Follow Ieka @IekaFarhana

Saturday, 21 October 2017

Tips [Youtube] : How to fix "this video is not available on your country" version Laptop


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Dah lama rasanya tak main dengan blog tetiba rasa awkward pulak. Last update pun bulan Feb haritu,  lepastu biar jee blog berhabuk tak update. Korang apa khabar? Ehhhhhh jangan pergi mana-mana, dah betul korang berada dalam blog Dunia Ieka Farhana korang tak pernah salah alamat cuma dah bertukar wajah baru sahaja. (pink dengan tuan badan tak boleh berpisah)

Ingat tak dalam bulan 2 tahun ini, Ieka ada share Tips [Youtube] : How to fix "this video is not available on your country" yang pakai smartphone tu? Kali ini Ieka nak ajar korang, tak kiralah sama ada yang dah tahu  ataupun belum tahu dan ramai cakap entry lepas Ieka punya tips tu panjang berjela HAHAHA.. Baiklah kali ini Ieka akan buat ringkas seringkasnya.

PERINGATAN SEDIKIT 

Secara jujur Ieka banyak belajar melalui 'YOUTUBE' termasuk benda yang Ieka nak ajar korang ini. Tapi Ieka minta tolong sangat janganlah hanya meletakkan 100% nak tahu banyak-banyak boleh try search pasal VPN okeng? 

 Boleh start?

Langkah pertama buka video 'Youtube' yang korang nak tengok?


macam biasa copy url dan copy paste untuk melihat "Youtube region restriction checker" kalau taknak check tak apa boleh teruskan men-download open VPN jangan lupa delete history video yang korang nak tengok tadi.


Pernah dengar atau pernah tahu mengenai 'Hola VPN'? okay sebenarnya sama je dengan Opera VPN macam entry sebelum ini. Baiklah korang boleh terus download di Chrome google webstore. 

Dah siap download?

nampak tak dekat bahagian atas nanti ada muncul icon 'fire' comel tu?


macam dalam gambar di atas. Apa yang Ieka nak suruh korang buat, switch on button "click to turn it on" itu. Lepas dah on dia ada bagi pilihan negara mana yang korang nak tengok video itu, so Ieka akan pilih negara US sebab Ieka sudah check negara yang tak di block.


Nampak tak bila korang dah switch on dia akan keluar negara mana yang korang nak pilih, click memana negara yang korang nak? Selepas itu, korang boleh cari video yang korang nak layan tadi.


tararrrrr dah boleh menonton dengan selamat.

Selamat mencuba yaa ....




1 comment:

Julia Tarmidi said...

Salam singgah dan follow. Anda dijemput join GA saya! :D

http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html