Follow Ieka @IekaFarhana

Wednesday, 13 December 2017

Review KDrama - Black

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bukan senang tau Ieka nak menaip entri review drama-drama ni, lelagi drama korea pulak tu. Okay ini first entri review fasal drama korea. Korang suka tengok drama apa dari bumi kimchi? Kalau tanya Ieka sampai esok pun tak selesai... 



Disebabkan ini entri pertama aku me-review fesal Kdrama jadi sila doa-doakan Ieka selamat menaip entri ini dengan selamat dan maju jayanya. Muahhhhhhhh thanks support!!!


BLACK

Kdrama Black dimainkan pada 14 Oktober 2017 dan berakhirlah dengan 18 episod pada 10 Disember 2017. Pada awalnya ada 16 episod maybe sebab cerita dia best dan macam tak boleh nak habis jadi dia tambah 2 episod lagi...

Cerita pasal apani sampai Ieka nak buat entri?

Korang takyahlah fikir jauh sangat tak ada special sangatlah tapi memang saje lar.. 

Cerita mengenai seorang gadis yang ada kebolehan melihat bayangan malaikat maut diberi nama Kang Ha Ram (Real Name : Go Ah Ra) dan grim reaper (black/444/Kim Joon) yang masuk ke dalam badan manusia bernama Han Moo Gang (Real Name : Song Seung Hoon). 

Korang nak tahu kenapa si grim reaper (black) masuk ke dalam badan Han Moo Gang? Black/444 tengah cari soul dia yang hilang jadi dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam badan Moo Gang tanpa sengaja.

Korang jangan pening sangat memang Grim Reaper tu banyak nama mula-mula pun Ieka pening nanti last-last kau faham sendirilah, jadi Black tidak keseorangan dia ditemani dengan dua grim reaper yang lain iaitu grim reaper dari zaman Joseon Era 007 (Real Name : Jo Jae Yun) dan grim reaper rapper 416 (Real Name : Lee Gyu Bok).

Haram dan Moogang struggle untuk menyelamatkan orang-orang dari kematian sama ada dibunuh atau sewaktu dengannya. Sebenarnya Moogang tidak boleh menyelamatkan manusia kerana sudah melanggar etika grim reaper kekononnya.

Sehinggalah Moogang menyelesaikan satu-satu kes mengenai "Misi mencari tape" di dalam tape tersebut mempunyai rahsia amat besar sampai menyebabkan kes pembunuhan. Korang kalau tengok cerita ni mesti korang expect orang ni jahat padahal ada orang lagi jahat dari sebelum ni..

Kemudian ingatan Moogang perlahan-lahan kembali pulih sehinggalah dia sendiri tidak menyangka mak yang selama hari ini dia percayai rupanya telah mengkhianati dirinya, sampai hati mak dia membunuh Kim Joon. Kim Joon dan Moogang merupakan adik beradik angkat, disebabkan sifat kepentingan diri mak Moogang telah sanggup membunuh Kim Joon untuk mengambil organ hati dan menukarkan ke Moogang pada ketika itu sedang menunggu penderma organ. Lalu mak Moogang menjunamkan Kim Joon di dalam kereta ke dasar laut.

Banyak lagi scene-scene menarik tapi kalau Ieka cerita semua memanglah korang tak akan tengok, sumpah best. Ieka rekemen sesangat untuk korang yang suka plot twist sampai kau sendiri sesama fikir hahaha.

Penting!! Untuk korang yang baru nak tengok, jangan sesekali skip mana-mana part nanti korang tak akan faham jalan cerita. Bagi korang nak marathon episod 1 sehinggan episod 18 boleh tengok link di bawah dan Ieka selitkan trailer sekali nak bagi aura tu naik :p




p/s : tak habis khatam lagi episod 18 baru separuh je hahaha :ppp





4 comments:

nashya (นิชคุณ) said...

Nasya memang layan citer Black ni. Kalau tak tengok, memang tak sah. Haha selalunya, kumpulkan dalam 2 minggu tu, 4 episod dalam satu hari nasya maraton . Citer ni mmg padat dgn pot twist, sangat unik jalan cerita dia ! :D

Ieka Farhana said...

@nashya (นิชคุณ) kan? kalau tertinggal satu mesti tak faham dah

amira faqihah said...

tgok ep 1 hr tu,bestt,,tp lps tu stop jab,kena sambung balik lps nii ,sbb review smua ckpbest ni ;D

Ieka Farhana said...

@amira faqihah memang best amat, jangan lupa bagi habis hehehe