putih pinkish, tak kisah hendak mengenakan color apa sebab semua color yang dipakai confirm sesuai. !TETAPI! cuba mengelakkan diri anda memakai warna pastel, putih atau sewaktu dengannya kerana menyebabkan tone kulit anda kelihatan pucat.

 2. Kulit Putih Kuning Langsat (cuba google gambar)

Kulit sejenis begini dinasihatkan untuk mengenakan tudung berwarna dari warna merah jambu, merah atau biru dan sewaktu dengannya. Bagaimanapun cuba tidak memadankan dengan warna krim, coklat kerana ia terasa pelik.

 3. Kulit Sawo Matang (cuba google gambar)

Majoriti ramai rakyat Malaysia mempunyai tone sawo matang jadi haruslah dipadankan dengan tudung berwarna, biru navy, krim dan hitam. Warna-warna yang perlu dielakkan adalah merah, kuning, hijau gelap dan warna olive.


4. Kulit Gelap (cuba google gambar)

Bagi mereka yang berkulit gelap, warna tudung yang sesuai dipakai ialah warna pastel, warna neutral seperti putih dan warna yang lembut. Warna seperti ini akan tampak wajah anda kelihatan cerah dan ceria. Tapi harus ingat! Elakkan dari pemilihan warna yang terang atau oren atau coklat sebab dia akan membuat wajah anda kelihatan gelap.

So far setakat ini sahaja, ada yang faham? Yang tak faham bolehlah tanya, jangan malu bertanya nanti sesat jalan. Semoga ilmu yang dikongsi pada hari akan dimanfaatkan seeloknya dan terima kasih kerana setia membaca sehingga habis. Baiklah sebelum Ieka menghabiskan entry pada hari ini, kepada pengemar shawl color pastel bolehlah follow instashop di bawah ini.















4 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Thanks for shar8ng.byk tips2 yg berguna kt sini ..

HeNRieTTa JoSe said...

thanks for the share...mmg panjang sungguh entry...hehehe....rietta biasa mix n match bila outstation, sebab malas nk bawak baju n tudung yang banyak....

Ieka Farhana said...

@✿Cik Cappuccino Latte ✿ ehehe sama-sama, singgahlah lagi untuk tips yang lain2 pula :)

Ieka Farhana said...

@HeNRieTTa JoSe hehehe suka mix n match time pergi kelas jee skrg duduk umah siapa pula nak tgok