Follow Ieka @IekaFarhana

Sunday, 10 December 2017

Review Joho : Kari Kambing 40 Hari


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Korang pernah dengar tak pasal "Kari Kambing 40 Hari"? ke ada yang pernah lalu sahaja tetapi tak dan nak menyinggah? Okayyyy Review Joho dah kembali dan bagi korang nak melihat apa yang menariknya di segmen Review Joho boleh baca di Travelog.

Kali ini Review Joho nak bawa korang makan sampai kenyang di Kari Kambing 40 Hari, fulamakk masih terbayang kambing-kambing yang sedap tu. 


sorry Ieka ambil gambar tangkap muat jee :p

Siapa selalu ulang balik lebuhraya selatan utara memang "Kari Kambing 40 Hari" dia betul-betul terletak di tepi highway lama Ayer Hitam ke Yong Peng. Memang akan nampak terang dan jelaslah kedai makanan ini (siapa nak lalu bolehlah dipersilakan turun Johor)



Ieka pergi masa cuti Maulidur Rasul (Ahad) datang-datang memang kena pulak lunch time plus cuti sekolah pulak tu memang ramai. Tengok gambar pun dah tahu, beratur dari luar lagi. 

Tengok kambing demi kau jee orang sanggup beratur nak makan kau, Ada yang pantang takleh makan kambing pun terus ngam teruk.

Dekat situ korang di beri pilihan sama ada makan dengan berdulang atau berpinggan. Mestilah harga dulang berbeza dan lauk di situ ada dua sama ada kambing atau ayam, kalau korang pilih dulang korang di beri pilihan untuk campur lauk (ayam,kambing) kalau pinggan selauk jelah korang boleh makan.

Ieka suggest-kan korang pilih kambing, dia punya rasa sampai sekarang masih terbayang dekat kepala. Selain itu, minuman pula sama ada korang boleh order satu-satu atau sekali jug.

Start dari gambar makanan Ieka curi dekat google sebab masa Ieka nak ambil gambar ramai orang lepastu Ieka ni sepesen tak suka jakun hahahaha :p


Image result for kari kambing 40 hari

Ieka tak pasti berapa harga sedulang sebenarnya plan memang nak makan berdulang tapi ramai sangat terus ambil pinggan...

Related image

tak silap Ieka harga sepinggan RM 12 tapi nasi pun tak banyak so takdelah rasa muak tapi sumpah sedap hingga menjilat jari jemari hehehe..


Air jug pula dia bagi dua pilihan sama ada air sirap atau air anggur, se-jug dalam RM 5 



So untuk korang yang selalu lalu lalang meh sesekali singgah merasa, Ieka confirm Kari Kambing dia masih boleh melekat dalam ingatan sampai bila-bila. Baiklah bagi orang dari KL atau sewaktunya korang boleh exit di Yong Peng manakala bagi orang Johor atau Singapore korang boleh exit Ayer Hitam. Jalan dia memang senang takde pusing-pusing, kalau takut juga meh waze alamat di bawah ...

 Air Hitam - 86100 Yong Peng Johor, Jalan Besar, 83700 Yong Peng, Johor

Yang paling best dibuka setiap hari dan waktu dibuka 730AM sehinggalah 3PM....




No comments: