Follow Ieka @IekaFarhana

Sunday, 31 December 2017

Penutup 2017 : Tanjung Mas Private Villa

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Makin hampir 2017 hendak melabuhkan tirai.... Ada azam masih belum tercapai? Tak apa boleh simpan untuk tahun 2018.. Apa aktiviti menarik korang selalu buat apabila hendak menutup segala mak nenek tirai di akhir tahun?

Ieka menutup tirai dengan 'Family Day' di Muar sahaja (tak adalah Family Day sangat cuma berehat sahaja)

Pernah jejak ke Muar? Meh laaa cuti-cuti di Muar boleh breakfast dengan satay warisan (fuhhh kecur mak enon) dan siapa-siapa nak rasa perbezaan asam pedas Johor atau Melaka bolehlah singgah ke gerai makanan Tanjung Mas dan boleh cari gerai 10 (sumpah tak menyesal)


TANJUNG MAS PRIVATE VILLA




Untuk makuman semua homestay ini sesuai untuk buat Majlis Perkahwinan dan sewaktu dengannya sebab ada tempat khas disediakan. Jadi bagi mereka yang ingin berkahwin dengan konsep ala-ala garden bolehlah bertandang di sini.





Menarik kan? Bagi yang bertanya bilik macam mana? Okay dekat sini korang jangan susah hati sebab dekat sini disediakan 7 bilik.


(2 MASTER ROOM & QUEEN BED SIZE & SOFA FULL SET)(3 BILIK BIASA & QUEEN BED SIZE)(2 BILIK BIASA & TWO SINGLE BED SIZE)
P/S : Paling penting setiap bilik ada bilik air..



sebelum masuk korang akan lalu pintu ni dulu hee :p





selain itu terdapat fasiliti lain antaranya kolam renang dan bilik karaoke (lain dari yang lain kan?)
haaa bagi korang rasa nak guring suara bolehlah menguring sampai malam (iyelah bole karok bape jam yang kita nak hehehe)





Dah terbayang Majlis Perkahwinan korang nanti dekat sini macam mana? atau family day pasti akan lagi meriah.. Tempat sangat santai... Last but not least (Ieka terlupa gambar sendiri :p)


Nasib baik ada :p.... Dah jumpa 2018 punya entri pulak byeeeeee..... Selamat Tahun Baru semua....

Bagi sesiapa yang nak buat order boleh call di nombor tertera dekat gambar first sekali tu dan alamat rumah pun dah terselit tu :p tapi kalau nak tengok lagi gambar-gambar menarik boleh klik >>> sini

Tanjung Villa No.222-5, Jalan Meriam,84000 Muar, Johor.





1 comment:

Puan Za Mohmad said...

wahhh! bestnyaaaa

www.cikza.com