HOME ABOUT ME TUTORIAL & TIPS TRAVELOG NOVELIST

Monday, 20 February 2017

Tips [Youtube] : How to fix "this video is not available on your country"

Assalamualaikum wbt



Hari ini Ieka nak share something yang menarik untuk korang sama ada korang dah tahu apa benda yang Ieka nak share ataupon ada yang belum tahu. Tak apa yang belum tahu bolehlah fokus sampai habis apa yang Ieka cuba nak membebel ni hahaha.

Baiklah secara jujurlah ada tak dikalangan readers mempunyai masalah apabila tidak dapat play video di YOUTUBE sebab dia keluar binatang ni.. 


Sebelum Ieka terlupa cara ini sesuai untuk smartphone dan bagi laptop Ieka belum cuba lagi tak apa nanti kalau menjadi Ieka akan share next entry ok?


Kenapa dia jadi begini? kekadang sakit hati jugalah sebab video yang kita excited nak tengok tetiba kena block. Haa kenapa dia jadi macam ni? Merujuk kefahaman Ieka...

Ada sesetengah negara yang block IP negara (Malaysia) kita untuk mengelakkan sebarang masalah..

Macam mana kita nak tahu IP negara kita tidak tak dapat access video tersebut? Jom ikut step by step :-

1) Pertama sekali korang pergi buka video dalam youtube yang korang nak tengok


kemudian korang pergi dekat tiga titik tepi video tu atau terus buka video tersebut boleh copy link di bawah, manakala bagi yang tiga titik dan dia akan keluar macam di dalam gambar terus klik SHARE.

2) Bila dah klik SHARE dia akan keluar macam gambar dibawah




korang terus klik COPY LINK nanti dia terus copy link video korang tadi. Next step nak buat apa?

3) Buka browser smartphone korang (cth : google chrome) ikutlah memana browser yang korang suka, kemudian taip YOUTUBE RESTRICTION CHECKER..



bila dah keluar terus klik website yang pertama. dapat? Baiklah mesti ada yang tertanya-tanya apa itu YOUTUBE RESTRICTION CHECKER? Haa kegunaan dia korang boleh teruskan membaca langkah seterusnya..

4) Bila korang dah tekan website tadi dia akan keluar macam ini



Dia akan keluar macam dalam gambar, nampak arrow tu? korang masukkan link youtube video yang korang copy tadi (boleh rujuk step 2) kemudian paste dalam form tersebut, lepas paste terus klik SUBMIT 

5) Dah submit kan? Dia terus keluar




so korang boleh nampak negara mana dia benarkan untuk play video tersebut tapi apa kegunaan dia?! haa sabar-sabar inilah yang terangkan.. 

Okay benda ini sangat membantu apabila kita nak play video dengan menggunakan VPN (Virtual Private Network) // dikira macam apabila kita guna IP negara lain kita boleh play video tersebut.. setakat ini faham? contoh situasi paling senang adalah..

Korang access youtube menggunakan YOUTUBE MALAYSIA tetapi ada sesetengah video dia blok YOUTUBE MALAYSIA untuk mengelakkan sebarang masalah. Jadi kita terlampau excited dan nak sangat tengok video tersebut kita terpaksa guna cara menukarkan YOUTUBE MALAYSIA ke YOUTUBE US ke UK ke memana negara yang boleh play video tersebut. Jadi apa kegunaan "YOUTUBE RESTRICTION CHECKER" kita sendiri dapat melihat negara yang mana dibenarkan untuk play video tersebut dan dengan adanya VPN dia akan menukarkan YOUTUBE MALAYSIA korang ke YOUTUBE US ke UK..

Ieka guna YOUTUBE MALAYSIA itu semua untuk bagi korang faham. Setakat ni ada yang faham? Baiklah terima kasih sebab memahami hehehe.


Cerita seterusnya macam mana kita nak buka YOUTUBE US tadi dengan menggunakan VPN? 

1) Pergi dekat Playstore (android user) , taktahu bagi apple user ada ke tak. Boleh cari OPERA VPN


kalau jumpa yang macam dalam gambar boleh terus install 

2) Dah siap install boleh open application tersebut dan dia akan terus keluar pakcik pemalas kerja dia asyik nak tidur jee..


kan pemalas kan pakcik tu hehehe, baiklah kemudian korang bolehlah CONNECT dan dia akan keluar


ini ikut korang punya kelajuan internet if internet cepat dia akan cepat connecting..

3) Bila sudah connecting dia akan keluar macam ini


nampak tak perkataan "CHANGE REGION" haa dekat situ korang boleh tukar IP negara lain..



dia akan keluar popup macam gambar di atas, so korang bolehlah pilih negara yang benarkan access tersebut dengan merujuk YOUTUBE RESTRICTION CHECKER.

4) Pergi dekat recent tab korang bolehlah clear data youtube korang tadi


5) Kemudian korang boleh buka youtube balik dan terus pergi ke video yang korang nak tengok tadi


dan korang boleh layan dengan aman dan damai hehehe.

6) Sekiranya korang taknak guna lagi bolehlah off semula VPN korang tadi 




Baiklah setakat ini sahaja Ieka nak share dengan korang, kepada sesiapa yang tidak jadi nak buat bolehlah terus drop comment di bawah ataupun sama ada email Ieka di farhanahaziqah95@gmail.com



4 comments:

Nurfaezah Abdullah said...

okay faham dah hehe tapi yang lecehnya banyak steps nak kena ikut

Ieka Farhana said...

@Nurfaezah Abdullah tak sebenarnya boleh abaikan step YOUTUBE RESTRICTION CHECKER, terus ke connect vpn tu then bolehlah layan youtube mcm biasa :). Lagipon yang YOUTUBE RESTRICTION CHECKER saja buat syarat jee

HeNRieTTa JoSe said...

wow...nice sharing...tapi byk juga yea stepnye tu....

Ieka Farhana said...

@HeNRieTTa JoSe hehehe tak apa abaikan step yang atas tu, bole terus ikut step install opera vpn :)