Follow Ieka @IekaFarhana

Sunday, 31 December 2017

Penutup 2017 : Tanjung Mas Private Villa

Sunday, December 31, 2017 0 Comments
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Makin hampir 2017 hendak melabuhkan tirai.... Ada azam masih belum tercapai? Tak apa boleh simpan untuk tahun 2018.. Apa aktiviti menarik korang selalu buat apabila hendak menutup segala mak nenek tirai di akhir tahun?

Ieka menutup tirai dengan 'Family Day' di Muar sahaja (tak adalah Family Day sangat cuma berehat sahaja)

Pernah jejak ke Muar? Meh laaa cuti-cuti di Muar boleh breakfast dengan satay warisan (fuhhh kecur mak enon) dan siapa-siapa nak rasa perbezaan asam pedas Johor atau Melaka bolehlah singgah ke gerai makanan Tanjung Mas dan boleh cari gerai 10 (sumpah tak menyesal)


TANJUNG MAS PRIVATE VILLA




Untuk makuman semua homestay ini sesuai untuk buat Majlis Perkahwinan dan sewaktu dengannya sebab ada tempat khas disediakan. Jadi bagi mereka yang ingin berkahwin dengan konsep ala-ala garden bolehlah bertandang di sini.





Menarik kan? Bagi yang bertanya bilik macam mana? Okay dekat sini korang jangan susah hati sebab dekat sini disediakan 7 bilik.


(2 MASTER ROOM & QUEEN BED SIZE & SOFA FULL SET)(3 BILIK BIASA & QUEEN BED SIZE)(2 BILIK BIASA & TWO SINGLE BED SIZE)
P/S : Paling penting setiap bilik ada bilik air..



sebelum masuk korang akan lalu pintu ni dulu hee :p





selain itu terdapat fasiliti lain antaranya kolam renang dan bilik karaoke (lain dari yang lain kan?)
haaa bagi korang rasa nak guring suara bolehlah menguring sampai malam (iyelah bole karok bape jam yang kita nak hehehe)





Dah terbayang Majlis Perkahwinan korang nanti dekat sini macam mana? atau family day pasti akan lagi meriah.. Tempat sangat santai... Last but not least (Ieka terlupa gambar sendiri :p)


Nasib baik ada :p.... Dah jumpa 2018 punya entri pulak byeeeeee..... Selamat Tahun Baru semua....

Bagi sesiapa yang nak buat order boleh call di nombor tertera dekat gambar first sekali tu dan alamat rumah pun dah terselit tu :p tapi kalau nak tengok lagi gambar-gambar menarik boleh klik >>> sini

Tanjung Villa No.222-5, Jalan Meriam,84000 Muar, Johor.





Wednesday, 13 December 2017

Review KDrama - Black

Wednesday, December 13, 2017 4 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bukan senang tau Ieka nak menaip entri review drama-drama ni, lelagi drama korea pulak tu. Okay ini first entri review fasal drama korea. Korang suka tengok drama apa dari bumi kimchi? Kalau tanya Ieka sampai esok pun tak selesai... 



Disebabkan ini entri pertama aku me-review fesal Kdrama jadi sila doa-doakan Ieka selamat menaip entri ini dengan selamat dan maju jayanya. Muahhhhhhhh thanks support!!!


BLACK

Kdrama Black dimainkan pada 14 Oktober 2017 dan berakhirlah dengan 18 episod pada 10 Disember 2017. Pada awalnya ada 16 episod maybe sebab cerita dia best dan macam tak boleh nak habis jadi dia tambah 2 episod lagi...

Cerita pasal apani sampai Ieka nak buat entri?

Korang takyahlah fikir jauh sangat tak ada special sangatlah tapi memang saje lar.. 

Cerita mengenai seorang gadis yang ada kebolehan melihat bayangan malaikat maut diberi nama Kang Ha Ram (Real Name : Go Ah Ra) dan grim reaper (black/444/Kim Joon) yang masuk ke dalam badan manusia bernama Han Moo Gang (Real Name : Song Seung Hoon). 

Korang nak tahu kenapa si grim reaper (black) masuk ke dalam badan Han Moo Gang? Black/444 tengah cari soul dia yang hilang jadi dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam badan Moo Gang tanpa sengaja.

Korang jangan pening sangat memang Grim Reaper tu banyak nama mula-mula pun Ieka pening nanti last-last kau faham sendirilah, jadi Black tidak keseorangan dia ditemani dengan dua grim reaper yang lain iaitu grim reaper dari zaman Joseon Era 007 (Real Name : Jo Jae Yun) dan grim reaper rapper 416 (Real Name : Lee Gyu Bok).

Haram dan Moogang struggle untuk menyelamatkan orang-orang dari kematian sama ada dibunuh atau sewaktu dengannya. Sebenarnya Moogang tidak boleh menyelamatkan manusia kerana sudah melanggar etika grim reaper kekononnya.

Sehinggalah Moogang menyelesaikan satu-satu kes mengenai "Misi mencari tape" di dalam tape tersebut mempunyai rahsia amat besar sampai menyebabkan kes pembunuhan. Korang kalau tengok cerita ni mesti korang expect orang ni jahat padahal ada orang lagi jahat dari sebelum ni..

Kemudian ingatan Moogang perlahan-lahan kembali pulih sehinggalah dia sendiri tidak menyangka mak yang selama hari ini dia percayai rupanya telah mengkhianati dirinya, sampai hati mak dia membunuh Kim Joon. Kim Joon dan Moogang merupakan adik beradik angkat, disebabkan sifat kepentingan diri mak Moogang telah sanggup membunuh Kim Joon untuk mengambil organ hati dan menukarkan ke Moogang pada ketika itu sedang menunggu penderma organ. Lalu mak Moogang menjunamkan Kim Joon di dalam kereta ke dasar laut.

Banyak lagi scene-scene menarik tapi kalau Ieka cerita semua memanglah korang tak akan tengok, sumpah best. Ieka rekemen sesangat untuk korang yang suka plot twist sampai kau sendiri sesama fikir hahaha.

Penting!! Untuk korang yang baru nak tengok, jangan sesekali skip mana-mana part nanti korang tak akan faham jalan cerita. Bagi korang nak marathon episod 1 sehinggan episod 18 boleh tengok link di bawah dan Ieka selitkan trailer sekali nak bagi aura tu naik :p




p/s : tak habis khatam lagi episod 18 baru separuh je hahaha :ppp





Sunday, 10 December 2017

Review Joho : Kari Kambing 40 Hari

Sunday, December 10, 2017 0 Comments

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Korang pernah dengar tak pasal "Kari Kambing 40 Hari"? ke ada yang pernah lalu sahaja tetapi tak dan nak menyinggah? Okayyyy Review Joho dah kembali dan bagi korang nak melihat apa yang menariknya di segmen Review Joho boleh baca di Travelog.

Kali ini Review Joho nak bawa korang makan sampai kenyang di Kari Kambing 40 Hari, fulamakk masih terbayang kambing-kambing yang sedap tu. 


sorry Ieka ambil gambar tangkap muat jee :p

Siapa selalu ulang balik lebuhraya selatan utara memang "Kari Kambing 40 Hari" dia betul-betul terletak di tepi highway lama Ayer Hitam ke Yong Peng. Memang akan nampak terang dan jelaslah kedai makanan ini (siapa nak lalu bolehlah dipersilakan turun Johor)



Ieka pergi masa cuti Maulidur Rasul (Ahad) datang-datang memang kena pulak lunch time plus cuti sekolah pulak tu memang ramai. Tengok gambar pun dah tahu, beratur dari luar lagi. 

Tengok kambing demi kau jee orang sanggup beratur nak makan kau, Ada yang pantang takleh makan kambing pun terus ngam teruk.

Dekat situ korang di beri pilihan sama ada makan dengan berdulang atau berpinggan. Mestilah harga dulang berbeza dan lauk di situ ada dua sama ada kambing atau ayam, kalau korang pilih dulang korang di beri pilihan untuk campur lauk (ayam,kambing) kalau pinggan selauk jelah korang boleh makan.

Ieka suggest-kan korang pilih kambing, dia punya rasa sampai sekarang masih terbayang dekat kepala. Selain itu, minuman pula sama ada korang boleh order satu-satu atau sekali jug.

Start dari gambar makanan Ieka curi dekat google sebab masa Ieka nak ambil gambar ramai orang lepastu Ieka ni sepesen tak suka jakun hahahaha :p


Image result for kari kambing 40 hari

Ieka tak pasti berapa harga sedulang sebenarnya plan memang nak makan berdulang tapi ramai sangat terus ambil pinggan...

Related image

tak silap Ieka harga sepinggan RM 12 tapi nasi pun tak banyak so takdelah rasa muak tapi sumpah sedap hingga menjilat jari jemari hehehe..


Air jug pula dia bagi dua pilihan sama ada air sirap atau air anggur, se-jug dalam RM 5 



So untuk korang yang selalu lalu lalang meh sesekali singgah merasa, Ieka confirm Kari Kambing dia masih boleh melekat dalam ingatan sampai bila-bila. Baiklah bagi orang dari KL atau sewaktunya korang boleh exit di Yong Peng manakala bagi orang Johor atau Singapore korang boleh exit Ayer Hitam. Jalan dia memang senang takde pusing-pusing, kalau takut juga meh waze alamat di bawah ...

 Air Hitam - 86100 Yong Peng Johor, Jalan Besar, 83700 Yong Peng, Johor

Yang paling best dibuka setiap hari dan waktu dibuka 730AM sehinggalah 3PM....




Tuesday, 5 December 2017

Review : Lifebuuk Photobook [Last Part]

Tuesday, December 05, 2017 3 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Maaf buat tertunggu lama-lama lepastu kena private blog lagi... tetiba serabut pulak tengok pink sana pink sini jadi ambil masa nak edit semula... Korang suka baju (template) sekarang atau yang lama (pink di mana-mana)?

Ingat tak Ieka ada post entry pasal Review : Lifebuuk Photobook (bukan banyak mana pun Ieka update :p) dan Ieka dah janji after dah sampai photobook Ieka akan buat second entry kan? Haaa inilah Ieka nak cerita....

1. Berapa lama Lifebuuk akan mengambil masa?


Selepas sahaja korang hantar dan bayar dia akan mengambil masa selama 5 - 10 hari waktu berkerja, kemudian dia akan update status terkini Lifebuuk korang samaada melalui apps atau email. 

contoh : dia akan update tracking no dan service provider



contoh : Lifebuuk team akan menghantar email kepada kita.



2. Bagaimana dengan kualiti gambar?

Mereka menggunakan the latest FUJIFILM photo-printing technology untuk print gambar korang yang cantik meletups ala-ala diva gituhh.

3. Berapa besar size Lifebuuk?
Mereka menggunakan size 4R dan dia sangat perfect untuk di-frame. COMEL lotehh jee Lifebuuk ni...





macam Ieka bagitau dalam entry lepas, korang diberi 3 pilihan cover jadi korang pilihlah salah satu sayangnya bulan nov punya cover macam kebudakan hahaha tapi sumpah comel..



Ingat tak title yang korang sebelum nak upload photo tu? nanti title korang akan di letak bahagian tepi buku. Nak letak title panjang pun tak pe janji jangan buat karangan SPM sudah ahaha..







Kualiti gambar memang tip top laaa padahal ambil gambar pakai handphone jee sekali print macam gambar guna dslr... lagi satu jangan memalu kalau ada gambar selfiee/wefieee jugak boleh buat satu Lifebuuk...


nampak tak Ieka point dekat mana? Okay tadi Ieka ada bagitau korang boleh frame kan jadi dekat (tangan tu) korang boleh koyak dan terus masuk dalam frame...


itu sahaja untuk entry kali ini, insyaallah Ieka akan comeback lagi hhahahaha...

p/s: gambar konvo yang banyak-banyak haritu boleh laaa buat satu photobook...