Follow Ieka @IekaFarhana

Sunday, 22 October 2017

[Youtube] : Top 3 Favourite Vlogger


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Image result for vlogger

lately Ieka rajin betul cakap pasal YOUTUBE kan? bukannya apa dah alang-alang kita cerita sampai habis . Baiklah mesti korang sendiri ada vlogger yang korang suka tengok kan? Sama mcm Ieka, tapi Ieka suka tengok keunikkan satu-satu video.

Baiklah harini Ieka nak share "TOP  3" my favourite vlogger dan untuk makluman korang  3 vlogger ini dari negara winter sonata lain tak bukan mestilah dari South Korea.

TOP 3



Baiklah apa yang Ieka suka pasal sibong ni cara dia speaking english perghhh fluent habis, kalah kita tau. Dia ni orang korea tapi menetap di luar negara (tak ingat banyak makan semut), lepastu dia banyaklah cerita pasal budaya kehidupan di Korea. Baru-baru ini dia balik kampung korea jadi dia banyaklah buat video di sana. Siapa suka kpop sikit-sikit nak tahu pasal kpop bole juga tengok video sibong ni, selain dia buat video pasal korea dia juga ada pergi building entertainment di sana.

Tak mampu pergi sana tengok jelah video orang kan? Janji tambah sikitlah knowledge negara luar betul tak? Kalau nak tengok video Sibong boleh laa pergi jee Youtube search SibongTv.

1 out of 5 star
★★★☆☆


TOP 2



Maigaddd Ieka memang suka tengok video Dave ni, btw untuk pengetahuan korang Dave ni orang America tetapi menetap di Korea. Fluent sangat dia cakap korea, beza Sibong dengan Dave ialah 

Sibong → Korean tapi menetap di luar negara
Dave → American menetap di Korea

Ieka suka dalam video Dave dia banyaklah buat pronunciation different country, Dave akan panggil Vai (China), Jaein (Korea) dan Erina (Japan). Contoh dorang akan pronounce perkataan "Mcdonalds" dari China macam mana bunyinya, Korea pulak macam mana nak sebut dan dari Japan juga. So Ieka memang suggest korang tengoklah video Dave ni. 

1 out of 5 star
★★★★☆

TOP 1

Siapalah jadi top 1 Ieka? ready...




Kalau korang nak tahu dekat Blimey ada tiga orang (Jade ⤇ Yerim ⤇ Dasol) dari pemerhatian Ieka dorang ni nak belajar pasal Malaysia. Dalam video dorang banyak jugalah dorang buat review pasal makanan Malaysia dan sewaktu dengannya. 

Latest video dorang, dorang ada mission

Yerim dan Dasol pergi Malaysia 
Jade pergi London untuk mencari makanan Malaysia

Kalau korang tengok channel Blimey jangan terkejut pulak kalau dorang ada buat review pasal Dato Seri Vida (DSV) malah dorang juga buat challenge makeup ala-ala DSV. Haaa yang itu korang kena pergi tengok sendiri.

1 out of 5 star
★★★★★

Inilah top 3 favourite Vlogger Ieka suka tengok. Haa korang pulak macamana?



2 comments:

Amar Razali said...

channel superwoman atau alisha marie pun best gak btw nnti singgah and follow blog saya https://marblemomo.blogspot.com/

Ieka Farhana said...

@Amar Razali Done & Followback :)